adsense

Saturday, May 29, 2010

Sambutan Hari Guru SKKT 2010

Pada 27 Mei 2010 sambutan hari guru peringkat skkt telah diadakan dengan jayanya. Berikut beberapa gambar yang yang sempat dirakam pada hari berkenaan.

Wednesday, May 26, 2010

Penyenggaraan Alatan Tangan

Murid-murid sedang menjalankan aktiviti menyenggara alatan tangan
( gergaji tangan )


Murid perempuan tidak kurang hebatnya, amboi_amboi boleh mengalahkan murid lelaki.




Aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Friday, May 21, 2010

Robot Kampung


Robot kampung

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
(ridzwan@utusan.com.my)


PENCIPTA robot berkelulusan sekolah rendah ini telah mencipta 47 jenis robot, termasuk robot penarik lanca ini yang disifatkannya sebagai anak yang ke-31.

IKA kita berbangga dengan Zulkifli Haron yang juga dikenali sebagai 'McGyver Malaysia' kerana berjaya mencipta pelbagai peralatan canggih daripada bahan-bahan yang murah, negara China juga mempunyai seorang pencipta yang gemar mencipta robotnya sendiri.

Wu Yulu, 49, seorang petani yang tinggal di pinggir bandar Beijing, boleh dianggap hebat kerana telah mengabdikan hidupnya untuk mencipta robot-robot dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbuang.

Sejak kecil lagi, Yulu begitu obses dengan pergerakan mekanikal dan beliau sentiasa ingin menggerakkan mesin agar mampu berjalan seperti manusia.

Nama Yulu sememangnya telah terkenal dalam dunia penciptaan robot di negaranya kerana beliau telah mencipta sebanyak 47 buah robot yang boleh melakukan pelbagai tugasan.

Antara kemampuan robot-robotnya ialah berjalan, melompat, menuangkan teh kepada tetamu, mencucuh rokok untuk perokok, mengurut dan juga melukis gambar.

Yulu yang kini sedang menyertai Ekspo Dunia Shanghai berkata, beliau mula mencipta dan membina robot-robotnya sendiri sejak 1986.

Pencipta robot yang hanya berkelulusan sekolah rendah ini mengaku yang ketaksubannya kepada penciptaan robot merupakan satu cabaran dalam kehidupan berkeluarga.

Misalnya, isterinya pernah mengugut untuk meninggalkannya bersama dua anak kerana membelanjakan hampir kesemua wang yang ada untuk membina robot.

Seperti kebanyakan pencipta robot lain, Yulu juga menghadapi pelbagai masalah ketika proses ciptaan seperti bateri meletup, hidup berhutang dan hampir membakar rumahnya apabila salah satu robotnya menyebabkan litar pintas.

Bagaimanapun, beliau berharap penyertaannya bersama robot-robot yang dianggap sebagai anaknya di dalam Ekspo Dunia kali ini akan memberi sinar baru dalam kehidupan dan juga dunia penciptaan.

Yulu akan mempamerkan lebih 30 jenis robotnya sepanjang ekspo itu yang berlangsung selama enam bulan.

Pencipta ini juga semakin diiktiraf ciptaan-ciptaannya termasuk menerima hadiah dan kontrak dari universiti-universiti di negara itu.

"Saya semakin popular sekarang. Walaupun saya telah melakukan kesemua kerja-kerja ini sejak 20 tahun lalu tetapi setiap tahun akan lebih ramai orang yang menyedari mengenai kehadiran robot-robot saya," kata Yulu.

"Dalam ekspo ini, saya menerima pengiktirafan daripada setiap orang. Saya mewakili kesemua petani dan ia merupakan satu kebanggaan," tambahnya.

Yulu memulakan karier penciptaannya dengan membuat peralatan-peralatan untuk membantunya di ladang seperti menukarkan basikalnya menjadi mesin membenih.

Kemudian beliau terus mencipta pelbagai jenis robot dengan pelbagai fungsi seperti projeknya yang terkini iaitu membina sebuah robot yang mampu mengurut.

