adsense

Tuesday, July 27, 2010

Pengurusan Panitia Berkesan


Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sempurna memerlukan sebuah panitia yang diurus secara terancang. Justeru, bagi mendapat maklumat selanjutnya sila klik disini panitia berkesan

Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010 ) Siri 3

10,000 bakal meriahkan MI2010


Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi bersama Zull Design-Utusan Malaysia antara program menarik MI2010 di Kuala Terengganu.


Berkonsepkan Pantai Timur, Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010 ) siri ketiga iaitu bagi Zon Timur pasti menarik minat para pengunjung untuk datang serta menyertai pelbagai aktiviti yang telah diaturkan.

Karnival tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melibatkan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan meliputi negeri-negeri di pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Karnival bakal diadakan di Pusat Dagangan Kuala Kuala Terengganu pada 30 dan 31 Julai ini.

Karnival inovasi itu dijangka menerima sambutan 10, 000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat dan disertai oleh pelajar sekolah, golongan belia, wanita, warga emas dan tidak ketinggalan golongan kurang upaya (OKU).

Menurut Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datin Nur Wahidah Wong Abdullah, pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan tradisional dan kebudayaan masyarakat pantai timur ditonjolkan.

Antaranya, pertandingan mencanting batik, pembuatan kraftangan yang mampu mencungkil bakat terpendam daripada peserta.

“Bertepatan dengan tema Meraikan Kreativiti, pelbagai program inovasi telah disusun untuk semua lapisan masyarakat.

“Sebagai contoh, pertandingan inovasi peringkat zon Timur, pameran produk inovasi, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan Malam Kreativiti Muzikal”, ujarnya.

Karnival pada kali ini juga turut memberi tumpuan kepada golongan wanita di Pantai Timur yang sememangnya terkenal dengan sikap lemah lembut serta kerajinan mereka.

Ia bagi membuka peluang kepada golongan tersebut untuk mempelbagaikan aktiviti yang boleh menjana pertambahan pendapatan mereka.

Turut dijangka menjadi tumpuan orang ramai adalah Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi bersama Zull Design dengan kerjasama Utusan Malaysia.

Bengkel yang akan disertai seramai 100 peserta tersebut akan merungkai rahsia penggunaan alatan tertentu yang memudahkan peminat inovasi untuk melakukan pelbagai ciptaan terbaru.

Manakala Program Malam Kreativiti Muzikal pada hari pertama karnival tersebut bakal menonjolkan bakat serta kreativiti anak-anak muda negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Berkonsepkan waste to wealth, program tersebut turut bakal menyaksikan persaingan hebat antara kumpulan-kumpulan yang terpilih sebagai finalis

Johan pertandingan tersebut berpeluang membuat persembahan pada Festival Malaysia Inovasi 2010 di Bukit Jalil November ini.

Bengkel Kemahiran Hidup SK Kedai Tanjong 2010

Monday, July 26, 2010

Baju Hujan Pemantul Cahaya

Sut baju hujan pemantul cahaya


Kasut kalis hujan ciptaan baru


Keterangan Inovasi :

Protek Rainsuit adalah sut baju hujan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Ia sesuai dipakai oleh penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh golongan ini semasa musim hujan ialah:

nKasut basah / kotor

nTerpaksa menukar kasut (memakai selipar)

nMembawa kasut tambahan

nKehadiran mereka kurang / tidak disedari oleh pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Oleh sebab itu, baju hujan i-Protek dicipta bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya ketika hujan pada waktu siang.

Kegunaan

i-Protek terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu:

nJaket hujan i-Protek

nSeluar i-Protek

nKasut i-Protek

Ciri-ciri kegunaan

Jaket hujan i-Protek

Jaket seluar i-Protek terdapat LED di hadapan dan belakang jaket, yang mana LED ini dinyalakan dengan menggunakan slide' suis yang terletak di bahagian hadapan jaket.

LED yang berkelip-kelip ini akan memberitahu pengguna jalan raya yang lain mengenai kehadiran pengguna baju hujan i-Protek semasa hujan terutamanya pada waktu siang.

