Kemahiran Hidup 2u
reka bentuk dan teknologi sekolah rendah,nota dan ujian,reka cipta,pengurusan bengkel.
adsense
Monday, June 29, 2020
Monday, April 25, 2016
Wednesday, February 3, 2016
Sistem Pergerakan Kit Model
Kit model
yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem
pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model
kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada
kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model
adalah seperti berikut.
Motor
Kit
model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model
biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat
elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus
elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar
dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja.
|
Syaf
|
Gear
Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu
kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan
bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian
gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang
diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu.
Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain
yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang
lengkap bagi sebuah kit model.
Gear dipacu
|
Gear Pemacu
|
Takal dan Tali Sawat
Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat.
Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga
kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan
pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta
kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan
memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang
terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.
Gegancu dan rantai
Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model.
Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu
dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang
dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.
Sunday, January 3, 2016
RPT RBT Tahun 5
Bagi guru-guru berkenaan bolehlah memuat turun contoh RPT RBT Tahun 5 melalui link di bawah :
Sekian.....
Wednesday, December 30, 2015
RPT Reka Bentuk & Teknologi Tahun 6
Khas kepada rakan guru RBT , berikut adalah contoh RPT bagi subjek RBT Tahun 6 yang dimurnikan oleh rakan guru.
Klik disini RPT RBT Tahun 6
Wednesday, October 28, 2015
Pelaporan RBT Tahun 5
Sila muat turun template pelaporan matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 melalui link dibawah :
Bagi guru-guru yang memerlukan modul PdP RBT Tahun 5 versi MS word boleh muat turun melalui link di bawah :
Friday, August 14, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Berikut adalah beberapa kecederaan / kemalangan yang mungkin berlaku di bengkel Kemahiran Hidup : - Luka Terseliuh, salah urat, retak ...
-
Apabila berlaku kemalangan atau kecederaan,beberapa langkah kecemasan dan peranan yang perlu diambil oleh guru dan murid sebagaimana berik...
-
Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza denga...