adsense

Thursday, December 31, 2009

E-dagang lonjakkan Bidang Keusahawanan

e-dagang kerjaya masa depan


BIDANG keusahawanan kini melangkah ke era lebih maju dan global dengan pengenalan konsep e-dagang, sekali gus menjana pendapatan lebih tinggi.


Jika dulu, sistem perdagangan lebih tertumpu secara konvensional atau pertemuan penjual-pembeli, e-dagang lebih memudahkan dan menjimatkan kos.


Ia adalah perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai medium perhubungan dan transaksi.

Melalui konsep ini, masa kerja dan urus niaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki organisasi, pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah manakala pasaran perniagaan ke seluruh dunia untuk tempoh 24 jam tanpa henti.

E- dagang adalah penyebaran, pembelian, penjualan dan pemasaran barang melalui sistem elektronik seperti Internet, televisyen atau komputer.

Industri teknologi informasi memperakui e-dagang sebagai aplikasi dan penerapan dari perniagaan berkaitan transaksi komersial seperti pemindahan dana elektronik, e-pemasaran dalam talian serta pemrosesan transaksi atas talian.

Dalam perniagaan e- dagang, ia bukan hanya tertumpu kepada kekuatan produk, tetapi pengurusan, pengiriman, struktur perniagaan serta infrastruktur yang baik selain harga kompetitif.

Antara perniagaan e-dagang terkemuka ialah eBay, Yahoo, Amazon.com, Google, dan Paypal.

Kini, banyak institusi menyediakan program pengajian dalam bidang berkenaan termasuk Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di peringkat diploma.

Selain menyediakan modul pembelajaran terkini dan diperakui, prasarana lengkap membolehkan pelajar menjalani pengajian dengan selesa manakala tenaga pensyarah dedikasi bagi memastikan pencapaian standard yang tinggi.

Pelajar yang mangikuti program ini berpeluang menyertai kerjaya seperti Pembangun Sistem Berasaskan Web, Penolong Pentadbir Pangkalan Data dan Usahawan Internet.

Untuk maklumat lanjut mengenai program hubungi 03-55136688 atau lawati www.ptpl.edu.my.

Anda boleh menghantar SMS ke INFOPTPL nama e-mel dan hantar ke 013-2433677/017-3993034 atau 016-630 8966.

sumber harian metro

Tuesday, December 29, 2009

Perpustakaan di Pasar Raya ?

Perpustakaan dalam pasar raya

Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang menerima sekurang-kurangnya 100 pengunjung setiap hari.




MEMBACA sambil membeli-belah. Bunyinya tidak pelik, tetapi menarik terutama bagi ulat buku yang pada masa sama ingin menghabiskan masa bersantai di kompleks beli-belah.

Menyedari penyediaan perkhidmatan itu mampu memberi nilai tambah kepada pengunjung, pihak pengurusan Pusat Membeli-belah AEON Jusco Seberang Perai City di Bandar Perda, Bukit Mertajam tampil bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP).

Pusat beli-belah adalah sebuah lokasi yang paling ramai dikunjungi masyarakat pelbagai peringkat usia dan latar belakang tanpa mengira waktu. Kerjasama kedua-dua pihak terbabit dimeterai pada 22 Ogos 2008 apabila sebuah perpustakaan mini beroperasi di AEON Jusco.

Dikenali sebagai Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco, ia disediakan secara percuma oleh pengurusan AEON Jusco Seberang Perai City - PPAPP dengan koleksi hampir 4,000 naskhah bahan bacaan, lebih 300 bahan media termasuk CD-Rom, kaset dan video serta hampir 350 majalah di setiap rak kawasan berkeluasan 398 meter persegi.

Setelah lebih setahun dibuka, jumlah pengunjungnya melebihi 150 orang pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah termasuklah ketika menjelang musim peperiksaan.

Kemudahan

Walaupun hanya mempunyai keluasan menyamai sebuah rumah pangsapuri, ia masih mampu menampung limpahan pengunjung daripada pelbagai lingkungan usia.

Ini kerana setiap bahan yang terdapat di dalam perpustakaan berkenaan diletakkan di setiap sudut berbeza bagi memberi kemudahan kepada pengunjung.

Malah sudut bagi kanak-kanak juga diasingkan daripada sudut pengunjung remaja dan dewasa bagi membolehkan mereka menikmati keadaan yang selesa ketika mentelaah setiap bahan bacaan yang dicapai.

Begitu juga dengan sudut media menempatkan kaca televisyen yang turut diasingkan daripada ruangan membaca yang sudah semestinya mengutamakan suasana yang lebih tenteram dan sunyi.


