adsense

Wednesday, March 30, 2011

KURSUS INTEGRASI ICT DALAM P& P SECARA ONLINE

image

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan pengajaran. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com
Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :
1. Sila isikan borang pendaftaran kursus.
2. Mulakan kursus atas talian.
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Pengajaran yang dihasilkan dan maklumat peserta ke uppg.bpg@gmail.com
# Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta #

Unuk makluman lanjut sila klik DISINI ( BPG )

Sunday, March 27, 2011

Kaedah menarik belajar asas Islam

 

Dimuat turun melalui telefon pintar menjadikan aplikasi tersebut lebih mudah diperolehi.


"Tapi saya tidak menyangka pula ia mampu menarik minat orang ramai sekali gus tercalon dalam anugerah," ujar Pengarah Pemasaran, IslamKids.Media Sdn. Bhd., Shahril Affendi Mohd. Yusof.

Malah menurut Shahril Affendi, setelah memperkenalkan aplikasi Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah Mobile Learning Siries: My First Iqra, sambutan yang diterima daripada orang ramai juga amat menggalakkan.

Boleh dimuat turun melalui telefon bimbit daripada jenis iPhone dan iPod, menjadikan aplikasi tersebut digemari oleh sesetengah ibu bapa beragama Islam untuk mendidik serta menarik perhatian anak-anak mereka mendekati al-Quran dan Islam.

Jelas Shahril Affendi, BabyKhalifah Mobile Learning Siries : My First Iqra' merupakan salah satu tarikan yang sesuai kepada kanak-kanak berusia antara satu dan lima tahun.

Aplikasi tersebut menyediakan perkara asas pembelajaran mengenai Islam melalui watak kartun yang bernama Aisyah.

"Di sini kami menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bagi memastikan kanak-kanak juga mampu menguasai bahasa tersebut dan Aisyah sebagai watak utama yang akan memperkenalkan perkara asas dalam Islam kepada kanak-kanak.

"Dewasa ini teknologi pembelajaran sudah berubah malah menjadi semakin canggih, justeru aplikasi yang disediakan ini dilihat mampu menarik minat kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan memahami ajaran Islam dengan lebih mudah,'' katanya.

Ia juga berkaitan dengan fenomena kanak-kanak masa kini yang sangat meminati dan mudah terpengaruh dengan dunia kartun, justeru, medium yang sama digunakan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Antara sukatan pelajaran pengenalan yang boleh dimuat turun melalui iPhone dan iPod oleh syarikat ini adalah MyFirst Iqra', MyFirst Arabic, Wudhu', I Love Allah, A Story for Muslims Kids dan MyMuslim Scholars.

Ditubuhkan pada September 2007, IslamKids.Media Sdn. Bhd. menumpukan perhatian kepada pembelajaran Islam dengan sasaran kanak-kanak Islam yang berumur satu hingga lima tahun.

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan sukatan pembelajaran asas Islam, kakitangan IslamKids.Media Sdn. Bhd. turut terdiri daripada pakar teknologi, akauntan, penasihat perniagaan, pelukis animasi dan pemprogram dalam menghasilkan pembelajaran Islam secara digital.

Malah, syarikat ini juga turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran untuk memastikan objektif syarikat tersebut tercapai.

Menyelusuri asal penubuhan syarikat, Shahril Affendi bersama tiga lagi rakan perniagaannya memperkenalkan e-Learning melibatkan pengguna boleh memuat turun silibus melalui Internet.

Antara silibus yang diperkenalkan melalui Internet adalah terdiri daripada enam modul utama iaitu MyFirst Kalimah, MyFirstAdap, MyFirstSolat, MyFirstIqra', MyFirstArabic dan My Family.

Kemudian, ia diprogramkan agar boleh dimuat turun melalui telefon pintar dan ditonton oleh kanak-kanak.

Namun, tidak semua silibus dibekalkan didalam aplikasi kandungan telefon pintar ini kerana pada asasnya ia bertujuan untuk promosi sahaja.

Justeru, bagi mereka yang berminat, boleh muat turun daripada laman web syarikat ini iaitu IslamKidsMedia.com dalam bentuk e-Learning atau tempah terus Siri BabyKhalifah (dalam bentuk cakera padat) di talian 03-89258591.

Bagi pencalonan Anugerah ICT NEF-AWANI 2010, IslamKids.Media Sdn. Bhd. telah menawarkan Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah mobile Learning Siries: My First Iqra'.

Syarikat ini telah terpilih dalam kategori Kandungan atau Aplikasi Telefon Bimbit Terbaik.

Acara NEF merupakan dianjurkan Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani.

Menurut Shahril Affendi, pencalonan NEF telah membuka ruang baru bagi syarikat dalam memperkenalkan produk yang dihasilkan kepada pengguna.

