Pada Tahap
II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata
pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan
kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang
teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
Kurikulum
Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid
sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam
bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas
seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas
Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.
Kurikulum
Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain
itu, ia juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka
terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan
aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai
ciri-ciri keusahawanan.
Sila klip item di bawah untuk dapakan DSKP RBT Tahun 4
Muat Turun di sini