PUSAT beli-belah AEON Jusco Seberang Perai menawarkan kemudahan perpustakaan kepada pengunjungnya.


"Kami yakin dengan pembukaan perpustakaan mini di pusat beli-belah seperti di AEON Jusco Seberang Perai City ini, kami mampu mencapai matlamat untuk menjadikan membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan masyarakat kita.

"Kami juga merasakan ia sebagai satu kemudahan kepada masyarakat untuk mengunjungi perpustakaan di samping mereka membeli-belah," kata seorang Penolong Pegawai Perpustakaan PPAPP.

Menjadi perpustakaan ketiga yang dibuka di pusat membeli-belah di Pulau Pinang selepas di Komtar (Kompleks Tunku Abdul Razak) di George Town dan Kompleks Mayang di Bayan Baru, kewujudan Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco dilihat mampu memberi nilai tambah kepada PPAPP dalam usaha menambat hati masyarakat terhadap budaya membaca.

Tabiat membaca

Malah PPAPP turut yakin dengan langkah bijak yang diambil melalui kerjasama AEON Jusco Seberang Perai City. Ia dilihat mampu menambah minat masyarakat untuk mendekatkan diri dengan gedung ilmu yang menempatkan 1,001 pengetahuan.

PPAPP yang diterajui pengarahnya, Shukriah Yon komited bagi menjayakan usaha memikat hati masyarakat dengan menjadikan tabiat membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan mereka.

Menanam minat membaca dalam kalangan masyarakat bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi ketika dunia sedang menongkah arus alam siber. Kempen sahaja belum cukup untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai satu tabiat dalam kehidupan masyarakat.


KESELESAAN antara faktor penting yang ditekankan di Perpustakaan Siber Ilmu AEON Jusco Seberang Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Justeru tidak hairanlah sejak ditubuhkan pada Ogos 1972 sehingga kini, PPAPP sudah mempunyai lima cawangan perpustakaan di seluruh negeri (tidak termasuk sebuah perpustakaan cawangan yang sedang dalam pembinaan di Bertam, Kepala Batas) dan sebuah perpustakaan kanak-kanak.

Jabatan itu turut mengoperasikan dua perpustakaan dalam kategori pekan, 50 perpustakaan Komuniti Siber Ilmu dalam kategori desa selain 28 lagi perpustakaan sama milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang dikawal-selia oleh PPAPP.

Jumlah tersebut tidak termasuk 12 buah bas yang dijadikan perpustakaan bergerak, tiga buah Perpustakaan Siber Ilmu yang dibuka di pusat beli-belah di Pulau Pinang dan sebuah perpustakaan negeri yang beroperasi di Seberang Jaya.

Melihat kepada kejayaan perpustakaan mini di pusat beli-belah, pengurusan PPAPP kini mengorak langkah untuk membuka lebih banyak perpustakaan konsep sama dengan kerjasama pihak pengurusan kompleks masing-masing bagi menyemarakkan lagi budaya membaca.

sumber utusan online

Sunday, December 27, 2009

Bengkel Inovasi 2

Bengkel inovasi untuk pelajar dan golongan muda

Ramai daripada kita masih mengingati siti televisyen McGyver. Seorang lelaki yang mahir dalam mencipta sesuatu untuk mengatasi masalah yang dihadapi terutama apabila membantu orang lain.

Ia sekali gus memberi gambaran bahawa idea, ilham dan kreativiti dapat membantu kita mengatasi masalah, juga menghasilkan produk inovasi.

Bidang kepakaran ini bukan datang dengan sendiri sebaliknya ia memerlukan ilmu berdasarkan kepada teori-teori sains.

Teknologi, inovasi dan reka cipta sains ini memerlukan pemahaman mendalam ke atas bidang sains dan teori-teori di sebaliknya sebelum dia diaplikasikan dalam bentuk produk inovasi.

Malah, pemahaman ini membantu kita mengetahui bahawa fenomena yang sebelum ini dianggap sebagai ajaib atau satu silap mata, dapat diterangkan menerusi teori sains.

Misalnya bagaimana mentol menyala, loceng berdering secara automatik kerana adanya aliran elektrik yang tidak kelihatan dan dibantu oleh peranan suis.

Pelajar tentunya ingin tahu fenomena-fenomena sains ini yang dulunya dianggap silap mata atau perkara ajaib.

Sebagai contoh, satu ketika dulu gerhana bulan atau matahari dianggap perkara keramat kerana kedua-duanya telah disembunyikan atau ditelan oleh naga.

