adsense

Sunday, September 23, 2012

Program Sehari Bersama Panitia Kemahiran Hidup

Panitia Kemahiran Hidup dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kedai Tanjong akan mengadakan program Sehari Bersama Panitia Kemahiran Hidup. Program ini menjurus kepada dua pertandingan yang akan dijalakan di bengkel Kemahiran Hidup. Program ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2012 berdasarkan syarat-syarat penyertaan seperti dibawah. Syarat-syarat penyertaan. 1. Program ini khas untuk semua murid Tahun 6 SKKT. 2. Tarikh program ini ialah pada 10 OKT 2012. 3. Penyertaan terbuka kepada 3 orang murid dalam satu kumpulan ( 3 orang murid lelaki / 3 orang murid perempuan / atau boleh di gabung jantina ). 4. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Elektrik dan Elektronik, dan Perniagaan dan Keusahawanan. 5. Penyertaan TERHAD kepada 10 kumpulan sahaja bagi setiap kategori.( SIAPA CEPAT DIA DAPAT ) 6. Sepuluh (10) penyertaan terawal bagi setiap kategori akan dipilih untuk menyertai pertandingan. 7. Nama-nama kumpulan yang layak akan dipamerkan pada papan kenyataan bengkel Kemahiran Hidup pada 8 OKT 2012. 8. Hadiah menarik disediakan kepada 3 kumpulan terbaik bagi setiap kategori. 9. Keputusan hakim adalah muktamad.

Untuk menyertainya sila klik DISINI

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017