adsense

Sunday, May 22, 2011

Teknologi urus sampah sistematik

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

RUANG pembuangan sampah berpusat di kawasan kediaman bertingkat.


BUSUK, jijik dan kotor merupakan senario yang sering dilihat di kebanyakan pusat pengurusan serta pengendalian sampah di negara ini.

Sesuatu yang agak mendukacitakan kerana apalah erti pembangunan moden dan canggih jika urusan pengendalian sisa domestik dan sampah sarap ini masih tidak dapat dikendalikan secara bersistem.

Bukan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi itulah realiti yang berlaku terutamanya di kawasan-kawasan kediaman, pejabat dan juga pusat membeli belah.

Melihat permasalahan itu, ia sebenarnya memberi cabaran besar kepada kerajaan terutama di bahagian pembangunan untuk menyediakan mekanisme dan kaedah mengurus sampah lebih berkesan sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ini kerana, selagi terdapat kehidupan di muka bumi ini, selagi itu sampah akan terus dihasilkan.

Secara umumnya di Malaysia, kebanyakan urusan pengendalian sampah masih mengaplikasi cara konvensional iaitu menggunakan lori sampah untuk memungut dan mengumpul bahan buangan.

Cara tersebut bukan sahaja melibatkan kos operasi yang tinggi, malah turut menyumbang beberapa masalah seperti tong sampah berbau, bunyi bising, kapasiti terhad, mengambil masa yang lama, merbahaya dan memerlukan ruang laluan lebih besar serta pekerja yang ramai.

Membawa kemudahan pengurusan dan pengumpulan sampah bersistematik, sebuah syarikat kejuruteraan tempatan, AWC Berhad (AWC) memperkenalkan teknologi Sistem Pengurusan Sampah Automatik (STREAM AWCS).

Menerusi cara itu, sampah perbandaran dan domestik akan dibawa menggunakan rangkaian saluran bawah tanah berkelajuan tinggi untuk dikumpulkan dalam tong tertutup.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan AWC Berhad, Azmir Merican Azmi Merican, inovasi yang dibangunkan syarikatnya mampu melaksanakan kerja-kerja pengurusan sampah secara lebih cepat, senyap, efisien dan mempunyai kadar kebersihan maksimum.

''Pembangunan teknologi ini diintegrasikan ketika proses pembinaan sesebuah bangunan di mana saluran paip diletakkan di bawah tanah.

''Dengan cara ini, sampah-sampah dapat dikumpulkan ke satu pusat pengumpulan secara kerap, tidak dapat dilihat, bersih, tidak diganggu haiwan liar dan tidak berbau. Ia juga menjimatkan tenaga dan ruang.

''Teknologi ini terbahagi kepada dua iaitu sistem graviti dan juga vakum penuh di mana ia sesuai digunakan di kawasan kediaman dan bangunan-bangunan sofistikated seperti lapangan terbang, pejabat dan pusat membeli-belah,'' katanya pada taklimat media mengenai teknologi itu di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Setakat ini, teknologi STREAM AWCS telah digunapakai di beberapa bangunan kediaman dan pejabat di sekitar lembah Klang.

Antaranyai Kondominium Kia Peng di KLCC, bangunan Maju Junction, Kompleks Kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Meluaskan teknologi berkenaan ke peringkat antarabangsa, AWC turut membawa STREAM AWCS untuk diaplikasikan di beberapa negara seperti Singapura dan juga Abu Dhabi.

p/s Jemput ke GIANT-AUTO-PART.INFO

Thursday, May 19, 2011

Kajian Tindakan di Sekolah-sekolah

image

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)

Tujuan Kajian Tindakan

Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila klik http://www.ziddu.com/download/15039202/ManualKajianTindakan.pdf.html

p/s Di jemput ke CHECKS-GIANT-AUTO.INFO

Tuesday, May 17, 2011

Sempena Hari Guru 2011 – PM umum kaedah baru kenaikan pangkat

image

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Sunday, May 15, 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011- “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara “

<\/param><\/embed><\/object><\/div>";" src="http://lh4.ggpht.com/_ffixs1oLrf8/Tc_d8TUXUQI/AAAAAAAAAcQ/lqF7SNL4dJg/video90e43b2a070d%5B2%5D.jpg?imgmax=800" style="border-style: none" galleryimg="no" alt="">

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI


GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA


PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN


PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI


GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA


LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Selamat Hari Guru 2011

Tema hari guru 2011 “ GURU PENJANA TRANSFOMASI PENDIDIKAN NEGARA”. Selamat menyambut hari guru ke 40. Terima kasih cikgu

Saturday, May 14, 2011

Kementerian Pelajaran kaji kelas tambahan bahasa Inggeris

image

KUANTAN 14 Mei — Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut maka kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. — Bernama / utusan online

p/s jemput ke UNLIMITED-WIRELESS-GIANT.INFO

Wednesday, May 11, 2011

SOP ( 5 S ) dalam bengkel Kemahiran Hidup

image

Dalam memastikan bengkel sentiasa ceria dan bersih memerlukan pelaksanaan pengurusan yang efisien. Oleh itu, dapat mewujudkan sebuah bengkel yang kondusif, bersih dan berfungsi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mendapat maklumat yang lebih lanjut sila klik item di bawah.

KLIK DISINI

Tuturiol ini adalah sumbangan En.Suharto Salleh yang merupakan GC Kemahiran Hidup.

p/s Jemput ke UNLIMITED-AUTO-CHECKS.INFO

Monday, May 9, 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KH TAHUN 4,5,6

image

Berikut rancangan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah yang boleh di ambil sebagai rujukan. Bagi mendapatkannya sila klik item di bawah :-

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KH TAHUN 4

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KH TAHUN 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KH TAHUN 6

 

p/s di jemput ke UNLIMITED-WIRELESS-GIANT.INFO

Saturday, May 7, 2011

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2012

image

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Seni Malaysia 2012bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 adalah melalui sistem online eSSeM yang akan bermula pada 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. Sila layari Laman Web KPM, http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/ untuk mengisi borang tersebut.

Harap Maklum.

sumber www.moe.gov.my

p/s jemput ke 123inkjet-auto-prize.info

Thursday, May 5, 2011

Pendidikan teknikal, vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

image
PUTRAJAYA 5 Mei - Kerajaan berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, Jabatan Pembanguan Kemahiran akan memastikan kurikulum semua pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

Sebagai langkah penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT.

"TEVT selepas ini diharapkan bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun terakhir bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini,” katanya ketika melancarkan Kempen Skills Malaysia 2011, anjuran Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kaunselor di sekolah menengah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar agar lebih ramai pelajar memilih aliran TEVT. – Bernama

sumber utusan online

p/s  bagi dapatkan maklumat berkaitan sila taip alamat ini GIANT-WIRELESS.INFO

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017