Seterusnya, diberitahu bahawa bagi membolehkan naga melepaskan matahari atau bulan itu keluar dari mulutnya , kita perlu mengetuk apa juga benda keras dengan kuat supaya dapat didengar oleh makhluk tersebut.

Namun hari ini, teori sains telah menerangkan apakah fenomena gerhana dan itulah keajaiban sains yang sebenarnya.

Pada masa sama, sains telah menghasilkan inovasi dan reka cipta yang berguna untuk kegunaan manusia tetapi bagaimana ia harus dipupuk supaya lebih ramai pereka cipta dapat dilahirkan.

Pertandingan reka cipta diadakan saban tahun tetapi hasil inovasi lenyap begitu saja kerana pereka cipta tidak mempunyai pendedahan yang sebenar tentang apa itu reka cipta.

Maka, apabila kerajaan mengumumkan 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi, ada kewajaran untuk semua pihak mengambil sikap positif untuk mewujudkan persekitaran mereka cipta bagi membudayakannya di kalangan generasi muda.

Utusan Malaysia bersama Zull Design Autotronik juga menyahut cabaran tersebut bagi membudayakan reka cipta dan inovasi dengan mengadakan bengkel Rakan Inovasi.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang yang disertakan dan mereka berpeluang mengenali dengan lebih dekat ikon inovasi , Zulkilfli Haron sempena bengkel itu nanti.

sumber utusan online

Friday, December 25, 2009

Dulu Sisa Kumbahan Kini Bahan Binaan

Dari sisa kumbahan ke bahan binaan



Dr. Zularisam Ab. Wahid menunjukkan bio-brick yang dihasilkan dari sisa kumbahan dan sesuai bagi bahan binaan.

MASALAH sisa kumbahan menyebabkan kerajaan perlu mengadakan pelbagai usaha untuk merawatnya.

Setiap hari sisa kumbahan makin bertambah dengan pertambahan penduduk dan pelbagai langkah perlu dilakukan untuk menangani masalah berkenaan.

Pada tahun 2006, Jabatan Alam Sekitar mendapati 48 peratus pencemaran air berpunca daripada loji rawatan kumbahan, 45 peratus dari industri, lima peratus ladang ternakan manakala selebihnya industri asas tani.

Justeru sekumpulan pensyarah dan penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyahut cabaran menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan berguna daripada sisa buangan terutama kumbahan.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Zularisam Ab. Wahid dijangka dapat mengurangkan sisa kumbahan yang bertambah saban tahun dengan menjadikannya sebagai salah satu campuran dalam bahan binaan.

Bahan yang dinamakan bio-brick dihasilkan daripada sisa kumbahan kering dan loji rawatan air dengan nisbah tertentu.

"Ini bagi menentukan batu bata yang dihasilkan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Malaysia Standard (MS) dan British Standard (BS) dalam kekuatan, ketumpatan, kulat dan penebatan," katanya.

Sebelum ini, jelas Dr. Zularisam, masalah yang sering dihadapi adalah masalah kulat atau fungus yang tumbuh di dinding.

Justeru kajian menunjukkan hanya 20 peratus sisa kumbahan digunakan bagi menggantikan nisbah pasir.

Biasanya dalam pembuatan batu bata, satu bahagian simen digunakan dengan enam bahagian pasir.

"Tetapi dalam teknologi ini nisbah pasir dikurangkan dan digantikan dengan sisa kumbahan," katanya.

Kajian yang dijalankan menunjukkan batu-bata yang dihasilkan daripada sisa kumbahan dapat bertindak sebagai penebat haba yang baik.

Menggunakan batu-batan biasanya sebuah rumah akan panas semasa siang dan sejuk pada waktu malam.

"Bagaimanapun rumah menggunakan Bio-brick terasa dingin pada siang dan hangat pada malam hari kerana haba yang diserap pada siang lambat dibebas di dalam rumah," katanya.

Apa yang lebih menarik, Bio-brick lebih ringan dan secara langsung dapat mengurangkan kos tenaga buruh.

Justeru penggunaan Bio-brick bukan saja dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar tetapi juga mengurangkan kos bahan binaan yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Dr. Zularisam berkata, setakat ini Bio-brick masih dalam peringkat ujian makmal dan industri sebelum boleh dikomersialkan.

