adsense

Saturday, October 31, 2009

Kemajuan Teknologi

Kenderaan futuristik masa depan



ANDA kagum dengan kemampuan ahli sarkas menaiki basikal dengan satu roda? Itu belum lagi motosikal dengan satu roda yang akan diperkenalkan sebagai kenderaan peribadi masa depan.

Motosikal pelik ini yang dibangunkan oleh Honda ini menggunakan tenaga elektrik berkuasa hidrogen direka untuk tujuan rekreasi atau pengangkut peribadi.

Motosikal yang dijangka boleh digunakan dalam masa 10 tahun lagi ini mempunyai kedudukan seperti menaiki motosikal dilengkapi dengan pelbagai siri sensor dan giroskop untuk memberi keseimbangan kepada penunggang.

Penunggang boleh menggunakan palang pemegang di sebelah kiri untuk menjalankan kenderaan dan pusingan kiri kanan boleh dilakukan dengan pergerakan berat badan tanpa menggunakan stereng.

Kenderaan dikenali sebagai BRP EMBRIO ini akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti sistem brek prestasi tinggi, suspensi aktif, `night vision’, alat bantuan robotik dan kunci digital berkod.

Kenderaan konsep ini dibina dengan bahan-bahan ringan seperti Polypropylene, Santoprene, nilon (acuan suntikan), aluminium, magnesium dan teknologi sel bahan bakar yang menjadikan EMBRIO sebagai kenderaan mesra alam.

Dimensi ini ialah 124cm x 70cm x 120cm dan dan beratnya ialah 164 kilogram. -- RIDZWAN IMAN- utusan online

Friday, October 30, 2009

Kebanggaan Negara




KERETA solar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 'Solar Ranger' merentasi gurun Australia diiringi kereta keselamatan Uniten melalui Lebuhraya Stuart bagi Cabaran Solar Sedunia 2009 yang berakhir Sabtu ini di Victoria Square, Adelaide, semalam. Perlumbaan kereta solar itu membabitkan perjalanan sejauh lebih 3,000 kilometer merentasi benua Australia dari Darwin di wilayah utara ke Adelaide di selatan Australia. Cabaran bermula Ahad lalu itu disertai 32 pasukan kereta solar daripada 15 negara di seluruh dunia. - Foto Bernama
Oct 30, 2009 10:46 am

Keprihatinan Kerajaan

Pusat Inovasi Negara ditubuh


Najib Tun Razak bersama Dr. Maximus Ongkili menyaksikan Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Muhamed Tahir (kiri ) dengan Pengerusi Might Technology, Mohd. Yusoff Sulaiman bertukar dokumen perjanjian persefahaman di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (i-CoE) ke arah menyerapkan inovasi sebagai satu amalan di kalangan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, kewujudan pusat ini kelak akan menggalakkan inovasi dan memastikan usaha lebih terselaras dalam penghasilan ciptaan baru yang boleh dikomersialkan.

“Inovasi yang hendak dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh dalam erti kata ia tidak terhad kepada bidang sains dan teknologi sahaja.

“Seperti yang saya hurai dalam ucapan bajet baru-baru ini, ia melibatkan inovasi secara menyeluruh seperti tadbir urus, kemasyarakatan, bandar, desa, korporat industri, pendidikan penjagaan kesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan penjenamaan,” katanya.

Perdana Menteri bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Inovasi Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mesyuarat selama kira-kira tiga jam itu turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili dan beberapa menteri Kabinet, pemimpin industri, ahli profesional dan akademik serta tokoh korporat.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan pertukaran perjanjian persefahaman antara Might Technology Sdn. Bhd., Proton dan Azanor Exim Sdn. Bhd bagi program Vehicle Advance Telematics System (VATS).

Menurut Perdana Menteri, selain mengesahkan inovasi sebagai sebahagian agenda utama negara, mesyuarat hari ini turut bersetuju supaya Hari Kualiti Negara yang dilaksana di sektor awam diganti dengan Hari Inovasi mulai pada tahun hadapan.

Katanya, ini bererti mana-mana jabatan yang dapat memperkenalkan penyelesaian berbentuk inovatif dan kreatif hingga membawa peningkatan kecekapan urus tadbir kerajaan serta sistem penyampaian akan menerima ganjaran yang bersesuaian daripada kerajaan.

