adsense

Showing posts with label Baik Pulih. Show all posts
Showing posts with label Baik Pulih. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Proses membersih dan meminyak bahagian yang perlu disenggara – Tahun 5

image

Setelah dikenal pasti bahagian yang perlu disenggara dan alatan dan bahan yang diperlukan, kita perlu mengetahui langkah-langkah kerja membersih dan meminyak bahagian tesebut. Berikut langkah-langkah kerja:-

Membersih bahagian bangunan

  1. Kenal pasti jenis kekotoran pada bahagian bangunan yang hendak dibersihkan
  2. Sediakan alatan dan bahan pencuci yang hendak digunakan
  3. Tentukan cara membersih permukaan pada bahagian yang hendak dibersihkan. Contohnya logam atau bukan logam
  4. Bersihkan kotoran permukaan dari habuk
  5. Gunakan span atau berus untuk menghilangkan kotoran
  6. Lapkan bahagian yang telah dibersihkan dengan reja kain yang kering

Meminyak bahagian bangunan

  1. Kenal pasti bahagian yang perlu diminyakkan
  2. Sediakan alatan dan minyak yang sesuai
  3. Bersihkan bahagian yang hendak diminyakkan daripada kotoran dan habuk
  4. Minyakkan bahagian yang telah dibersihkan ( elakkan terlalu banyak menggunakan minyak pada satu-satu bahagian )
  5. Gerakkan bahagian yang telah diminyakkan untuk meratakan minyak pada bahagian tersebut.


Wednesday, June 6, 2012

Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak – Tahun 6

image
Bahagian perabot yang rosak dikenal pasti melalui :
  • pemerhatian
  • membuat semakan
  • menggunakan perabot
Setelah dikenal pasti kerosakan kecil pada perabot, kerja-kerja pembaikan memerlukan alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai.
Alatan Tangan dan kegunaan
1. Pengukur keluli
  • untuk membina garisan lurus,mengukur serta memindahkan jarak
2. Gergaji tangan
  • untuk mengerat dan membelah kayu
3. Sesiku L
  • untuk menanda garisan bersudut 90` dan untuk menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu
4. Tukul kuku kambing
  • untuk mengetuk dan mencabut paku
5. Pita pengukur
  • digunakan untuk mengukur jarak
6. Berus
   i. berus cat
  ii. berus syelek
  • berus cat digunakan untuk menyapu cat manakala beres syelek digunakan untuk menyapu syelek
7. Pisau penanda
  • digunakan untuk menanda garisan potongan pada permukaan kayu sebelum menggergaji
8. Kunci Allen
  • digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru Allen
Bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada perabot adalah seperti berikut :
  1. paku
  2. skru
  3. glu
  4. kayu
  5. syelek
  6. kertas las
  7. papan lapis
  8. tepung penyumbat
Setelah mengenali alatan tangan dan bahan serta jenis kerosakan, barulah kerja-kerja membaiki atau mengantikan bahagian perabot yang rosak dapat dijalankan.

Thursday, May 10, 2012

Menyenggara loceng basikal – Tahun 6

image 
Alatan dan bahan
  1. Spanar
  2. Kain reja
  3. Minyak pelincir
Langkah kerja
a. Longgarkan dan buka bahagian piring atas
b. Teliti dan kenal pasti komponen dalam loceng basikal dan fungsinya.
c. Gunakan spanar untuk melonggarkan nat
d. Keluarkan nat, pengetuk, gear, tuas dan spring
e. Bersihkan bahagian loceng basikal yang telah dikeluarkan menggunakan kain reja
f. Masukkan semula spring, tuas, gear dan Pengetuk
g. Titiskan minyak pelincir pada bahagian yang bergerak untuk melancarkan pergerakan
h. Pasang dan ketatkan semula nat dengan menggunakan spanar
i. Pasang semula piring atas
j. Uji loceng yang telah siap dipasang
k. Sekiranya deringan loceng kurang kuat , kemungkinanbahagian piring atas dipasang terlalu ketat.

Monday, May 7, 2012

Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot – Tahun 6


image
Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa.
Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak – kerusi dan meja
Kerosakan kerusi dan puncanya
1. Papan alas tempat duduk tertanggal.
  • kerusi terjatuh
  • kaki kerusi goyah
2. Penyadar tercabut
  • skru longgar
3. Kaki kerusi goyah
  • murid duduk dengan cara yang tidak betul
  • skru Allen longgar
4. Kaki kerusi patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat
Kerosakan meja dan puncanya
1. Papan meja tertanggal
  • selalu diangkat
2. Papan meja pecah
  • terjatuh
  • meja selalu terkena air
3. Kaki meja longgar dan condong
  • skru Allen longgar
4. Kaki meja patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat

Thursday, May 3, 2012

BAIK PULIH DAN PENYENGGARAAN – TAHUN 4

image
Penyenggaraan alatan tangan perlu dijalankan bagi memastikan :-
    1. Alatan tersebut berada dalam keadan baik
    2. Sentiasa tersusun dan teratur
    3. Mudah diambil apabila hendak digunakan
    4. akan tahan lebih lama
    5. alatan akan selamat digunakan
Penyenggaraan alatan tangan boleh dilakukan dengan cara ;
    1. membersihkan alatan tangan
    2. meminyak alatan tangan – minyak pelincir dan minyak gris
    3. menyimpan alatan tangan – kotak alatan, almari atau di papan panel
Membersikan alatan tangan boleh dijalankan menggunakan
    1. bahan  pembersih seperti sabun,serbuk pencuci dan cecair pencuci – digunakan untuk membersihkan perkakas dan alatan
    2. agen pembersih seperti kerosin, turpentin dan spirit metil – digunakan untuk menanggalkan kesan cat dan minyak.
    3. kertas las – digunakan untuk menanggalkan karat pada alatan tangan

Tuesday, May 1, 2012

Baik pulih dan penyenggaraan – Tahun 5

image
Baik pulih dan penyenggaraan di Ta hun 5, murid-murid dikehendaki mengenal pasti bahagian bangunan yang hendak disenggara iaitu dengan cara membersihkan dan meminyakkan bahagian yang berkenaan.
Bahagian bangunan yang perlu dibersihkan ;-
  • Tingkap
  • Lantai
  • Dinding
  • Siling
Bahagian yang perlu diminyakkan :-
  • Engsel
  • Pengunci pintu
  • Selak
  • Kerangka tingkap
Setelah dikenal pasti bahagian yang hendak di senggara, kita perlu memilih bahan pembersih dan peralatan yang hendak digunakan.
Bahan pembersih :-
  • Detergen
  • Minyak pelincir
  • Sabun
  • Turpentin
Peralatan :
  • Penyapu
  • Kain
  • Berus
  • Mop
  • Baldi
  • Span

Wednesday, May 26, 2010

Penyenggaraan Alatan Tangan

Murid-murid sedang menjalankan aktiviti menyenggara alatan tangan
( gergaji tangan )


Murid perempuan tidak kurang hebatnya, amboi_amboi boleh mengalahkan murid lelaki.




Aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017