"Bagi saya dan kawan-kawan, ini merupakan satu peluang yang baik untuk syarikat, bukan sahaja atas tujuan perniagaan malah ia sekali gus dapat membantu kami dalam proses berdakwah kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak," ujarnya.

sumber utusan online

Wednesday, March 23, 2011

Alat Pemadam Api

image

 

# Pastikan alat pemadam api berada di bengkel sebagai langkah keselamatan

# Alat pemadam api hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat

# Memastikan bahawa alat tersebut boleh berfungsi dengan baik dan selamat digunakan

# Menghubungi pihak bomba untuk pemeriksaan alatan tersebut

 

 

image Cara menggunakan alat pemadam api

1. Letakkan alat di atas lantai

2. Tanggalkan pin picu

3. Halakan muncung penyembur ke punca api

4. Tekan tuas. Bahan pemadam akan tersembur keluar

image

 

KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA
KELAS “A” (Api pepejal) solid fire
- Api kayu
- Api kertas
- Api Sampah
- Api kain
Air & Debu kering
KELAS “B” (Api Cecair) Liquid Fire
- Api Minyak
- Api Cat
- Api Varnish
Buih, Debu kering dan Varpourising liquid
KELAS “C” (Api Wap dan Gas) gas &Stim Fire
- Butana
- Propane
- Oxy acetalane
- Gas (LPG)
Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid
KELAS “D” (Api Logam) Matel Fire
- Potaosium
- Sodium
- Kalsium
- Magnesium
Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Monday, March 21, 2011

Kit Pertolongan Cemas

image

Kotak pertolongan cemas hendaklan diletakkan di bengkel sebagai langkah keselamatan seandainya berlaku kemalangan kecil atau pun kecederaan. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Kandungan kotak pertolongan cemas ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Di antara bahan-bahan yang terdapat dalam kotak pertolongan cemas sebagaimana berikut :

1. Pembalut gulung

2. Kain tekap

3. Pembalut segi tiga ( kain anduh )

4. Kapas

5. Plaster pelekat

6. Garam amonia

7. Gunting kecil

8. Pin keselamatan

9. Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )

10. Ubat kuning ( akriflavin )

11. Losen biru

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

“ Bersama ke arah kecemerlangan “

Friday, March 18, 2011

Kesan Radiasi Kepada Tubuh Manusia

 

 image

Radiasi boleh menyerang beberapa bahagian badan. Simptomnya berubah bergantung kepada tahap dan tempoh pendedahan. Kesan radiasi kepada tubuh manusia sebagaimana berikut :-

Bahagian Badan

Kesan Radiasi

1. Kepala

Rambut gugur
2. Kawasan mulut Radang mulut/tekak, ulser, pendarahan
3. Otak Sakit kepala, pening, lesu, pengsan, lemah
4. Kelenjar Tiroid Mengembang Tiroid menyerap radioaktif, menyebabkan risiko barah yang tinggi terutama bagi kanak-kanak.
5. Jantung Degupan jantung meningkat, radang jantung dan sakit dada
6. Paru-paru Bronkitis, radang, fibrosis menyebabkan nafas pendek  dan batuk kering
7. Perut Loya, ulser, pendarahan dalaman, muntah, cirit-birit
8. Usus besar / kecil Ulser, pendarahan dalaman, najis berdarah, ciri-birit
9. Sum-sum Tulang Pengurangan sel darah putih sehingga 50% dalam tempoh 48 jam – meningkatkan risiko jangkitan
10. Darah Pendarahan dalaman, anemia, tompok darah di bawah kulit, bilangan platlet berkurangan
11. Kulit Terbakar, radang, kulit menggelap secara kekal, lebam, melepuh, tertanggal, pendarahan

Tuesday, March 15, 2011

Format Penulisan Minit Mesyuarat

image

Penulisan minit mesyuarat penting kerana ianya satu rekod atau kenyataan bertulis secara formal mengenai catatan ke atas sesuatu perbincangan dan keputusan yang dicapai oleh perbincangan tersebut sebagai bahan rujukan, tindakan susulan dan pelaporan semula diperbincangan akan datang. Bagi mendapatkan format penulisan minit mesyuarat sila klik item di bawah :-

#Contoh format penulisan minit mesyuarat

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Sunday, March 13, 2011

Hampir 20'000 Guru Dapat Ijazah Dibawah Program PPG Sejak 2006

 

SHAH ALAM 13 Mac : Hampir 20,000 guru berjaya memperoleh  Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) sejak 2006.

Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, berkata program berkenaan merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kementerian untuk memastikan semua guru sekolah menengah dan sekurang- kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah.

Beliau berkata seramai 5,685 guru terpilih mengikuti program SMP pada sesi pengambilan khas semester 2011 dengan merangkumi 11 subjek utama termasi Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains.

"Pendaftaran selama empat hari bermula hari ini bagi mengikuti pengajian selama empat tahun di 20 pusat pembelajaran OUM di seluruh negara," katannya dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat pendaftaran SMP ambilan 2011 di sini hari ini.

Melalui pengajian di OUM, guru akan didedahkan kepada aplikasi teknologi maklumat terkini dalam modul pengajian seperti belajar secara atas talian, nota-nota kuliah secara maya selain perjumpaan bersemuka dengan tenaga pengajar, katanya.

