adsense

Wednesday, April 28, 2010

Kesedaran 3R ,Sekolah Lokasi Terbaik

Sekolah lokasi terbaik tanam kesedaran 3R

KUALA LUMPUR - Sekolah adalah tempat terbaik untuk mendidik generasi muda tentang alam sekitar termasuk konsep kitar semula.

Ketua Setiausaha, Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA), C.C. Cheah berkata, oleh itu pihaknya dan Yayasan Scientex memilih sekolah untuk mengadakan kempen 3R (pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula).

Katanya, pelajar mudah dididik mengenai kebaikan dan faedah kitar semula serta mendorong mereka untuk mengamalkannya setiap hari.

"Melalui kempen ini juga, ia dapat membantu kanak-kanak membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam semulajadi. "Biarpun masih muda, mereka boleh membantu menyampaikan mesej ini kepada ibu bapa, rakan-rakan serta jiran tetangga," ujarnya selepas majlis pelancaran program Kesedaran 3K di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Scientex, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.

Lima sekolah terlibat dalam kempen itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St. John (2), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Damansara Utama dan SK Seri Bintang Selatan.

Kempen akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu sehingga sambutan Hari Alam Sekitar Dunia yang bakal diadakan pada 5 Jun.

Sementara itu, beberapa pelajar sekolah yang ditemui menyifatkan kempen yang dilancarkan amat berguna bukan sahaja bagi menyedarkan mereka tentang keperluan mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi, tetapi juga tentang pengamalan 3R yang berkesan.

Pelajar SMK Damansara Utama, Anis Yasmin Fadil Hassan, 17, berkata, kempen itu amat baik kerana ia antara langkah bagi memastikan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan negara dapat dikurangkan.

Pendapatnya turut dipersetujui murid SK St. John (2) Sarranraj Shanker, 10, yang mengakui sudah dididik sejak kecil supaya mengamalkan 3R oleh ibu bapanya.

"Justeru, saya tiada masalah untuk melakukannya walaupun berada di luar rumah," katanya.

utusan online

Tuesday, April 27, 2010

Bengkel Kemahiran Hidup SK Kedai Tanjong

Video bilik Kemahiran Hidup SK Kedai Tanjong ini telah dirakam pada tahun 2008 yang lalu.

Saturday, April 24, 2010

Program Renjer Hijau akan diwujudkan

Landskap Malaysia Akan Wujudkan Bank Benih

PETALING JAYA, 24 April -- Landskap Malaysia akan mewujudkan sebuah bank benih bagi mengekalkan pokok dan membantu kerajaan dalam perkara berkaitan isu alam sekitar, kata Pengerusinya Tun Jeanne Abdullah pada Sabtu.

Beliau berkata bank benih itu akan dilancarkan Isnin ini bersempena Forum Hijau Malaysia di Putrajaya.

"Ia juga sebagai menyokong komitmen kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon menjelang tahun 2020," katanya ketika melancarkan program menanam pokok "1 Murid 1 Pokok" di Sekolah Kebangsaan Seri Petaling di sini.

Beliau berkata Landskap Malaysia turut merancang mewujudkan program Renjer Hijau untuk pelajar sekolah bagi menyemai kesedaran mengenai isu alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

"Semua pelajar sekolah akan dapat menyertai Renjer Hijau dan mengambil bahagian dalam semua program sukarelawan bagi memulihara alam sekitar. Kami telah pun menyediakan kertas kerja yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran tidak lama lagi untuk kelulusan," katanya.

Dalam program menanam pokok itu, sejumlah 165 pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Petaling menanam pokok di perkarangan sekolah dan akan menjaganya sehingga mereka menamatkan persekolahan.

-- BERNAMA

Tuesday, April 20, 2010

Perbezaan Litar Siri dengan Litar Selari

Video ini bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap perbezaan diantara litar siri dan litar selari.

Sunday, April 18, 2010

Program Anugerah Juara 2009


Deangan bangganya di maklumkan bahawa Bengkel Kemahiran Hidup SK Kedai Tanjong telah mendapat tempat ke 3 Juara Bengkel Kemahiran Hidup kategori Sekolah Rendah anjuran PPD Pasir Mas bagi tahun 2009.

