adsense

Showing posts with label KH4. Show all posts
Showing posts with label KH4. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Kursus Penyebaran KSSR mata pelajaran RBT Tahun 4

Mulai 1 Oktober hingga 4 Oktober 2013 berlangsungnya kursus KSSR mata pelajaran RBT tahun 4 bagi semua guru seluruh negeri Kelantan.
Bagi guru yang ingin mendapatkan bahan kursus boleh klik link dibawah:



Semoga bahan ini dapat membantu guru-guru berkenaan.


Tuesday, September 24, 2013

Rancangan Standard Pembelajaran RBT Tahun 4 ( DSKP RBT )

Bagi guru-guru berkenaan sila kilk di bawah untuk mendapatkan rancangan standard pembelajaran RBT Tahun 4 .

Sunday, September 8, 2013

Pelaporan Tahap Penguasaan RBT Tahun 4

Berikut adalah contoh pelaporan tahap penguasaan murid bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi . SILA KLIK LINK YANG DIBERI.....


Saturday, September 7, 2013

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP ) RBT Tahun 4

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Sila klip item di bawah untuk dapakan DSKP RBT Tahun 4
Muat Turun di sini


Monday, July 22, 2013

Dokumen Standard Reka Bentuk dan Tekonologi Tahun 4




 Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Sila klik item dibawah untuk maklumat lanjut :





                                                        
           

Thursday, May 30, 2013

Modul Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Modul Subjek Kemahiran Hidup ini dihasilkan oleh beberapa orang Guru Cemerlang Kemahiran Hidup. Berikut beberapa modul yang telah dihasilkan , semoga penghasilan modul ini dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup negeri Kelantan dan seluruh Malaysia. Modul Tahun 4 sila klik dibawah https://www.dropbox.com/s/x1zf8iask99tkce/KH%20Y4%202013.doc Modul Tahun 5 klik linkhttps://www.dropbox.com/s/s2jybkpkoeg221d/KH%20Y5%202013%20A%20%281%29.doc Modul Tahun 6 sila kehttps://www.dropbox.com/s/e6gmgvkdfkd3e2g/KH%20Y6%202013%20B.pdf

Wednesday, January 9, 2013

Pereka Cipta dan Hasil Ciptaan

Reka cipta bermaksud menghasilkan barang atau produk yang baru bagi memenuhi kehendak pengguna pada masa kini dan masa akan datang.
Kepentingan reka cipta termasuklah:
  • menyelesaikan masalah kehidupan seharian
  • memenuhi keperluan hidup pengguna pada setiap hari
  • memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah
  • menggalakkkan manusia untuk terus mencipta
  • menghasilkan ciptaan dan produk yang baru
Hasil ciptaan pereka cipta dapat dimanfaatkan oleh semua orang. Berikut beberapa contoh hasil ciptaan pereka cipta terdahulu :

 

Monday, October 15, 2012

Mempromosi Melalui Pembungkusan

Promosi bermaksud usaha penjual memperkenalkan sesuatu barang untuk menggalakkan jualan. Tujuan promosi ialah untuk :
- menyebarkan maklumat barangan
- menimbulkan minat terhadap barang yang ditawarkan
- mengingatkan pelanggan tentang keistemewaan barangan
- meluaskan pasaran barangan
image
Bungkusan yang menarik mestilah :
a. Tahan lama – tidak mudah koyak atau pecah
b. Sesuai dengan jenis barang
c. Bentuk dan rupa yang menarik
d. Warna bungkusan
e. Mudah dibawa










Wednesday, October 3, 2012

Barang Jualan

Kumpulan sasaran
•Mengumpul maklumat barang keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru.
•Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru.
- Murid dedahkan mengenai kepentingan mengenal pasti barangan yang diminta oleh pengguna sebelum memulakan perniagaan.
- Penerokaan pasaran di kalangan guru dan murid dapat dilakukan dengan membuat kajian seperti :
i. Membuat pemerhatian terhadap guru dan murid
image
ii. Menemu bual guru dan murid
image
iii. Mengedarkan borang kaji selidik
image
- Hasil kajian akan dijadikan sebagai rujukan mengenai barang keperluan, kesukaan, dan barang yang mampu dibeli oleh guru dan murid
image
Contoh barang kesukaan guru dan murid
Sumber bekalan
•Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan
- Mengumpul maklumat dan memilih pembekal berdasarkan: harga, kualiti barang, syarat jualan, pengangkutan dan jarak dan boleh dipercayai (reputasi).
image
•Memilih pembekal
- Peniaga yang bijak akan memilih pembekal yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik serta menawarkan harga yang murah dan diskaun yang berpatutan.
image