"Sehingga kini terdapat beberapa syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan menggunakan teknologi menghasilkan Bio-brick," katanya.

sumber utusan online

Thursday, December 24, 2009

Gerhana Bulan pada 1 Januari 2010

Peluang saksi fenomena bulan gerhana

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

sumber utusan online

Wednesday, December 23, 2009

Memupuk Inovasi Agenda Perdana

Malaysia perlu pupuk inovasi, kata Najib

KUALA LUMPUR 23 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia

perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif

dengan memupuk inovasi.

Perdana Menteri berkata, negara-negara yang memupuk inovasi seperti

Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih

pesat sebagai hasil usaha itu.

"Inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetetif nasional.

Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam

ekonomi global yang kompetetif. Kita tidak seharusnya membenarkan

diri kita ketinggalan,” katanya dalam laman blognya

www.1malaysia.com.my hari ini. - Bernama

Tuesday, December 22, 2009

Bengkel Inovasi

Bengkel inovasi menjadi kreatif seperti MacGyver

Pertandingan reka cipta yang dijalankan saban tahun di negara ini telah melahirkan ribuan inovasi semenjak ia digalakkan oleh kerajaan bermula penghujung 1990-an.

Pertandingan ini melibatkan pihak Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan pelbagai kementerian lagi yang melibatkan institusi di bawah seliaan agensi terbabit seperti sekolah, universiti, institut kemahiran dan sebagainya.

Disebabkan tiada satu badan khas yang menguruskan pertandingan ini, maka hasil dan produk inovasi tersebut tidak diketahui bilangannya dan statusnya.

Maka, bayangkan berapa banyak kerugiannya yang ditanggung oleh negara kita.

Sepatutnya satu badan khas dilantik untuk menyelaraskan pertandingan reka cipta di negara ini agar hasil inovasi mampu memberi pendapatan kepada pereka cipta dan juga negara.

Mengapa hasil inovasi tersebut lenyap begitu sahaja?

Antara sebab kenapa hasil inovasi lenyap begitu saja ialah kerana para pereka cipta tidak mempunyai pendedahan yang sebenar tentang apa itu reka cipta.

Mereka tidak dapat memenuhi kehendak reka cipta itu sendiri.

Saya mengkategorikan kehendak reka cipta kepada beberapa perkara iaitu:

lProduk itu perlulah benar-benar dapat membantu pengguna dalam kehidupan seharian

lProduk itu perlulah mesra pengguna atau user friendly

lKos untuk memiliki produk tersebut efisien berbanding dengan tugasan yang dapat dilakukannya

lJangkaan permintaan yang baik terhadap produk.

Pelajar tersebut mungkin merasakan apa yang dicipta sudah cukup baik.

Oleh yang demikian, maka para hakim dilantik untuk memilih inovasi yang terbaik untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Hakim yang dilantik untuk menilai hasil inovasi perlulah benar-benar memahami kebolehan produk itu untuk dikomersialkan seperti yang ditekankan di atas.

Masalahnya, kebanyakan hakim yang dilantik hanya berminat untuk melihat isi dalaman produk dan bagaimana ia dibuat. Pada penilaian mereka, produk yang bagus perlulah dihasilkan daripada mekanisme yang terlalu kompleks.

Hal ini menyebabkan produk yang berpotensi untuk dikomersialkan berkubur di tengah jalan.

Oleh itu, pihak penganjur perlu mengambil pendekatan baru, memilih hakim pertandingan dalam kalangan pengguna. Suri rumah juga boleh dilantik menjadi hakim kerana mereka adalah pengguna.

Kesimpulannya, hakim perlulah seorang pengguna kerana mereka akan menilai produk tersebut dari sudut keperluan, mesra pengguna dan harga yang berpatutan.

Utusan Malaysia dengan kerjasama Zull Design Autotronic akan menganjurkan bengkel Rakan Inovasi bagi menyemarakkan semangat inovasi di kalangan pelajar dan belia. Ia juga sejajar dengan sambutan Tahun Inovasi pada 2010 dan bengkel ini sebagai bukti komitmen kedua-dua pihak untuk membantu kerajaan menjana semangat reka cipta dan inovasi.

Bersama-sama ini disertakan borang kepada mereka yang berminat. Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Sumber Utusan Online

Tuesday, December 15, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3





Sebut pasal akronim MAS ianya membawa maksud Malaysia Airlines System, tentu anda semua tahu.....ianya membawa anda terbang ke pelosok dunia. MAS merupakan syarikat penerbangan Malaysia terulung yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Ianya terpulang kepada anda hendak pergi melancong ke, menziarahi saudara mara, menyambung pelajaran atau berbulan madu...semuanya MAS tidak keberatan membawanya. Senang cerita kalau dulu kalau mahu tempah tiket tu...kena beratur panjang di kaunter-kaunter yang dikhaskan oleh MAS dimana sahaja....







