Sekolah lokasi terbaik tanam kesedaran 3R
KUALA LUMPUR - Sekolah adalah tempat terbaik untuk mendidik generasi muda tentang alam sekitar termasuk konsep kitar semula.
Ketua Setiausaha, Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA), C.C. Cheah berkata, oleh itu pihaknya dan Yayasan Scientex memilih sekolah untuk mengadakan kempen 3R (pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula).
Katanya, pelajar mudah dididik mengenai kebaikan dan faedah kitar semula serta mendorong mereka untuk mengamalkannya setiap hari.
"Melalui kempen ini juga, ia dapat membantu kanak-kanak membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam semulajadi. "Biarpun masih muda, mereka boleh membantu menyampaikan mesej ini kepada ibu bapa, rakan-rakan serta jiran tetangga," ujarnya selepas majlis pelancaran program Kesedaran 3K di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Scientex, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.
Lima sekolah terlibat dalam kempen itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St. John (2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Damansara Utama dan SK Seri Bintang Selatan.
Kempen akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu sehingga sambutan Hari Alam Sekitar Dunia yang bakal diadakan pada 5 Jun.
Sementara itu, beberapa pelajar sekolah yang ditemui menyifatkan kempen yang dilancarkan amat berguna bukan sahaja bagi menyedarkan mereka tentang keperluan mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi, tetapi juga tentang pengamalan 3R yang berkesan.
Pelajar SMK Damansara Utama, Anis Yasmin Fadil Hassan, 17, berkata, kempen itu amat baik kerana ia antara langkah bagi memastikan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan negara dapat dikurangkan.
Pendapatnya turut dipersetujui murid SK St. John (2) Sarranraj Shanker, 10, yang mengakui sudah dididik sejak kecil supaya mengamalkan 3R oleh ibu bapanya.
"Justeru, saya tiada masalah untuk melakukannya walaupun berada di luar rumah," katanya.
utusan online
reka bentuk dan teknologi sekolah rendah,nota dan ujian,reka cipta,pengurusan bengkel.
adsense
-
Berikut adalah beberapa kecederaan / kemalangan yang mungkin berlaku di bengkel Kemahiran Hidup : - Luka Terseliuh, salah urat, retak ...
-
Apabila berlaku kemalangan atau kecederaan,beberapa langkah kecemasan dan peranan yang perlu diambil oleh guru dan murid sebagaimana berik...
-
Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza denga...