Monday, July 30, 2012

Mengubah anak benih

image image image image image image image image image image
Langkah-langkah Mengubah Anak benih:-
1.Anak benih di kotak semaian hendaklah dilakukan pengerasan beberapa hari dengan cara mengurangkan perlindungan secara berperingkat.
2.Kerja-kerja mengubah dilakukan sebaik-baiknya lewat petang atau awal pagi.
3.Kotak semaian hendaklah disiram terlebih dahulu bagi tujuan mengelakkan medium semaian pecah sewaktu mengubah.
4.Dengan menggunakan sudip tangan, cungkil anak benih dengan ketulan tanah yang terdapat di sekeliling akar.
5.Kerja-kerja tersebut hendaklah dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
6.Tanah di sekeliling anak benih hendaklah ditekan padat supaya akar mendapat pengangan yang kuat.

Thursday, July 26, 2012

Memilih bekas tanaman hiasan

image image image image image image
Kebanyakan tanaman hiasan boleh ditanam dalam pasu atau bekas, terutama untuk tujuan hiasan dalam bangunan.Pelbagai bekas boleh digunakan seperti pasu, tayar terpakai, sabut kelapa dan kotak kayu. Untuk kelihatan lebih menarik bekas penanaman ini boleh direka mengikut kreativiti dan kesesuaian tempat. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memeilih bekas tanaman hiasan ialah :-
  1. Saiz yang sesuai dengan pokok yang hendak ditanam.
  2. Mempunyai lubang saliran. Ada lubang di bahagian bawahnya untuk mengalirkan air siraman berlebihan.
  3. Kemas dan menarik. Warna dan bentuknya menarik dan kemas.
  4. Ringan.
  5. Mudah dibersihkan
  6. Mudah alih.
p/s Selamat belajar…

Sunday, July 22, 2012

Menyediakan Medium Semaian

image
Pelbagai media semaian boleh digunakan . Campuran media yang biasa digunakan adalah tanah atas yang dicampurkan dengan bahan lain seperti bahan organik, pasir, habuk kelapa(cocopeat) dan sekam padi.
Medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis medium dan kegunaannya.

Jenis Medium
Kegunaan
Tanah Loam
  • Tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun
  • Menegapkan dan mengukuhkan anak pokok
Bahan Organik
  • Reputan benda hidup seperti tanah bakar dan reputan najis haiwan
  • Membekalkan sumber nutrien pada pokok
Pasir Sungai
  • Pasir halus daripada sungai
  • Memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium
Berikut langkah menyediakan medium semaian
  1. Sediakan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
  2. Dengan menggunakan baldi kecil, sukat bahan mengikut nisbah : 2 bahagian tanah atas, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir / 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
  3. Longgokkan bahan di tempat kerja.
  4. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
  5. Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan permukaan medium.

# Selamat Belajar …….

Monday, July 16, 2012

Proses menyemai Biji Benih Pokok Bunga Semusim

 image
Biji benih pokok bunga semusim di semai didalam bekas yang mengandungi medium semaian mengikut nisbah :
  • 2 bahagian tanah atas
  • 1 bahagian bahan organik
  • 1 bahagian pasir
Berikut langkah-langkah menyemai biji benih pokok bunga semusim :-
image
image
image
image
image
image
image
image
image
 image
image

Monday, July 9, 2012

Pemilihan Biji Benih Pokok Bunga Semusim – Tahun 4

image image

Pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih. Biji benih diperoleh daripada bunga atau pokok induk yang telah matang.Ciri-ciri biji benih yang baik termasuklah :

    • berisi
    • normal bentuknya
    • matang
    • tiada tanda serangan penyakit
    • tiada mempunyai sebarang kecederaan.

Biji benih ini perlu dirawat dengan racun kulat dan racun seranggan dan di simpan di tempat yang kering, kedap udara, dan gelap sebelum disemai.


Wednesday, July 4, 2012

Pemilihan Biji Benih Pokok Bunga Semusim

image image image

1.Kebanyakan pokok bunga semusim dibiakkan dengan mengunakan biji benih.
2.Biasanya biji benih ini disemai terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar.
3.Biji benih boleh disemai dengan menaburkannya ke dalam kotak semaian.
Pemilihan biji benih pokok bunga semusim  adalah berdasarkan ciri-ciri berikut :
image









DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017