Tapi kini semua itu boleh dibuat dihujung jari sahaja....em...em..menggunakan telefon bimbit aje, senangkan....taip flymas.mobi aje anda boleh terus berurusan dengan pihak MAS semudah 1,2 3 kalau tak pandai guna telefon bimbit tu....bolehlah minta anak-anak tolong buat tempahan tiket. Jangan marah gurau aje....







Dengan flymas.mobi ini anda boleh membuat tempahan penerbangan, boleh mengetahui status tempahan, boleh membuat daftar masuk. Anda juga boleh menyemak status dan jadual penerbangan, bahkan talian khidmat pelanggan pun boleh diperolehi melalui flymas.mobi. Anda juga boleh menyemak status bagasi dan juga anda boleh menyemak tawaran - tawaran istimewa yang ditawarkan MAS.

Jika anda teringin hendak pergi melancong bolehlah buat tempahan tiket melalui flymas.mobi mulai sekarang dan boleh memenangi dua hadiah istimewa berupa iPhone3G istimewa dari MAS. Jangan lupa tu....tempah tiket guna flymas.mobi semudah 1,2,3.....

Saturday, December 12, 2009

Budu Debu ?

Budu dalam bentuk debu


fisal ahmad bersama-sama produk Debudu yang mudah dibawa ke mana-mana.


BERCERITA mengenai masakan tradisional, tidak boleh ketepikan budu - sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan. Budu merupakan produk yang dihasilkan daripada ikan bilis dan garam yang diperam memberikan rasa dan bau yang unik.

Biasanya budu digunakan sebagai pencicah yang dimakan bersama-sama ulam serta nasi dan lauk-pauk.

Budu mempunyai semua asid amino dan tinggi dengan kadar lysine selain vitamin serta garam galian yang berguna.

Makanan ini juga merupakan sumber terbaik bagi Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

Budu juga mempunyai kandungan garam yang tinggi yang menghalang pengguna mengambilnya dalam kuantiti yang tinggi.

Bagaimanapun dengan kepentingan nutrisi tetapi pengeluaran yang terhad boleh membantutkan usaha untuk mengkomersialkan produk berkenaan.

Justeru Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalankan kajian menghasilkan budu dalam bentuk serbuk atau dinamakan debudu.

Pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, Fisal Ahmad mendapat idea menghasilkan debudu apabila sukar membawa budu menaiki pesawat.

"Budu yang merupakan makanan berkhasiat sepatutnya mudah dibawa ke mana saja selain senang disajikan.

"Botol budu yang dibawa menaiki pesawat biasanya mudah pecah akibat proses penapaian," katanya semasa ditemui di pameran Pecipta 2009 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru beliau menghasilkan debudu yang merupakan produk unik - merupakan budu yang dikeringkan .

"Produk baru ini boleh ditambah dengan beberapa bahan lain seperti cili, asam limau selain pembungkusan serta pengurusan yang mudah dan menarik," katanya.

Debudu merupakan kaedah terbaik untuk menangani masalah bekalan yang terhad selain meluaskan penggunaannya di masa depan.

Fisal menambah, apabila budu dikeringkan, ia tidak menghilangkan khasiatnya dalam bentuk Debudu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan pengeluar budu terbesar bagi menjalankan kajian menghasilkan debudu.

"Bedubu boleh didapati dengan dua perisa iaitu asli dan campuran cili, limau dan bawang dan hanya perlu ditambah air apabila dihidangkan," katanya.

Debudu yang telah dibungkus menarik, jelas Fisal sesuai dijadikan cenderahati kerana kering, mudah dibawa.

sumber utusan online

Thursday, December 10, 2009

Aku Guru Biasa

Janji Guru


SEBAGAI pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air.

SEBAGAI pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air.

Namun, ada segelintir guru yang dihantar ke sekolah di pedalaman menghantar permohonan pertukaran tempat mengajar sesuka hati tanpa alasan kukuh menyebabkan kekurangan guru di kawasan pedalaman.

Kini guru mungkin dikehendaki menandatangani aku janji menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya sedang menimbangkan mengenakan syarat akujanji sebelum bakal guru menamatkan pengajian bagi mengelak masalah pada masa depan.

Beliau berkata, akujanji itu akan dijadikan syarat utama sebelum mereka ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara.

Selepas menandatangani surat akujanji, kementerian tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran kecuali ada kes kritikal seperti sakit.