Program SMP itu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diperaku oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Thursday, March 10, 2011

Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2011 ( pembetulan tarikh )

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2011(pembetulan tarikh ) sebagaimana berikut :-

image

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

“ Bersama ke Arah Kecemerlangan" “

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

image

Adalah dimaklumkan bahawa tema Sambutan Hari Guru 2011 adalah “ GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sekian..

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Monday, March 7, 2011

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN ( SOP )

image

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Secara umumnya jikamengesan sesuatu kebakaran di lokasi-lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu:
1. Membunyikan penggera kebakaran;
2. Cuba melawan jika kebakaran kecil;
3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan;
4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa;
5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi;
6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan mengambil kedatangan; dan
7. Mengosongkan bangunan (pengungsian).

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Saturday, March 5, 2011

Soalan Interaktif Kemahiran Hidup Tahun 5

Khas buat murid-murid Tahun 5.Semoga dapar menambah ilmu pengetauan anda tentang Kemahiran Hidup.



Selamat belajar....

Thursday, March 3, 2011

Ayuh Tingkat Trafik Internet

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog Magrib Aristo dan Blog Luna Dan Putera30 Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat

Cara nya begini:

- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

  1. matdin
  2. MSR @Blogger
  3. tengku nizam
  4. mizz shizu
  5. Myself V3 Me &
  6. Blog Hanz
  7. BiMies’s WoRLd
  8. Farah Shafiqah
  9. Qila Razak
  10. CekLa
  11. Miss Yaty
  12. Magrib Menjelma
  13. Bila Luna Berkata Kata
  14. Putera30 Photographer
  15. Kemahiran Hidup 2u

PERATURAN!!!

1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie…

  • MSR @Blogger
  • tengku nizam
  • mizz shizu
  • Myself V3 Me &
  • Blog Hanz
  • BiMies’s WoRLd
  • Farah Shafiqah
  • Qila Razak
  • CekLa
  • Miss Yaty
  • Magrib Menjelma
  • Bila Luna Berkata Kata
  • Putera30 Photographer
  • FOTO BLOG
  • Kemahiran Hidup 2u
  • Nama blog Anda…… 

    4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

    Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1

    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5

    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25

    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125

    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625

    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125

    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625

    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125

    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625

    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125

    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625

    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125

    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625

    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125

    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

    Kita sama-sama cuba jaya okk….

    Selamat mencuba!!!

    ***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

    sekian..

    www.kemahiranhidup2u.blogspot

    “ Bersama ke arah kecemerlangan”

  • Tindakan Semasa Menghadapi Kecemasan di Bengkel Kemahiran Hidup

    image

    Apabila berlaku kemalangan atau kecederaan,beberapa langkah kecemasan dan peranan yang perlu diambil oleh guru dan murid sebagaimana berikut :-

    PERKARA

    TINDAKAN
    MURID

    TINDAKAN
    GURU

    TINDAKAN
    PENTABIR

    Kemalangan -laporkan kepada guru dengan serta merta
    -Ikut arahan guru dan jangan cemas
    -Mengambil tindakan sewajarnya dan mengawal keadaan
    -Memberi bantuan dan rawatan awal yang sesuai dan jika perlu hubungi doktor
    -Laporkan kepada pentadbir sekolah
    -Catatkan pada buku rekod kemalangan
    -Memberi arahan kepada guru tindakan yang perlu diambil
    Kebakaran -Laporkan kepada guru dengan serta merta -Mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan
    -Mengawal langkah yang perlu untuk mengawal dan memadam kebakaran
    -Hubungi bomba jika perlu
    -Melaporkan kepada pihak polis,jika perlu
    Kecurian -Laporan kepada guru dengan serta
    merta
    -Memaklumkan kepada pentadbiran sekolah dengan serta merta -Melaporkan kepada pihak polis,jika perlu

    www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

    “Bersama ke arah kecemerlangan”

    Wednesday, March 2, 2011

    Buku Rekod Kemalangan di Bengkel Kemahiran Hidup

     image

    Buku rekod kemalangan / kecederaan yang berlaku di ruang kerja bengkel Kemahiran Hidup. Berpandukan maklumat ini :-

    i. Guru dapat mempertingkatkan pengurusan bengkel.

    ii. Guru dapat memastikan kemalangan yang sama tidak berulang.

    iii. Boleh menjadi sumber rujukan kepada pihak-pihak tertentu jika sesuatu kemalangan itu memerlukan siasatan lanjut.

    iv. Boleh menjadi bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencegahan kemalangan yang diamalkan berkesan atau pun tidak.

    Contoh format yang terkandung di dalam buku rekod kemalangan seperti berikut :

    TARIKH NAMA MURID TAHUN JENIS
    KEMALANGAN
    RAWATAN
    AWAL
    T.T GURU
    1.3.2011 Ali b. Mad 4 W Luka ibu jari
    terkena pahat
    Rawatan luka di
    bengkel
     

    DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017