"Saya mahu membina lebih banyak robot yang mampu membantu manusia. Saya juga telah mereka bentuk robot yang mampu memotong daging bagi membantu kerja-kerja di dapur," katanya yang bercita-cita untuk membawa ciptaannya ke Britain.

Lelaki ini sememangnya mengakui yang beliau boleh dikatakan lebih mencintai robot-robot ciptaannya berbanding anak sendiri.

Beliau yang menganggap robot penarik lancanya sebagai anak ke-31 dan memprogramkan android itu agar boleh berkata: "Wu Yulu ialah bapa saya, saya akan membawanya ke pekan."

Begitulah hebatnya anak kampung ini yang walaupun hanya tidak berpendidikan tinggi tetapi disebabkan minat dan kreatif, beliau mampu melakukan sesuatu yang mungkin ada menggangap sebagai mustahil.

Sunday, May 16, 2010

Kalau Ada Kemahuan..... Pasti Ada Kejayaan....



Apabila Nick Vujicic dilahirkan tanpa lengan dan kaki, ibu bapanya bukan setakat terkejut, malah tidak sanggup untuk melihatnya.

Bapanya meninggalkan hospital dan muntah sementara ibunya tidak memegangnya sehingga dia berusia empat bulan.

Bagaimanapun, lama-kelamaan, keadaan berubah.

Ketika kanak-kanak, Vujicic, 26, yang berasal dari Melbourne, Australia, suka melakukan apa yang digemari oleh teman seusianya - bermain bola sepak, berenang dan luncur air.

Walaupun cacat sedemikian rupa, dia masih mempunyai kaki kecil di satu pahanya yang banyak membantunya menjalani kehidupan seharian.


Vujicic menggunakannya untuk menaip, memegang pen untuk menulis.

"Saya menggelarnya 'paha ayam'. Hidup saya akan menjadi begitu rumit tanpanya," kata Nick.

"Apabila dalam air, saya akan terapung kerana 80 peratus badan saya adalah paru-paru dan 'paha ayam' saya bertindak sebagai kipas untuk menggerakkan saya," katanya.

Dia yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat mempunyai ramai teman wanita dan mendapat banyak tumpuan apabila di luar.

"Dia banyak menerima lamaran. Dia memang bercita-cita untuk berkahwin tetapi masih menanti wanita yang sesuai," kata temannya, Steve Appel.

Bagaimanapun, Vujicic memilih untuk terus menjaga 'keperawanannya' sehingga mendirikan rumah tangga.

Sejak kecil lagi Vujicic begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan kehidupannya lebih baik.

"Sukar bagi ibu bapa saya. Tetapi sejak kecil mereka sudah mengajar saya untuk berdikari," katanya.

Bapanya, pengatur cara komputer, mengajarnya menaip menggunakan jari kaki ketika dia berusia enam tahun. Ibunya pula, jururawat, mencipta peralatan khas untuk membolehkannya menyepit pen dan pencil di celah jari kakinya supaya dia boleh menulis.

Walaupun berdepan dengan ancaman dibuli, ibu bapa Vujicic mengambil keputusan untuk menghantarnya belajar di sekolah biasa.

"Ia keputusan terbaik mereka buat untuk saya," kata Vujicic yang kemudian memperoleh ijazah dalam bidang Perancang Kewangan dan Hartanah.

Walaupun mempunyai kerusi elektrik beroda untuk bergerak dan beberapa orang untuk membantunya, namun dia terpaksa melalui zaman sukar di sekolah kerana diejek dan kadang kala dibuli oleh pelajar lain.

"Saya begitu tertekan ketika berusia lapan tahun. Pernah saya menangis dan memberitahu ibu saya mahu membunuh diri. Saya marahkan Tuhan kerana menjadikan saya begini. Saya begitu takut jika ibu bapa saya tiada kelak. Banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan," katanya.

Keadaan menjadi lebih buruk dua tahun kemudian apabila dia cuba melemaskan dirinya ketika dalam bilik mandi.

