adsense

Wednesday, February 3, 2016

Sistem Pergerakan Kit Model



Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

Motor
        
Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja.
Syaf
 








Gear

Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit model.
Gear dipacu
Gear Pemacu

Takal dan Tali Sawat



Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.



 



Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.



 
















DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017