“Ini sebagai satu contoh atau langkah untuk kita menentukan bahawa pemikiran dan kaedah inovasi kreatif ini akan meresap dalam segenap lapisan masyarakat negara kita.

“Kita juga telah berbincang tentang modal insan dalam bidang inovasi dan kementerian berkenaan akan mengambil tindakan susulan supaya dapat membudayakan inovasi melalui sistem pendidikan,” jelasnya.

Selain itu kata Najib, kerajaan turut menimbangkan cadangan mewujudkan sebuah Pusat Inovasi Negara yang bertaraf ikon seperti diwujudkan dalam kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Menurutnya, bagaimanapun sama ada cadangan ini boleh serta sesuai dilaksanakan dari segi keupayaannya akan dikaji oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Kita juga bersetuju supaya pembangunan teknologi nano menjadi sumber baru dalam model ekonomi baru. Teknologi ini merupakan satu bidang yang ke hadapan dalam pembangunan teknologi pada masa ini dan akan datang.

“Justeru itu amat penting bagi Malaysia untuk tidak ketinggalan dalam bidang teknologi nano ini dan keputusan diambil supaya ia menjadi keutamaan kita,” jelasnya.

Wednesday, October 28, 2009

Reka Cipta Terkini

USM cipta mi kuning kering untuk kurus

Sumber : BH 28.10.2009

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang memberikan rasa kenyang yang lama dan mampu menurunkan berat badan.

Ketua penyelidik, Profesor Madya Azhar Mat Easa, berkata "Neodles" adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum ia dikomersialkan.

"Neodles melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, ia adalah lebih sesuai kepada mereka yang sensitif terhadap kandungan gula makanan dan mereka yang mengalami masalah kegemukan.


"Produk itu direka menggunakan formula khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman," katanya pada media di USM di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Profesor Rozman Din dan tiga penyelidik lain iaitu Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong serta Dr Abbad F M Alkarkhi.

Azhar berkata, produk yang dimajukan menggunakan geran bernilai RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bersifat rintang penghadaman.

Katanya, sifat rintang-penghadaman membolehkan Neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pengguna yang mengamalkan diet.

"Jika Neodles dimakan pada sebelah pagi, pengguna akan berasa kenyang hingga malam dan selain itu, pengguna kini boleh menikmati mi kuning tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang keterlaluan.

"Produk itu juga berupaya menyumbang faedah kesihatan dari aspek kandungan serat dietari yang menggalakkan kekerapan pembuangan najis," katanya.

Beliau berkata, produk yang akan berada di pasaran pada Februari depan tidak menjejaskan ciri-ciri sensori apabila diuji menggunakan panel sensori.

"Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut cita rasa pengguna. USM pada peringkat akhir berbincang dengan pengeluar dan kita menjangkakan ia akan berada di pasaran pada Februari depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi 200 gram," katanya. - Bernama

Inovasi Terkini

SUMBER ARKIB : 22/10/2009 ( Utusan Malaysia Online )

Penyaman udara jenama sendiri




SEPERTI dijanjikan minggu lepas, keluaran kali ini memaparkan inovasi yang tidak kurang hebatnya iaitu penyaman udara buatan sendiri.

Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.

Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.

Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.

Alatan yang digunakan:

*Kipas ( kipas meja )

*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping

*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping

*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping

*Kain lampin

*Paku

*Bekas takung air

Langkah 1

Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci

Langkah 2

Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.

Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .

Langkah 3

Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.

Langkah 4

Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.

Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.

Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.

Langkah 5

Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.

Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .

Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .

Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .

Add to Google

Monday, October 26, 2009

Kenduri Kesyukuran





Bilik KH SK Kedai Tanjong bukan sahaja untuk sesi P&P tetapi juga menarik minat para guru untuk mengadakan aktiviti lain, termasuklah mengadakan kenduri.

Sunday, October 4, 2009

Thursday, October 1, 2009

Program Juara PPD Pasir Mas

Bilik KH SK Kedai Tanjong telah mendapat tempat kedua Program Juara pada tahun 2008.


DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017