Tapi kini isu akujanji mungkin tidak timbul jika mereka yang memilih menjadi guru meminati bidang itu, bukan sekadar pilihan terakhir.

Kepada semua guru jadilah guru yang bertanggungjawab terhadap tugas mendidik anak bangsa.Walaupun berbagai isu yang timbul, itu sudah menjadi asam garam sebagai guru biasa.Kita mesti berbangga menjadi seorang guru kerana semuanya bermula dari guru biasa....

Sebagai renungan :......

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Wednesday, December 9, 2009

Agenda Inovasi Nasional

1Malaysia Penggerak Untuk Agenda Inovasi Nasional

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Konsep 1Malaysia sesuai untuk agenda inovasi negara bagi melahirkan bakat berdasarkan semua rakyat Malaysia, kata seorang pakar antarabangsa.

"Konsep 1Malaysia amat sesuai dengan inovasi. Bakat bukan hanya ada dalam satu budaya, ia diagihkan. Malaysia akan memperoleh caranya melalui budayanya yang tersendiri," kata Dr Harold J. Raveche, presiden Stevens Institute of Technology yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Beliau berkata negara memerlukan satu konsep untuk mempercepatkan agenda itu bagi meningkatkan pendapatan ekonomi, katanya kepada Bernama dalam temubual dengan Bernama mengenai mengembangkan inovasi di Malaysia.

Mereka yang boleh melaksanakan tugas itu tidak perlu seorang teknokrat tetapi seseorang yang mempunyai kesungguhan dan minat dalam inovasi, integriti dan komitmen.

"Anda memerlukan seorang pemandu Formula One, bukan pemandu teksi," katanya yang merupakan seorang pakar pembangunan kapasiti dan inovasi. Raveche berada di sini atas jemputan Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan rakan kongsi dalam projek penyelidikan.

Stevens Institute of Technology, yang menempatkan dua pusat kecemerlangan penyelidikan Amerika Syarikat (AS), berada pada kedudukan ketiga di AS dalam memberi pulangan pelaburan hasil penyelidikan kampus tahun lepas oleh Forbes.

Raveche berkata kerajaan perlu menjadikan setiap rakyat Malaysia, daripada saintis kepada rakyat biasa, menyedari kepentingan inovasi yang akan mencipta peluang baru, menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan kemajuan.

Mandat kebangsaan ini sudah pasti akan menarik pulang terutama dari kalangan jurutera, saintis dan pencipta serta rakyat Malaysia yang berada bagi menyediakan modal pelaburan.

"Perubahan Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada inovasi tidak hanya memerlukan jurutera yang mahir, saintis dan pengurus tetapi juga pencipta dan usahawan," katanya ketika ditanya mengenai fokus kerajaan Malaysia terhadap model ekonomi baru yang bertumpu kepada inovasi dan nilai tambah yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

Raveche berkata inovasi bukan hanya mengenai melakukan sesuatu yang baru tetapi juga menarik nilai baru yang akan memberi keuntungan dalam banyak cara kepada negara dan pelabur.

Mengenai ranking Malaysia yang berada di tempat ke-21 dari 110 negara dalam Global Innovation Index, beliau percaya Malaysia boleh menjadi lebih maju dengan mencari dan melabur dalam individu yang berpotensi atau industri kecil dan sederhana yang berteknologi tinggi.

Ini bermakna membantu mereka dalam membuat penyelidikan dan pembangunan, memulakan perkongsian dengan empat universiti yang menjalankan penyelidikan dan mengembangkan industri baru sebangai model contoh.

Empat universiti itu ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk membangunkan kapasiti, Dr Raveche berkata pelindungan harta intelek adalah sesuatu yang mesti untuk menarik pelabur.

Dasar pelajaran juga perlu memasukkan insentif untuk universiti menjalankan serta mewujudkan budaya penyelidikan dan pembangunan inovasi, katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, December 8, 2009

Kemahiran Komunikasi Untuk Dapat Kerja

Graduan Perlu Mantapkan Kemahiran Komunikasi Untuk Dapat Kerja

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Graduan universiti disaran memantapkan kemahiran komunikasi dan tidak bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata bagi mendapat tempat di pasaran kerja yang semakin mencabar, kata Naib Canselor Universti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon.

Beliau berkata ini tidak bermakna kelayakan akademik itu tidak penting, tetapi ia hanya penting dalam tempoh beberapa tahun pertama selepas penuntut menamatkan pengajian.

