adsense

Thursday, May 31, 2012

Jadual Penentuan Ujian (JPU) Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Khas untuk guru-guru Kemahiran Hidup SR sila dapatkan Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) format pentaksiran bagi memudahkan cikgu-cikgu membina soalan ujian KHSR.Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila klik item dibawah :

Jadual Penentuan Ujian ( JPU )

# Bersama ke arah kecemerlangan......sekian.

Monday, May 21, 2012

Pendokumentasian melalui Buku Idea

image
Pendokumentasian bermaksud mengumpulkan bahan bertulis yang berkaitan dengan hasil kerja atau projek dan merekodkannya dalam bentuk bentuk buku idea atau fail.
Berikut contoh butiran yang terkandung dalam buku idea ialah :-
  • nama individu atau kumpulan
  • tahun/kelas
  • tarikh projek disiapkan
  • nama projek
  • penerangan tentang projek
  • lakaran bentuk 3D
  • bahan dan alatan yang digunakan
  • langkah kerja
  • lampiran

Monday, May 14, 2012

Jenis-jenis Kecederaan dan Kemalangan dalam Bengkel Kemahiran Hidup

image
Berikut adalah beberapa kecederaan / kemalangan yang mungkin berlaku di bengkel Kemahiran Hidup : -
  1. Luka
  2. Terseliuh, salah urat, retak tulang
  3. Melepah
  4. Melecur
  5. Kejutan elektrik
  6. Keracunan
  7. Habuk masuk mat
  8. Tercucuk duri / selumbar
  9. Pendarahan hidung
  10. Gigitan binatang dan serangga yang bisa
  11. Kebakaran
  12. Lemas ( Asap )
  13. Pengsan
www.kemahiranhidup2u.com

Thursday, May 10, 2012

Menyenggara loceng basikal – Tahun 6

image 
Alatan dan bahan
  1. Spanar
  2. Kain reja
  3. Minyak pelincir
Langkah kerja
a. Longgarkan dan buka bahagian piring atas
b. Teliti dan kenal pasti komponen dalam loceng basikal dan fungsinya.
c. Gunakan spanar untuk melonggarkan nat
d. Keluarkan nat, pengetuk, gear, tuas dan spring
e. Bersihkan bahagian loceng basikal yang telah dikeluarkan menggunakan kain reja
f. Masukkan semula spring, tuas, gear dan Pengetuk
g. Titiskan minyak pelincir pada bahagian yang bergerak untuk melancarkan pergerakan
h. Pasang dan ketatkan semula nat dengan menggunakan spanar
i. Pasang semula piring atas
j. Uji loceng yang telah siap dipasang
k. Sekiranya deringan loceng kurang kuat , kemungkinanbahagian piring atas dipasang terlalu ketat.

Monday, May 7, 2012

Penyenggaraan dan membaiki kerosakan kecil pada perabot – Tahun 6


image
Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa.
Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak – kerusi dan meja
Kerosakan kerusi dan puncanya
1. Papan alas tempat duduk tertanggal.
  • kerusi terjatuh
  • kaki kerusi goyah
2. Penyadar tercabut
  • skru longgar
3. Kaki kerusi goyah
  • murid duduk dengan cara yang tidak betul
  • skru Allen longgar
4. Kaki kerusi patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat
Kerosakan meja dan puncanya
1. Papan meja tertanggal
  • selalu diangkat
2. Papan meja pecah
  • terjatuh
  • meja selalu terkena air
3. Kaki meja longgar dan condong
  • skru Allen longgar
4. Kaki meja patah
  • terjatuh dengan hentakan yang kuat

Thursday, May 3, 2012

BAIK PULIH DAN PENYENGGARAAN – TAHUN 4

image
Penyenggaraan alatan tangan perlu dijalankan bagi memastikan :-
    1. Alatan tersebut berada dalam keadan baik
    2. Sentiasa tersusun dan teratur
    3. Mudah diambil apabila hendak digunakan
    4. akan tahan lebih lama
    5. alatan akan selamat digunakan
Penyenggaraan alatan tangan boleh dilakukan dengan cara ;
    1. membersihkan alatan tangan
    2. meminyak alatan tangan – minyak pelincir dan minyak gris
    3. menyimpan alatan tangan – kotak alatan, almari atau di papan panel
Membersikan alatan tangan boleh dijalankan menggunakan
    1. bahan  pembersih seperti sabun,serbuk pencuci dan cecair pencuci – digunakan untuk membersihkan perkakas dan alatan
    2. agen pembersih seperti kerosin, turpentin dan spirit metil – digunakan untuk menanggalkan kesan cat dan minyak.
    3. kertas las – digunakan untuk menanggalkan karat pada alatan tangan

Tuesday, May 1, 2012

Baik pulih dan penyenggaraan – Tahun 5

image
Baik pulih dan penyenggaraan di Ta hun 5, murid-murid dikehendaki mengenal pasti bahagian bangunan yang hendak disenggara iaitu dengan cara membersihkan dan meminyakkan bahagian yang berkenaan.
Bahagian bangunan yang perlu dibersihkan ;-
  • Tingkap
  • Lantai
  • Dinding
  • Siling
Bahagian yang perlu diminyakkan :-
  • Engsel
  • Pengunci pintu
  • Selak
  • Kerangka tingkap
Setelah dikenal pasti bahagian yang hendak di senggara, kita perlu memilih bahan pembersih dan peralatan yang hendak digunakan.
Bahan pembersih :-
  • Detergen
  • Minyak pelincir
  • Sabun
  • Turpentin
Peralatan :
  • Penyapu
  • Kain
  • Berus
  • Mop
  • Baldi
  • Span

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017