"Saya merasakan tidak ada gunanya saya hidup. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Tanggapannya mengenai kehidupan mula berubah sama sekali ketika berusia 13 tahun.

"Saya terbaca dalam akhbar kisah seorang lelaki yang berjaya mencapai kejayaan dan membantu ramai orang. Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang," katanya.

Vujicic kini menjadi pakar motivasi dan sudah melawat 24 negara untuk berceramah depan kira-kira 110,000 orang.

"Saya menyedari mengapa saya dijadikan begini - untuk memberi harapan kepada yang lain. Ia memberikan saya inspirasi untuk menggunakan kehidupan saya bagi membantu orang lain, memberi dorongan kepada mereka.

"Saya kini lebih berterima kasih kepada apa yang saya ada dan tidak marah dengan apa yang saya tiada.

"Saya melihat diri saya di cermin dan berkata: 'Saya tidak mempunyai tangan dan kaki, tetapi saya masih mempunyai mata yang cantik.' Saya mahu membuat yang terbaik terhadap apa yang saya miliki," katanya .

Pada 1990, Vujicic memenangi anugerah Warga Muda Australia kerana keberanian dan kecekalannya.

sumber :http://paapaada.blogspot.com

Ganjaran Buat Guru


Muhyiddin Umum Ganjaran Wang Tunai Untuk Guru

KUANTAN, 16 Mei Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.

Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: "Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu,".

Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.

Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.

"Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin.

Beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.

Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan," kata Muhyiddin.

Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

"Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.

"Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki," katan Muhyiddin.

Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi.

-- BERNAMA

Sunday, May 9, 2010

Pertandingan Mencipta Logo "Kemahiran Hidup 2u"



PASIR MAS, 9 MEI 2010 -- Pihak urusetia Kemahiran Hidup 2u menjemput semua pengikut laman Kemahiran Hidup 2u dan ahli kelab Kemahiran Hidup 2u atau mana-mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta logo rasmi Kemahiran Hidup 2u.

Syarat-syarat Penyertaan
href="file:///C:%5CDOCUME%7E1%5CMOE%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_filelist.xml">
1. Saiz

Reka cipta logo KEMAHIRAN HIDUP 2U perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) ATAU logo yang dicipta hendaklah dicetak di atas kertas bersaiz A4 berwarna putih beserta (softcopy).

2. Rasional Reka Bentuk
Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia dan mempunyai perkataan KEMAHIRAN HIDUP 2U.

3. Warna

Persembahan logo boleh menggunakan tidak lebih daripada tiga warna.

4. Keaslian logo

Reka bentuk logo KEMAHIRAN HIDUP 2U mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh KEMAHIRAN HIDUP 2U.
5. Semua logo yang dihantar tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik urusetia.
6. Hadiah
Johan : RM 30.00 + Hadiah Misteri Naib Johan : RM 20.00 dan Ke-3 : RM 10.00

6. Peserta dikehendaki menghantar logo ciptaan mereka beserta 'softcopy' secara pos ATAU emel sebelum atau pada 19 Jun 2010 ke alamat berikut:

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo

Kemahiran Hidup 2u

d/a Sek.Keb.Kedai Tanjong

17000 Pasir Mas, KELANTAN.

Emel : cg.kh2009@gmail.com

Friday, May 7, 2010

Logo Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru
logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Kalau Ada Kemahuan....

Hari ini saya ingin berkongsi satu klip video yang cukup menyentuh perasaan. Kalau ada kemahuan disitu akan lahirlah kemahiran untuk kita meneruskan kehidupan.

Wednesday, May 5, 2010

Tema Hari Guru


TEMA HARI GURU MALAYSIA


2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Terima Kasih Nuffnang

Hari ini adalah hari yang cukup bertuah kerana saya telah mendapat sekeping cek dari Nuffnang Sdn.Bhd. Walaupun tidak seberapa tetapi cukup menaik semangat untuk
menjadi blogger yang aktif.

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017