adsense

Tuesday, September 24, 2013

Sunday, September 8, 2013

Pelaporan Tahap Penguasaan RBT Tahun 4

Berikut adalah contoh pelaporan tahap penguasaan murid bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi . SILA KLIK LINK YANG DIBERI.....


Saturday, September 7, 2013

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP ) RBT Tahun 4

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR. Selain itu, ia juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Sila klip item di bawah untuk dapakan DSKP RBT Tahun 4
Muat Turun di sini


DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017