adsense

Sunday, December 27, 2009

Bengkel Inovasi 2

Bengkel inovasi untuk pelajar dan golongan muda

Ramai daripada kita masih mengingati siti televisyen McGyver. Seorang lelaki yang mahir dalam mencipta sesuatu untuk mengatasi masalah yang dihadapi terutama apabila membantu orang lain.

Ia sekali gus memberi gambaran bahawa idea, ilham dan kreativiti dapat membantu kita mengatasi masalah, juga menghasilkan produk inovasi.

Bidang kepakaran ini bukan datang dengan sendiri sebaliknya ia memerlukan ilmu berdasarkan kepada teori-teori sains.

Teknologi, inovasi dan reka cipta sains ini memerlukan pemahaman mendalam ke atas bidang sains dan teori-teori di sebaliknya sebelum dia diaplikasikan dalam bentuk produk inovasi.

Malah, pemahaman ini membantu kita mengetahui bahawa fenomena yang sebelum ini dianggap sebagai ajaib atau satu silap mata, dapat diterangkan menerusi teori sains.

Misalnya bagaimana mentol menyala, loceng berdering secara automatik kerana adanya aliran elektrik yang tidak kelihatan dan dibantu oleh peranan suis.

Pelajar tentunya ingin tahu fenomena-fenomena sains ini yang dulunya dianggap silap mata atau perkara ajaib.

Sebagai contoh, satu ketika dulu gerhana bulan atau matahari dianggap perkara keramat kerana kedua-duanya telah disembunyikan atau ditelan oleh naga.

Seterusnya, diberitahu bahawa bagi membolehkan naga melepaskan matahari atau bulan itu keluar dari mulutnya , kita perlu mengetuk apa juga benda keras dengan kuat supaya dapat didengar oleh makhluk tersebut.

Namun hari ini, teori sains telah menerangkan apakah fenomena gerhana dan itulah keajaiban sains yang sebenarnya.

Pada masa sama, sains telah menghasilkan inovasi dan reka cipta yang berguna untuk kegunaan manusia tetapi bagaimana ia harus dipupuk supaya lebih ramai pereka cipta dapat dilahirkan.

Pertandingan reka cipta diadakan saban tahun tetapi hasil inovasi lenyap begitu saja kerana pereka cipta tidak mempunyai pendedahan yang sebenar tentang apa itu reka cipta.

Maka, apabila kerajaan mengumumkan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi, ada kewajaran untuk semua pihak mengambil sikap positif untuk mewujudkan persekitaran mereka cipta bagi membudayakannya di kalangan generasi muda.

Utusan Malaysia bersama Zull Design Autotronik juga menyahut cabaran tersebut bagi membudayakan reka cipta dan inovasi dengan mengadakan bengkel Rakan Inovasi.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang yang disertakan dan mereka berpeluang mengenali dengan lebih dekat ikon inovasi , Zulkilfli Haron sempena bengkel itu nanti.

sumber utusan online

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017