adsense

Tuesday, July 31, 2012

Tumbuhan Akuatik untuk akuarium

image image image
•Tumbuhan akuatik sebenar yang mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosentisis sepanjang masa
atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun .Tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air.
KEGUNAAN TUMBUHAN AKUATIK
•HIASAN - Elodea densa, Cabomba sp Echinodorus sp.
•MAKANAN MANUSIA - padi, kangkung, sayur (pegaga, setangki).
•MAKANAN BINATANG - babi (Alismataceaa), itik (lemnaceae)
•BAJA - Hydrilla verticulata yang reput (kompos) menjadi baja tumbuhan.
•KEGUNAN LAIN - Tikar, bakul, beg (mengkuang dan rumput)
KAEDAH MENGHASILKAN TUMBUHAN AKUATIK
PENJAGAAN TANAMAN
Meracun serangga seminggu sekali membunuh siput dengan ‘tea seed cake’.
Membaja (jika perlu).
PENUAIAN
Potong pokok menggunakan gunting (pokok bertangkai atau cagut terus (pokok jenis berumpun).
Rendam segera di dalam air sebaik saja dipotong (sebelum dibungkus).
Pokok jenis ‘cutting’ boleh dipetik 2-3 kali sebelum dibuang untuk memulakan tumbuhan baru.

KAEDAH PEMBUNGKUSAN
loose : pokok dipotong sama panjang dan dibungkus mengikut bilangan tempahan.
Pot : tangkai pokok digulung dalam span dan dimasukkan ke dalam bakul kecil,
Bunch : tangkai pokok digulung dalam span dan diikat dengan jaluran timah.
KEPERLUAN PENANAMAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM
A. Karbon Dioksida
•Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan akuatik.Gas ini boleh dibeli dikedai akuarium.Sekiranya gas ini tidak dibekalkan,tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan.
B. Baja
•Baja yang perlu untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambah dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
C. Cahaya
•Cahaya diperlukan untuk proses fotosintisis.Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Monday, July 30, 2012

Mengubah anak benih

image image image image image image image image image image
Langkah-langkah Mengubah Anak benih:-
1.Anak benih di kotak semaian hendaklah dilakukan pengerasan beberapa hari dengan cara mengurangkan perlindungan secara berperingkat.
2.Kerja-kerja mengubah dilakukan sebaik-baiknya lewat petang atau awal pagi.
3.Kotak semaian hendaklah disiram terlebih dahulu bagi tujuan mengelakkan medium semaian pecah sewaktu mengubah.
4.Dengan menggunakan sudip tangan, cungkil anak benih dengan ketulan tanah yang terdapat di sekeliling akar.
5.Kerja-kerja tersebut hendaklah dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
6.Tanah di sekeliling anak benih hendaklah ditekan padat supaya akar mendapat pengangan yang kuat.

Thursday, July 26, 2012

Memilih bekas tanaman hiasan

image image image image image image
Kebanyakan tanaman hiasan boleh ditanam dalam pasu atau bekas, terutama untuk tujuan hiasan dalam bangunan.Pelbagai bekas boleh digunakan seperti pasu, tayar terpakai, sabut kelapa dan kotak kayu. Untuk kelihatan lebih menarik bekas penanaman ini boleh direka mengikut kreativiti dan kesesuaian tempat. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memeilih bekas tanaman hiasan ialah :-
  1. Saiz yang sesuai dengan pokok yang hendak ditanam.
  2. Mempunyai lubang saliran. Ada lubang di bahagian bawahnya untuk mengalirkan air siraman berlebihan.
  3. Kemas dan menarik. Warna dan bentuknya menarik dan kemas.
  4. Ringan.
  5. Mudah dibersihkan
  6. Mudah alih.
p/s Selamat belajar…

Tuesday, July 24, 2012

Memilih Ikan Hiasan

image
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan berenang di dalam akuarium boleh memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakkan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut :
i. Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup dalam kurungan
ii. Jenis yang telah dijinakkan dan dibiakkan di dalam akuarium. Ikan boleh dibeli dari kedai ikan hiasan.
iii. Mempunyai ciri yang menarik seperti warna dan bentuk badannya.
iv. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
v. Tahan terhadap perubahan mutu air.
vi. Tahan terhadap serangan penyakit.
p/s Bersama ke arah kecemerlangan…

Sunday, July 22, 2012

Menyediakan Medium Semaian

image
Pelbagai media semaian boleh digunakan . Campuran media yang biasa digunakan adalah tanah atas yang dicampurkan dengan bahan lain seperti bahan organik, pasir, habuk kelapa(cocopeat) dan sekam padi.
Medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis medium dan kegunaannya.

Jenis Medium
Kegunaan
Tanah Loam
  • Tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun
  • Menegapkan dan mengukuhkan anak pokok
Bahan Organik
  • Reputan benda hidup seperti tanah bakar dan reputan najis haiwan
  • Membekalkan sumber nutrien pada pokok
Pasir Sungai
  • Pasir halus daripada sungai
  • Memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium
Berikut langkah menyediakan medium semaian
  1. Sediakan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
  2. Dengan menggunakan baldi kecil, sukat bahan mengikut nisbah : 2 bahagian tanah atas, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir / 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
  3. Longgokkan bahan di tempat kerja.
  4. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
  5. Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan permukaan medium.

# Selamat Belajar …….

Tuesday, July 17, 2012

Menanam Sayuran secara Hidroponik

image
Kaedah hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah iaitu hanya menggunakan air sahaja. Air tersebut dilarut dengan nutrien dan mineral sebul disalurkan kepada tanaman.Terdapat empat teknik hidroponik iaitu :-
  • hidroponik takung
  • nutrien cetek
  • nutrien dalam
  • aeroponik.
Penanaman melalui hidroponik dapat memberi faedah-faedah berikut:-
  1. sesuai bagi kawasan tanahnya terhad.
  2. hasil tuaian lebih berkualiti
  3. jangkitan penyakit dan rumpai mudah dikawal
  4. diusahakan sepanjang masa
  5. tidak memerlukan kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas
  6. bersifat mesra alam
Sayuran yang sesuai ditanam melalui kaedah ini adalah :-
  • sayuran jenis berdaun – contohnya sawi. bayam, kailan dan kubis
  • sayuran jenis buah – contohnya tomato, timun, terung, dan cili
  • tanaman jenis ulam – contohnya pegaga, pudina, dan ulam raja
p/s selamat belajar

Monday, July 16, 2012

Proses menyemai Biji Benih Pokok Bunga Semusim

 image
Biji benih pokok bunga semusim di semai didalam bekas yang mengandungi medium semaian mengikut nisbah :
  • 2 bahagian tanah atas
  • 1 bahagian bahan organik
  • 1 bahagian pasir
Berikut langkah-langkah menyemai biji benih pokok bunga semusim :-
image
image
image
image
image
image
image
image
image
 image
image

Sunday, July 15, 2012

Spesis Ikan Hiasan Tropika

image
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Kategori ikan hiasan sebagaimana berikut :
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017