adsense

Sunday, September 23, 2012

Program Sehari Bersama Panitia Kemahiran Hidup

Panitia Kemahiran Hidup dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kedai Tanjong akan mengadakan program Sehari Bersama Panitia Kemahiran Hidup. Program ini menjurus kepada dua pertandingan yang akan dijalakan di bengkel Kemahiran Hidup. Program ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2012 berdasarkan syarat-syarat penyertaan seperti dibawah. Syarat-syarat penyertaan. 1. Program ini khas untuk semua murid Tahun 6 SKKT. 2. Tarikh program ini ialah pada 10 OKT 2012. 3. Penyertaan terbuka kepada 3 orang murid dalam satu kumpulan ( 3 orang murid lelaki / 3 orang murid perempuan / atau boleh di gabung jantina ). 4. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Elektrik dan Elektronik, dan Perniagaan dan Keusahawanan. 5. Penyertaan TERHAD kepada 10 kumpulan sahaja bagi setiap kategori.( SIAPA CEPAT DIA DAPAT ) 6. Sepuluh (10) penyertaan terawal bagi setiap kategori akan dipilih untuk menyertai pertandingan. 7. Nama-nama kumpulan yang layak akan dipamerkan pada papan kenyataan bengkel Kemahiran Hidup pada 8 OKT 2012. 8. Hadiah menarik disediakan kepada 3 kumpulan terbaik bagi setiap kategori. 9. Keputusan hakim adalah muktamad.

Untuk menyertainya sila klik DISINI

Wednesday, September 19, 2012

Ulangtahun Ke-3 Kemahiran Hidup 2u

Kemahiran Hidup 2u akan menyambut ulangtahun ke-3 penubuhan pada 22 September. Justeru, Kemahiran Hidup 2u amat memerlukan  sebarang cadangan , maklumbalas, komen, aduan atau pandangan anda demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan persembahan ke arah kecemerlangan mata pelajaran Kemahiran Hidup khasnya dan pengurusan panitia dan bengkel amnya. Sebarang maklumbalas berkenaan boleh diutarakan dengan menekan menu BUKU PELAWAT yang terdapat di laman Kemahiran Hidup 2u.Keprihatinan anda amat dihargai.
          Kemahiran Hidup 2u juga boleh dihubungi melalui emel berikut kemahiranhidup2u@gmail.com atau cg.kh2009@gmail.com atau cg.kh2012@gmail.com.Kepuasan anda menjadi kebanggaan kami sesuai dengan moto "Bersama ke arah kecemerlangan " sekian.



Tuesday, September 4, 2012

Tanaman hidroponik Tahun 6

clip_image002
  1. Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.

  1. Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud ‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.

  1. Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan kelembapan persekitaran.
  1. Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.
  1. Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
Kebaikan dan kelemahan sistem penanaman secara hidroponik


Kebaikan

Kelemahan
· Hasil pengeluaran lebih berkualiti
· Pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding tanaman atas tanah
· Penggunaan baja dan air dengan lebih cekap
· Tanaman mudah dikawal daripada jangkitan penyakit bawaan tanah
· Tanaman dapat diusahakan sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim samada musim hujan atau panas
· Tidak memerlukan kerja-kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas
· Tidak memerlukan kawasan luas
· Tiada masalah rumpai seperti mana di atas batas tanaman
· Kurang serangan serangga perosak tanaman kerana ditanam dalam rumah jaring kalis serangga
· Mesra alam kerana tiada penggunaan najis haiwan dalam aktiviti pembajaan.








  • Memerlukan kos perbelanjaan awal yang tinggi untuk pembinaan rumah perlindungan hujan dan peralatan sistem tanaman
  • Memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai pengurusan larutan baja dan teknik penanaman
  • Hanya sesuai ditanam dengan tanaman tertentu sahaja seperti sayur-sayuran jenis daun dan beberapa jenis tanaman bunga dan buah terpilih.



Monday, September 3, 2012

Penyakit Ikan Hiasan dan faktornya.

Faktor-faktor
•Keadaan suhu air dalam akurium terlalu sejuk.
•Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Penyakit Rintik Putih
image
•Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik.
•Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.
•Ikan yang sakit harus dipindahkan.
•Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air.
•Ubat lain juga boleh didapati dikedai akuarium.
Penyakit Kulat
image
•Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.
•Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka.
•Kulat ini kelihatan seperti kapas.
•Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka.
•Ikan ini perlu diasingkan.
Penyakit Bakteria
image
•Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit.
•Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress.
•Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017