adsense

Monday, October 15, 2012

Mempromosi Melalui Pembungkusan

Promosi bermaksud usaha penjual memperkenalkan sesuatu barang untuk menggalakkan jualan. Tujuan promosi ialah untuk :
- menyebarkan maklumat barangan
- menimbulkan minat terhadap barang yang ditawarkan
- mengingatkan pelanggan tentang keistemewaan barangan
- meluaskan pasaran barangan
image
Bungkusan yang menarik mestilah :
a. Tahan lama – tidak mudah koyak atau pecah
b. Sesuai dengan jenis barang
c. Bentuk dan rupa yang menarik
d. Warna bungkusan
e. Mudah dibawa










Sunday, October 14, 2012

Sistem hidroponik

Sistem hidroponik

Pada amnya terdapat dua sistem penanaman secara hidroponik :
Sistem kultur air
Kaedah menanam sayuran di dalam takung tanaman menggunakan air yang mengandungi baja. Akar pokok sentiasa terendam dalam larutan baja. Antara jenis sistem hidroponik yang diamalkan di negara kita ialah hidroponik takung dan hidroponik air dalam.
clip_image002
Tanaman sawi menggunakan sistem takung
Sistem menggunakan medium

Kaedah menanam sayuran di dalam bekas berisi medium tanaman selain daripada tanah seperti habuk sabut kelapa, batu kelikir, pasir dan campuran habuk sabut kelapa dan sekam padi bakar. Larutan baja dibekalkan kepada tanaman sayuran melalui tiub spageti dan penitis secara tekanan graviti atau tolakan pam air.
clip_image006
clip_image004

Tanaman melon dan timun Jepun menggunakan habuk sabut kelapa.

clip_image010
clip_image008

Tanaman tomato dan cili merah menggunakan habuk sabut kelapa.











Wednesday, October 10, 2012

Sehari Bersama Panitia Kemahiran Hidup

Hari ini diadakan program Sehari Bersama Panitia KH. Program ini melibatkan murid Tahun 6, dimana ada dua slot yang diberi penekanan iaitu elektrik dan elektronik , dan perniagaan dan keusahawanan. Berikut warna-warnai semasa program

Thursday, October 4, 2012

Promosi Melalui Poster

Promosi melalui poster ini mudah dan murah dilaksanakan oleh peniaga. Promosi melalui poster adalah paling kerap dilakukan oleh peniaga untuk memperkenalkan barang. Poster hendaklah kelihatan menarik supaya dapat menarik minat pembeli untuk membeli barang itu. Peniaga perlu tahu tentang undang-undang yang berkaitan dengan penampalan poster.
image
Maklumat yang perlu ada pada poster :
  • Tarikh
  • Jenis barang jualan
  • Tempat berniaga
  • Harga barang
  • Masa
Promosi melalui poster sesuai dilaksanakan kerana:
  • Mudah disediakan dan berkesan
  • Kos penyediaannya murah
  • Dapat dikeluarkan dalam kualiti yang yang banyak
  • Dapat ditampal di merata-rata tempat
image
Tempat-tempat yang selalu dipaparkan iklan berbentuk poster ;
  • Di belakang bas
  • Di hadapan kedai atau gerai
  • Di stesen bas atau stesen kereta api
  • Pada dinding kedai
  • Pada papan iklan di tepi jalan raya

Wednesday, October 3, 2012

Barang Jualan

Kumpulan sasaran
•Mengumpul maklumat barang keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru.
•Mengkelas barang mengikut keperluan, kesukaan dan yang mampu dibeli oleh murid dan guru.
- Murid dedahkan mengenai kepentingan mengenal pasti barangan yang diminta oleh pengguna sebelum memulakan perniagaan.
- Penerokaan pasaran di kalangan guru dan murid dapat dilakukan dengan membuat kajian seperti :
i. Membuat pemerhatian terhadap guru dan murid
image
ii. Menemu bual guru dan murid
image
iii. Mengedarkan borang kaji selidik
image
- Hasil kajian akan dijadikan sebagai rujukan mengenai barang keperluan, kesukaan, dan barang yang mampu dibeli oleh guru dan murid
image
Contoh barang kesukaan guru dan murid
Sumber bekalan
•Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan
- Mengumpul maklumat dan memilih pembekal berdasarkan: harga, kualiti barang, syarat jualan, pengangkutan dan jarak dan boleh dipercayai (reputasi).
image
•Memilih pembekal
- Peniaga yang bijak akan memilih pembekal yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik serta menawarkan harga yang murah dan diskaun yang berpatutan.
image















Monday, October 1, 2012

Jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam dengan kaedah hidroponik

Antara jenis tanaman yang sesuai ditanam menggunakan sistem hidroponik adalah seperti berikut :
a. Tanaman sayuran jenis daun (seperti sawi dan bayam) dan jenis buah (seperti tomato dan timun)
b. Tanaman herba / pokok renek seperti pegaga dan ulam raja
c. Tanaman bunga-bungaan seperti ros dan chrysanthemum.
d. Tanaman buah-buahan seperti melon wangi dan strawberi
clip_image002

clip_image004 clip_image006 clip_image008
Kailan Bayam Pudina Bunga










DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017