Thursday, April 15, 2010

Aktiviti Kelab Reka Cipta

Pada 14 April 2010 Kelab Reka Cipta telah menjalankan
aktiviti membersih Bilik Kemahiran Hidup selaku tempat operasi kelab.
Melalui aktiviti sebegini memantapkan lagi semangat kekitaan sesama ahli kelab.

Tuesday, April 13, 2010

Program 5S dalam Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

Bagi memastikan bengkel Kemahiran Hidup menepati spesifikasi dan mematuhi standard pengurusan yang berkesan, ianya dapat dicapai berdasarkan program 5S. Program 5s ialah
( sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal )

Secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan konsep ini dalam pengelolaan kekemasan bengkel.

5S

1. Sisih
2. Susun
3. Sapu
4. Seragam
5. Sentiasa amal

SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membungkannya.
Terdapat dua kategori:-

1. Bahan yang diperlukan

a. Bahan yang tidak diperlukan tetapi mesti disimpan.
b. Bahan yang kadangkala perlu digunakan semula.
c. Bahan yang digunakan selalu

Contoh:-
a. Reja kayu boleh digunakan untuk mengalas projek semasa menggunakan ragum atau proses mencabut paku. Ini boleh mengelakkan projek daripada rosak.

b. Kertas las - yang telah digunakan boleh digunakan semula untuk melicinkan permukaan kayu atau logam yang disapu lapisan pertama.
Cara kendalian:-

a. Letakkan berdekatan tempat penggunaannya.
b. Letakkan jauh sedikit.
c. Mesti disimpan berasingan dengan pengenalan yang jelas.

2. Bahan yang tidak diperlukan

a. Bahan yang tidak diperlukan dan senang dibuang.
Contoh:- reja kayu kecil, berus cat

b. Bahan yang ada nilai untuk dijual
Contoh:- tin cat, lebihan potongan aluminium.

c. Bahan tiada nilai tapi kos tinggi untuk dihapuskan.
Contoh :- minyak hasil daripada kerja servis, gris yang telah digunakan.

Cara kendalian:-

a. Buang serta merta bagi yang tidak mencemarkan alam sekitar.
b. Gunakan kaedah yang selamat serta yang menjimatkan kos untuk dilupuskan.

SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Asingkan bahan/barang kepada tiga peringkat:-

1. Bahan yang selalu digunakan.
Cara kendalian :- mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas. Contohnya alatan mesin mudah alih, alatan tangan. Adakan panel alatan dan juga kabinet alatan.

2. Bahan yang kadangkala digunakan
Cara kendalian – ditempatkan dalam stor atau jauh sedikit daripada panel alatan.

3. Bahan tidak digunakan langsung tetapi mesti disimpan.
Cara kendalian – mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas.

SAPU

Pastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih, tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas. Cara kendalian – mengadakan jadual tugas untuk menyapu lantai, menyapu minyak pada alatan logam, dan mengelap kelengkapan alatan seperti mesin gerudi.

SERAGAM

Setiap guru dan pelajar yang menggunakan bengkel mesti tahu peranan yang mesti dilaksanakan. Ini bertujuan supaya keadaan bengkel sentiasa dalam keadaan teratur, kemas dan bersih. Amalan penggunaan bengkel mesti dipatuhi walau siapapun yang menggunakan bengkel mengikut prosuder yang betul.

SENTIASA AMAL

Kerja-kerja rutin yang mesti dilakukan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Contohnya menyusun alatan, menjaga kebersihan, melakukan kerja pengasingan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Sumber :http://www.sksenai.com

Monday, April 12, 2010

Projek Litar Selari

Hari ini 12 April 2010.
Murid 4 Wawasan Sk Kedai Tanjong membuat projek litar selari.
Alhamdullilah mereka berjaya menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan.
Syabas kepada mereka......semua

Sunday, April 11, 2010

Program " PERAWAT "