Kasut i-Protek

Kalis air, boleh dilipat serta mudah disimpan dan dibawa.

nMelindungi kasut daripada basah dan kotor.

nTidak perlu membawa kasut tambahan. tidak perlu membuka kasut yang dipakai

Manfaat kepada masyarakat dan pengguna

LED adalah sebagai alat sokongan tambahan kepada pelekat balikan cahaya yang sedia ada dipasaran.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pelekat tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas ketika hujan pada waktu siang.

Melalui baju hujan i-Protek , pengguna jalan raya yang lain dapat melihat LED yang berkelip-kelip ini pada jarak yang jauh.

Selain itu, pengguna baju hujan i-Protek juga tidak akan mengalami masalah kasut basah atau kotor.

Potensi pasaran

Potensi pasaran adalah luas kerana Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa iaitu hujan dan panas sepanjang tahun.

Pengguna yang akan menggunakan baju hujan i-Protek terdiri daripada ;

  • Penunggang motosikal
  • Penunggang basikal
  • Pejalan kaki

  • -utusan online

    Tuesday, July 20, 2010

    Tatacara Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup


    Bagi memastikan mesyuarat itu berjalan dengan lancar, mesyuarat tersebut mestilah mempunyai tatacara pengendalian yang berkesan. Oleh itu, jika ingin tahu bagaimana hendak mengendalikan mesyuarat dengan berkesan,sila klik disini.....

    Pengasing Isi Ikan

    Pengasing isi ikan




    INOVASI minggu ini menampilkan pengasing isi ikan (fish paste extractor) iaitu alat yang fungsinya seakan-akan penapis.

    Perbezaan alat ini dengan penapis biasa ialah lubang-lubang yang terdapatnya lebih besar berbanding penapis biasa yang ada di pasaran.

    Lubang-lubang yang besar pada alat ini membolehkan ia sesuai digunakan untuk mengekstrak isi ikan bagi tujuan menghasilkan produk makanan berasaskan ikan seperti keropok ikan, bebola ikan, nuget ikan, bergedil ikan dalam skala kecil tanpa perlu menghancurkan tulang-tulangnya sekali.

    Selain itu, tekstur isi isi ikan yang diekstrak menggunakan alat ini berbeza dari segi warna dan rupa berbanding dengan penggunaan mesin pengisar.

    Manfaat daripada penggunaan alat ini membolehkan pengguna membuat produk berasaskan ikan dalam skala yang kecil , menjimatkan penggunaan elektrik di samping amat mudah untuk membersihkan alat ini.

    -utusan online

    Monday, July 19, 2010

    Pengurusan Fail Panitia Kemahiran Hidup

    Panitia KH yang menepati piawaian memerlukan sistem fail yang lengkap dan sistematik. Berikut beberapa kategori fail yang perlu ada bagi pengurusan panitia KH :


    Untuk maklumat lanjut klik disini

    Wednesday, July 7, 2010

    Tahukah Anda Kenapa Siaran TV Satelit Terganggu ?


    Kenapa siaran TV satelit terganggu?

    Oleh NYANASEGARI BHOO PATHY
    Utusan online

    SATELIT memberikan pelbagai kemudahan dalam kehidupan harian kita. Satelit komunikasi, terutamanya, memainkan peranan penting seperti perkhidmatan telefon, televisyen satelit, radio, internet dan juga untuk tujuan ketenteraan.

    Satelit komunikasi menggunakan gelombang mikro untuk menghantar dan menerima data.

    Panjang gelombang itu antara satu milimeter ke satu meter dengan radio frekuensi antara 0.3 - 300 GigaHertz (GHz).

    Secara umumnya satelit komunikasi beroperasi mengunakan jalur Ku (disebut ‘kay-yoo’) yang berfrekuensi antara 12 dan 18 GHz.

    Julat ini dikhaskan untuk kegunaan satelit komunikasi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Geneva, Switzerland yang merupakan badan piawaian sedunia untuk bidang telekomunikasi.

    Secara umumnya, mana-mana aplikasi yang menggunakan frekuensi 10 GHz dan ke atas akan menjadi lemah yang dikenali sebagai kesan renjaman/pelemahan apabila hujan (rain fade).

    Apabila isyarat yang melebihi julat 10 GHz melalui titisan hujan di lapisan atmosfera bumi ia terus menjadi lemah.

    Ini disebabkan isyarat tersebut akan mengalami kesan penyerapan dan penyebaran di lapisan atmosfera bumi ketika hujan lebat.