"Hanya graduan yang tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik di luar sana (pasaran kerjaya) akan bergantung harap kepada kelulusan di atas kertas yang mereka miliki.

"Bagi yang cemerlang di alam kerjaya, mereka hanya menggunakan ijazah itu sebagai pasport untuk mendapatkan pekerjaan pertama sahaja," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Pertandingan Akhir Kategori Bahasa Melayu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Debat Diraja Ke-13, di sini Isnin.

Mencemar duli berangkat ke majlis itu ialah Pro-Canselor UM yang juga Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub.

Ghauth berkata beliau pernah bertemu dengan seorang graduan yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam masa lima minit temuramah bersama bakal majikannya walaupun graduan tersebut hanya mempunyai kelayakan akademik kelas dua bawah.

"Ini membuktikan kelayakan akademik semata-mata tidak menjamin sama ada anda layak atau tidak untuk mendapat pekerjaan yang dipohon," katanya.

Katanya beliau juga turut kesal apabila mendapat maklumat daripada JobStreet.com pada masa ini mengatakan majikan masih cenderung untuk menggaji lulusan universiti luar negara berbanding universiti tempatan.

Katanya perkara itu merisaukan pentadbir universiti kerana mereka mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan keterampilan graduan.

"Sebab itu kami galakkan lebih ramai pelajar umpamanya di UM untuk menyertai program debat tetapi bilangan mereka hanya kira-kira 500 orang sahaja berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang kini mencecah 25,000 orang," katanya.

Sementara itu, pertandingan debat kategori bahasa Arab diungguli oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang muncul johan manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) naib johan, manakala kategori bahasa Inggeris pula diungguli UIA sebagai juara dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai naib juara.

Kategori bahasa Melayu pula diungguli Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)yang muncul juara dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHO) sebagai naib juara.

-- BERNAMA

Monday, December 7, 2009

PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA KOLABORATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN HIDUP MURID TAHUN LIMA.

PERBANDINGAN KESAN PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA KOLABORATIF
DAN TRADISIONAL TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN
KEMAHIRAN HIDUP MURID TAHUN LIMA.
Nasir Bin Hasan
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah diperkenalkan pada tahun 1991. Mata pelajaran ini dijalankan sebagai satu mata pelajaran sekolah yang tidak dinilai melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walau bagaimanapun kandungan mata pelajaranya akan bersambungan ke sekolah menengah dan pada peringkat tersebut pelajar diwajibkan mengambilnya dan dinilai melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi memastikan mata pelajaran ini terus sesuai dengan keperluan wawasan negara, kandungan sukatan telah dibuat penambahbaikan pada tahun 2002.
Kemahiran hidup ialah satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam tahap dua Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Mata pelajaran ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Kemahiran asas tersebut dapat digunakan oleh murid untuk berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik akan diterapkan semasa menjalankan aktiviti agar mewujudkan kesepaduan.
Secara umumnya faktor pendekatan dan kaedah pengajaran yang dikendalikan oleh seseorang guru dalam sesuatu mata pelajaran akan menjadi penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan seterusnya akan memberikan kesan terhadap tahap pencapaian murid terutama bagi mata pelajaran yang melibatkan komponen teori dan amali seperti Kemahiran Hidup.
Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah kurang diberikan tumpuan kerana masyarakat memandang Kemahiran Hidup sebagai matapelajaran pelengkap dan kurang penting untuk anak-anak mereka kerana tidak dinilai melalui UPSR. Bagi KPM Kemahiran Hidup sangat penting kerana dapat menyediakan asas teknologi yang kukuh kepada rakyat Malaysia bagi menjayakan wawasan 2020. Kementerian juga telah memberikan penekanan tentang kaedah. pengajaran Kemahiran Hidup supaya melibatkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid dikehendaki melakukan sendiri pelbagai aktiviti secara aktif untuk menguasai pengalaman praktis yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian, (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup, ms 3, 2002). Untuk melaksanakan pendekatan ini, peranan guru sangat penting dalam mengendalikan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Menurut Abd Aziz Osman (2002) guru-guru sangat sukar untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran komponen Mereka cipta Projek dalam sukatan Kemahiran Hidup tahun 4,5 dan 6 kerana mereka kurang mahir, sukar mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifenentukan aktiviti yang sesuai bagi membina kreativiti murid dan kurang alat Bantu mengajar (ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Isu yang timbul di sini ialah guru menghadapi kesukaran dalam merancang aktiviti yang sesuai bagi menjadikan murid lebih kreatif untuk membina produk berkaitan dengan tajuk mereka cipta projek. Oleh itu kajian ini akan membuat perbandingan dua pendekatan pengajaran dalam pengajaran Kemahiran Hidup iaitu pendekatan berasaskan kolaboratif dan pendekatan secara
tradisional ke atas pencapaian murid akan dapat membantu guru-guru dan meyakinkan mereka untuk memilih pendekatan yang sesuai digunakan untuk pengajaran mereka dan dengan itu diharapkan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh merujuk sepenuhnya kajian yang telah dilaksanakan oleh En.Nasir Bin Hassan dari IPGM Kampus Perlis download disini. Kajian

