adsense

Monday, April 11, 2011

Pemprosesan pantas komputer

 

Pengurus Jualan Negara AMD Malaysia, Alex Tan (kiri), Ben Williams (tengah) dan Pengarah Pemasaran Produk Pelanggan, Bob Grim, menunjukkan AMD Fusion APUs yang terkini.


SEBAGAI pengguna komputer, kita pasti mahukan pemprosesan yang cepat, cekap, menjimatkan tenaga serta kurang mengeluarkan haba terutama bagi mereka yang gemar meletakkan computer riba atau netbook di atas riba.

Justeru syarikat pengeluaran pemprosesan komputer, AMD melancarkan pemprosesan pecut kelas terkini di negara ini.

Ia menggabungkan keupayaan komputer yang lebih hebat berbanding pemprosesan komputer lain sebelum ini.

AMD Fusion Family Accelerated Processing Units (APU) menggabungkan teknologi CPU berbilang teras (x86) dalam satu reka bentuk acuan tunggal iaitu enjin pemprosesan selari dan grafik berkuasa tinggi.

Teknologi berkenaan khusus untuk blok video laju berdefinisi tinggi dan penghantaran data dengan kelajuan tinggi merentasi pelbagai jenis teras pemprosesan dalam reka bentuk berkenaan.

Antara ciri-ciri rangkaian produk baru berkenaan adalah main semula video HD bebas sentak, penerobosan dalam kuasa kuda pengkomputeran bagi mengendalikan aplikasi paling mencabar, grafik boleh-DIRECTX 11 dan jangka hayat bateri sepanjang hari.

AMD mengesahkan lebih 35 sistem berasaskan AMD Fusion akan dilancarkan di rantau Asia Pasifik pada separuh pertama tahun ini.

Setakat ini, AMD menjangka syarikat pengeluar komputer utama seperti Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, MSI, Samsung, Sony dan Toshiba bakal mengumumkan rancangan mengaplikasi sistem berasaskan AMD Fusion APU pada nilai menarik serta harga mampu dimiliki pengguna.

Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar AMD, Asia Pasifik, Ben Williams berkata, AMD Fusion sedang berusaha memberikan pengalaman digital jauh lebih baik bagi pengguna komputer.

"AMD Fusion akan membekalkan rakan kongsi teknologi kami dengan keupayaan mencipta faktor bentuk yang baru dan menarik serta aplikasi termaju untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran pemprosesan AMD Fusion APU di Bandar Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini.

Kini dengan kandungan HD di mana-mana seperti video YouTube dan permainan DirectX 11 kepada Blu-ray, dunia sedang memanfaatkan pelbagai cara bagi menikmati kandungan berkenaan dengan komputer berfungsi sebagai hub.

Dengan adanya VISION Engine ciptaan AMD keupayaan yang ada pada semua komputer peribadi berkuasa AMD Fusion APU, menjadi ketara lebih jelas dan realistik.

VISION Engine merupakan rangkuman Grafik boleh-DirectX 11 iaitu pemprosesan selari besar bagi meningkatkan prestasi Blok pecut video UVD3 yang terdapat dalam AMD Radeon HD 6800 Series GPU baru.

Keupayaan pemacu grafik unik dikemaskini setiap bulan untuk meningkatkan prestasi visual secara berterusan.

Dengan memilih komputer peribadi yang dilengkapi dengan VISION Engine dan perisian daripada rakan-rakan kongsi AMD bermakna pelayaran Internet menjadi suatu pengalaman lebih laju.

Ia melibatkan pelbagai aplikasi, main semula video 1080p HD cukup hebat, lancar dan senyap, video definisi standard seakan HD, kandungan 2D boleh diubah kepada 3D stereoskopik, laman web yang intensif grafik dengan memuat lebih laju.

Manfaat lain termasuk memanipulasi kandungan HD yang pantas dan mudah dan permainan 3D pada resolusi HD adalah pantas dan bagaikan hidup.

Sebahagian besar pengalaman pengkomputeran dipautkan kepada perisian dan sehingga kini syarikat pembangun perisian dikekang oleh sifat bebas di mana CPU dan GPU memproses maklumat.

Banyak lagi aplikasi boleh berjalan serentak dan boleh beroperasi lebih laju daripada reka bentuk terdahulu dalam kelas yang sama.

Selain itu teknologi terkini AMD memungkinkan hayat bateri tahan sepanjang hari melebihi 10 jam.

Ciri-ciri menjimatkan kuasa terdapat dalam reka bentuk cip tunggal yang dapat memanjangkan masa antara plug-in dan semasa menikmati kandungan HD.

Platform rendah kuasa 2011 (kod nama Brazos) memperkayakan pengalaman pengkomputeran harian dan boleh didapati mulai sekarang dalam dua variasi APU: Siri-E dan Siri-C.

Ciri-ciri APU menampilkan teras x86 CPU baru diberi nama kod 'Bobcat' yang merupakan pertama daripada AMD sejak tahun 2003 dan telah direka daripada peringkat bawah untuk memberikan prestasi mudah alih yang begitu hebat.

Platform aliran utama 2011 khusus untuk computer peribadi berprestasi tinggi dan aliran utama.

Platform berkenaan akan menampilkan APU 'Llano' Siri-A acuan 32nm yang merangkumkan sehingga empat x86 teras dan GPU aras-diskret boleh-DirectX 11.

Pemprosesan terkini AMD dijadualkan berada di pasaran pada separuh pertama tahun 2011.

-Sumber utusan online-

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017