    Penyerapan bermaksud isyarat yang melalui titisan hujan berubah menjadi tenaga haba dan diserap oleh titisan tersebut.

    Penyebaran pula bermaksud isyarat akan melalui medium penghantaran yang tidak seragam kerana kehadiran titisan hujan di lapisan atmosfera menyebabkan isyarat itu mengalami kesan pembiasan dan pembelauan.

    Kedua-dua faktor itu menyebabkan berlakunya pengurangan pada isyarat, sama ada yang dihantar dari stesen bumi ke satelit (uplink) atau satelit ke bumi (downlink).

    Ini adalah punca mengapa penyiaran Astro di rumah anda terganggu apabila hujan lebat.

    Ini tidak bermaksud anda akan kehilangan isyarat setiap kali hujan.

    Kesan renjaman hujan pada isyarat yang melebihi 10 GHz hanya ketara apabila hujan lebat di mana sebahagian kecil laluan transmisi isyarat mengalami gangguan.

    Bagaimanapun, masalah itu boleh di atasi dengan menambah kuasa pemancaran isyarat ketika hujan untuk menggantikan kehilangan yang disebabkan oleh renjaman hujan.

    Berdasarkan maklumat daripada laman web Astro (sila rujuk : http://www.astro.com.my/portal/indices/index_107.html), bagi mengatasi kesan renjaman hujan ketika hujan lebat, kuasa transmisi bagi 13.2 meter piring satelit uplink akan ditingkatkan ke kapasiti maksimum iaitu sebanyak 2200 Watt.

    Bagi hari biasa dengan keadaan langit cerah, kuasa yang diperlukan hanya sebanyak 35 Watt iaitu 1.6 peratus daripada kapasiti sedia ada.

    Oleh yang demikian, pihak Astro hanya menjanjikan 99.7 peratus kadar ketersediaan untuk pelanggannya yang menggunakan piring satelit berdiameter 60 sentimeter kerana kesan renjaman hujan hanya boleh dikurangkan tetapi tidak boleh diatasi sepenuhnya.

    Jalur Ku bukan sahaja digunakan untuk penghantaran siaran televisyen tetapi juga untuk penghantaran data digital melalui dan untuk penghantaran suara atau audio.

    Contohnya, Very Small Aperture Terminal (VSAT) yang anda selalu lihat di atas bumbung stesen minyak digunakan untuk transaksi kad kredit ketika pembayaran.

    Selain itu, VSAT turut digunakan untuk pelbagai aplikasi lain antaranya untuk penyediaan akses Internet satelit di lokasi terpencil, komunikasi bergerak maritim dan sebagainya.

    Peningkatan terhadap aplikasi komersial telah mempergiatkan industri jalur lebar satelit.

    Memandangkan frekuensi rendah telah menjadi tepu, peralihan kepada jalur frekuensi 20 GHz dan ke atas perlu kerana ia menyediakan lebar jalur yang luas, kadar data yang tinggi dan saiz komponen yang kecil.

    Walaupun pihak ITU telah membangunkan model pengiraan untuk mengurangkan kesan renjaman hujan namun ia tidak berkesan sepenuhnya kerana taburan hujan di negara - negara tropika seperti Malaysia yang hujan sepanjang tahun dan tidak menentu merupakan suatu cabaran yang perlu dilihat dengan teliti.

    Tuesday, July 6, 2010

    Contoh Soalan Peperiksaan Kemahiran Hidup Tahun 6



    Penghujung bulan Jun yang lepas murid-murid telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2010.Oleh yang demikian, saya telah upload contoh soalan KH Tahun 6.

    Sila klik disini contoh Soalan Peperiksaan Kemahiran Hidup Tahun 6

    Portal NKRA Pendidikan



    Portal NKRA ini boleh dicapai melalui url : http://www.moe.gov.my/nkra/ . Portal ini bertujuan untuk memantau dan juga dijadikan sebagai "one-stop center" bagi penyampaian maklumat mengenai prestasi pencapaian NKRA Pendidikan.

    Monday, July 5, 2010

    5S dalam Pengurusan Bengkel KH Sekolah Rendah

    Sesebuah bengkel yang kondusif perlu mengamalkan program 5S agar sentiasa ceria dan efektif. Ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan berkesan.



    sila klik disini

    DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017