adsense

Wednesday, September 29, 2010

Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

DEPAN BENGKEL

Bengkel KH di sekolah-sekolah terbahagi kepada beberapa kategori. Walaubagaimana pun menjadi tanggungjawab kepada pentadbir sesebuah sekolah dalam menguruskannya dengan cara yang terbaik. Kebiasaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan bengkel tersebut berkesan dan berperanan adalah guru Kemahiran Hidup sesebuah sekolah.

Kategori bengkel terdiri :

  • Bengkel Khas / Tetap
  • Bengkel Sementara
  • Bengkel Ubah Suai
  • Bengkel Terapong
  • Bengkel Bergerak
  • Tiada Bengkel

Jadi dalam memastikan potensi murid dapat dikembangkan ianya memerlukan sebuah bengkel yang kondusif. Oleh yang demikian, pentadbir sekolah dan guru berkenaan harus memainkan peranan agar bengkel dan pengurusan bengkel yang berkesan dapat dilaksanakan.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Tuesday, September 28, 2010

Kurikulum dan Persijilan Baru 2011

Kurikulum, pensijilan baru 2011

JABATAN Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

Kurikulum pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa.

Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja.

Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan.

Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi.

Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi.

Pada masa ini, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia.

Untuk penyeragaman dan pengiktirafan pensijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai pensijilan kebangsaan bagi TEVT.

Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT:

lMengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;

lMewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan

lMemperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011.

Lembaga Teknologi Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi.

Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi.

Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun.

Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat.

Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Sumber : utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Thursday, September 23, 2010

Musytari hampiri Bumi

Musytari hampiri bumi Isnin ini


CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam Isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.

Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya.

"Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting," kata Tony Phillips, seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam sama.

Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar.

Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.

Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui Bumi pada jarak yang jauh.

Phillips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini. - AP

Thursday, September 9, 2010

Suara Takbir

Apabila suara takbir bergema maka kita akan berhari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin,  andai ada terkasar bahasa tersalah berbicara tersalah cerita.

Wednesday, September 8, 2010

Alat Pengesan Bahan Pengawet

Alat kesan bahan pengawet

Oleh KUAH GUAN OO


Pernahkah kita sebagai pengguna terfikir kenapa ikan, udang dan sotong yang dijual di pasar mahu pun di sesetengah restoran sentiasa kelihatan segar?

Sememangnya kemajuan sains telah membawa kepada wujudnya ciptaan pelbagai kemudahan dan sistem atau kaedah membolehkan kita menyimpan makanan laut supaya kekal segar seperti memasukkannya dalam peti ais.

Malangnya ada pula peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan cecair pengawetan mayat, iaitu campuran formaldehid yang digunakan untuk memelihara mayat daripada menjadi reput.

Ini adalah suatu cara yang bukan saja menjijikkan tetapi boleh membahayakan kerana bahan itu toksik, alergenik dan karsinogenik iaitu ia boleh membawa kepada penyakit barah jika termakan.

Makanan laut secara semula jadi memang mengeluarkan formaldehid tetapi pada tahap yang amat rendah dan tidak membahayakan.

Dalam usaha memastikan pengguna tidak ditipu hingga boleh memudaratkan kesihatan, sekumpulan saintis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Prof. Dr. Lee Yook Heng telah menghasilkan satu cara mudah, murah lagi cepat untuk menguji sama ada makanan laut mengandungi bahan pengawet formaldehid atau sebaliknya.

Akta Makanan 1985 sememangnya melarang penggunaan formaldehid sebagai bahan pengawet dan ia merupakan salah satu bahan pengawet yang tidak dibenarkan untuk makanan.

Dr. Yook Heng menjelaskan, Kementerian Kesihatan mengambil contoh makanan laut yang diimport untuk menguji sama ada ia mengandungi bahan berbahaya itu atau sebaliknya.

Bagaimanapun hasil ujian di makmal itu hanya dapat diketahui dalam tempoh beberapa hari.

Dalam tempoh itu makanan tersebut mungkin sudah pun dijual kepada pengguna. Dalam keadaan begini syarikat atau penjual terbabit hanya boleh disenarai hitamkan.

Selain itu, ujian di makmal memerlukan peralatan yang mahal dan kakitangan terlatih.

Maka, dalam usaha menyediakan kaedah ujian yang boleh digunakan dengan mudah, penyelidik terbabit termasuk lima orang profesor sejak 2001 telah berusaha mencari jalan untuk menguji menggunakan enzim, DNA, antibodi dan sel-sel keseluruhan yang boleh digunakan sebagai alat ujian dan boleh dijual di pasaran pada harga yang murah.

Salah satu daripadanya ialah biosensor terdiri daripada enzim yang hanya akan berinteraksi dengan formaldehid dan tidak dengan bahan lain.

Alat itu sudah berjaya dihasilkan dengan saiz hanya sebesar duit siling 50 sen.

Cara menggunakannya amat mudah dengan mengambil setitis air dari ikan atau udang yang hendak diuji dan diletakkan keatas alat itu.

Pertukaran warna yang berlaku bermakna ia mengandungi formaldehid.

Beliau menjelaskan, UKM sudah mempatenkan ciptaan mereka itu dan kini berusaha untuk mengedarkannya supaya dapat di gunakan oleh penjual ikan dan makanan laut, pegawai kesihatan malah pengguna.

-utusan online

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017