Saturday, December 5, 2009

Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah




Penggal persekolahan 2010 akan menjelma lebih kurang 3 minggu lagi. Jadi hari ini saya ingin berkongsi berkaitan rancangan tahunan KH. Rancangan Tahunan ini boleh di download pada link dibawah.

1. Rancangan Tahunan KH Tahun 4
2. Rancangan Tahunan KH Tahun 5
3. Rancangan Tahunan KH Tahun 6

Friday, December 4, 2009

Calon SPM Dibenarkan Mengambil Tambahan Dua Mata Pelajaran

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.
Beliau berkata penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Md Dom."Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini pada Jumaat.Beliau berkata keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya."Mereka boleh mengambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif."Sebelum ini, mereka tidak boleh mengambil, jadi kita tidak mahu sekat dan memberi mereka kelonggaran," katanya.
Muhyiddin berkata langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya.Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM.Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.Muhyiddin mengumumkan Jun lepas bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.-- BERNAMA

Thursday, December 3, 2009

Standard Guru Malaysia


MUHYIDDIN menyampaikan buku Standard Guru Malaysia (SGM) kepada Alimuddin sambil diperhatikan Musa (tengah) pada majlis Perasmian Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau di Tawau, semalam.

Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global

TIGA AMALAN NILAI


  • 1. Profesionalisme keguruan
  • 2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran
  • 3. Pembelajaran yang tinggi.

    TAWAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.

    "Ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang mesti dicapai setiap guru," katanya pada sidang media selepas melancarkan SGM dan merasmikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau di Balung dekat sini.
  • Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial.

    Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan.

    Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

    Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif.

    Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

    Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan.

    Muhyiddin berkata, pematuhan terhadap SGM berupaya memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warga pendidik berkualiti dan bertaraf dunia. "Kita mahu guru di negara ini setanding dengan piawaian global dari segi pencapaian dan penyampaian, terutama dalam keadaan masyarakat meletak harapan tinggi terhadap kemampuan kerajaan memperluaskan capaian pendidikan berkualiti.

    "Justeru, sistem pendidikan kita perlu mempunyai mekanisme bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan," katanya.

    Sambil berharap garis panduan itu akan membolehkan warga pendidikan lebih fokus dari segi keupayaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah secara keseluruhannya.

    Mengenai kekangan seperti kekurangan infrastruktur, terutama di luar bandar dan pedalaman yang boleh menjejaskan pencapaian guru, beliau berkata:

    "Peningkatan kemudahan asas di sekolah luar bandar dan pedalaman akan dilakukan secara berterusan, selain menjadi antara keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Kerajaan mahu merapatkan jurang prestasi dan penyediaan infrastruktur antara sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman supaya tidak wujud lagi perbezaan ketara.

    "Tidak semestinya mereka berada di luar bandar, maka piawaian mereka rendah dan begitu juga sebaliknya. Justeru kita akan ubah keadaan ini secara berterusan mengikut keperluan," katanya.

    Muhyiddin menegaskan, antara aspek yang akan diberi penekanan ialah menaik taraf sekolah di pedalaman dan meningkatkan kebajikan guru dari segi kediaman serta bantuan elaun.

    Sumber Berita Harian

    Tuesday, December 1, 2009

    LIMA 2009 - Datang Lagi

    HARI ini Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA '09) membuka tirainya.Pameran LIMA 2009 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) di Pulau Langkawi sehingga 5 Disember dijangka menggamit kunjungan beberapa firma besar luar negara untuk merebut kontrak bernilai berbilion ringgit.

    Semasa pameran ini sudah tentu banyak teknologi terkini ( LIMA ) dapat dilihat oleh kita semua.Jadi kita janganlah ketinggalan untuk mengikuti pameran ini. Untuk maklumat lanjut kita boleh lihat LIMA ' 09 brochure .Harga tiketnya telah dikurangkan kepada RM10 daripada RM20 sebelum ini. Bersama kita memeriahkan pameran ini.....




    DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017