Sehari di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas
Pada 7 April yang lepas saya berpeluang ke SK Gelang Mas, Pasir Mas bagi menjalankan program "PERAWAT" bersama Guru Cemerlang bagi peringkat PPD Pasir Mas. Saya hadir kesekolah ini bagi memberi bantuan atau berkongsi kepakaran berkaitan subjek Kemahiran Hidup.
Saya cukup berbangga kerana guru-guru Kemahiran Hidup iaitu Cikgu Kamarul dan Cikgu Zainun begitu yakin akan kepentingan subjek ini demi melahirkan murid yang berkemahiran demi menjayakan aspirasi negara "Malaysia Inovatif 2010".Seperti kata PM semasa majlis pelancaran Malaysia Inovatif 2010 “Kita mesti berani berubah untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Penolong-penolong kanan, guru-guru, murid-murid dan semua warga SK Gelang Mas atas layanan mesra. Akhir kata jika ada salah silap terkasar bahasa saya mohon maaf kerana apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya dan apa yang lebih itu adalah anugerah Allah swt. Hidup kemahiran hidup...

Saturday, April 10, 2010

Kasih Sayang Pelajar Terhadap Guru

Pelajar cedera dipukul kerana selamatkan guru

SHAH A L AM – Seorang pelajar cedera di muka selepas tindakannya membantu seorang guru wanita da ripada menjadi mangsa ganas dua bekas pelajar yang mabuk dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Seksyen 27 di sini, semalam.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika pelajar sekolah memulakan sesi pembelajaran sesi pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, sewaktu kejadian itu, dua lelaki berumur 18 dan 23 tahun datang ke sekolah berkenaan dengan menunggang motosikal.

Katanya, dua suspek yang dalam keadaan mabuk itu datang ke sekolah untuk berjumpa dengan sepupu salah seorang daripada mereka.

“Ketika itu, seorang guru datang kepada suspek lalu meminta mereka menunggu di sebuah bilik selepas mendapati mereka mabuk dan sejurus itu, suspek terus memaki hamun guru terbabit dengan kata-kata kesat serta lucah.

“Bagaimanapun, tiga pelajar tingkatan empat datang untuk membantu guru itu namun salah seorang suspek terus menghayunkan topi keledar ke arah pelajar-pelajar berkenaan sehingga menyebabkan seorang pelajar rebah dan mengalami kecederaan lebam di muka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, pengawal keselamatan serta pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu namun, suspek terus melarikan diri.

“Gerakan memburu suspek dilakukan sejurus menerima laporan dan kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) suspek ditahan di sebuah rumah pangsapuri di Subang Jaya,” katanya.

Noor Azam berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan manakala guru wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang pelajar yang dikenali Mohd Hakimi, 15, berkata, dia yang baru tiba di sekolah terkejut melihat kekecohan yang berlaku.

“Saya lihat lelaki itu pukul pelajar sekolah dengan topi keledar dengan kuat. saya boleh dengar bunyi itu daripada jauh,” katanya

sinarharian olline

Kit Pembelajaran Sains

USM reka kit pembelajaran sains

PULAU PINANG 7 April - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menghasilkan kit pembelajaran sains untuk sekolah rendah khusus bagi murid lemah di kawasan pedalaman Sabah.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Dr. Hashimah Mohd. Yunus yang mengetuai kumpulan itu berkata, kit berkenaan dihasilkan dengan bantuan tiga pensyarah lain tahun lalu.

Ia dilaksanakan melalui geran dan peruntukan daripada Yayasan Sabah sebanyak RM2.7 juta.

Katanya, kit tersebut mempunyai empat komponen iaitu Panduan Guru, Aktiviti Murid, Penilaian Murid dan Kit Sains dibuat khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan dari aspek infrastruktur, kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

''Kajian ini dijalankan terhadap sekolah rendah di kawasan pulau, pesisir pantai, kaki bukit dan pendalaman Sabah dengan dua sekolah dipilih dari setiap kawasan.

''Hasilnya menunjukkan tahap pencapaian dan kebolehan murid yang berada di kawasan pedalaman ini berbeza-beza di mana kebanyakan mereka tidak mampu mengikuti sukatan mata pelajaran Sains yang dibuat kementerian.

''Ada antara mereka yang berada di darjah enam tapi malangnya tahap pemikiran mereka masih di darjah satu.

"Inilah perlunya satu aktiviti pembelajaran lain dirancang supaya mereka ini tidak terus tercicir dan dapat mengikuti pembelajaran seperti murid lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, dekan pusat pengajian berkenaan, Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed.

Menurut Hashimah, kit merangkumi lima tema yang dikhususkan dalam sukatan mata pelajaran Sains sekolah rendah iaitu Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Daya dan Tenaga, Menyiasat Alam Bahan, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta serta Menyiasat Dunia Teknologi.

Katanya, kit tersebut juga disertakan dengan modul pembelajaran yang mampu membantu guru menjelaskan sesuatu aspek sains dengan cara mudah difahami selain dibekalkan alat-alat sains seperti termometer, anak patung dan klip mengikut tema dipilih.

Beliau berkata, sebelum seseorang murid mula diajar menggunakan kit berkenaan, mereka terlebih dahulu akan didiagnosis untuk mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan menguasai sains.

''Setelah hasil diagnosis diperoleh, murid terbabit akan diletakkan di dalam tema yang sesuai untuknya," katanya.

utusan online

Saturday, April 3, 2010

Litar Siri






Sila download kalau ingin lihat slaid ini

1. Litar siri 1

2. Litar siri 2

Selamat Maju Jaya..Terima Kasih.

Friday, April 2, 2010

Politeknik di hati Pelajar Lepasan SPM...


Jabatan Pengajian Politeknik Terima 125,000 Permohonan On-line
KUALA LUMPUR, 2 April -- Jabatan Pengajian Politeknik menerima kira-kira 125,000 permohonan on-line untuk kemasukan pelajar ke 27 buah politekniknya di seluruh negara bagi pengambilan Julai 2010.

Sambutan yang cukup menggalakkan daripada pemohon dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia adalah disebabkan oleh penyelarasan latihan industri yang kukuh pengajian politeknik itu yang mantap, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Ketua Pengarah jabatan Datuk Imran Idris baru-baru ini berkata pengajian politeknik banyak membantu usaha kerajaan menaikkan status negara dari negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Jabatan itu juga sedang menggerakkan institusi politeknik untuk menjadi Pusat Teknologi dan Pusat Kecemerlangan yang memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Kenaikan taraf politeknik dan institusi negara itu secara keseluruhannya akan dapat mengurangkan kebergantungan industri pada tenaga teknikal asing, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Thursday, April 1, 2010

Penambahan Pelajar ke Sekolah Teknik/Vokasional menjelang 2015


Pelajar Sekolah Teknik/Vokasional Bertambah Dua Kali Ganda Pada 2015
KOTA BAHARU, 1 April -- Kementerian Pelajaran mensasarkan jumlah kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bertambah dua kali ganda menjelang tahun 2015.

Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Wan Mohd Noor Wan Endut berkata sasaran 134,000 pelajar itu mampu dicapai.

Beliau berkata satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berhubung usaha meluaskan akses pendidikan berkualiti, menyaksikan sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional ini digerakkan untuk memastikan bahawa pertambahan pelajarnya meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2015.
"Sehingga tahun 2010, kemasukan ke sekolah-sekolah ini meningkat kepada 75,000 orang berbanding sasaran awal 67,000 dan jumlah itu dijangka meningkat dari tahun ke tahun," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-15 di SMT Pengkalan Chepa di sini hari Khamis.

Anugerah itu sebagai memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar dan panitia yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009.

Wan Noor berkata permintaan tinggi dalam bidang kemahiran dan vokasional menjadi salah satu faktor peningkatan pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya bidang-bidang yang memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Menurutnya selain membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik mendapat peluang kerjaya, ia juga mampu memberikan mereka pulangan yang tinggi dari sudut ekonomi.

"Bidang kemahiran kini menjadi satu bidang terpenting dalam pembangunan negara dan ia sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai dan pelbagai," katanya.

-- BERNAMA

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017