adsense

Sunday, June 17, 2012

Membaiki Pakaian – Tahun 5

image image
Apabila hendak membaiki pakaian kita hendaklah mengenal beberapa mata jahitan asas yang boleh digunakan untuk membaiki pakaian.
Mata jahitan asas sebagaimana berikut :-
  1. jahitan jelujur halus
  2. jahitan kia
  3. jahitan sembat
  4. jahitan lilit sembat
  5. jahitan lubang butang
  6. jahitan silang pangkah
  7. jahitan insang pari
  8. jahitan sembat susup
Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik . Jenis-jenis kancing seperti butang, butang katup, cangkuk dan palang.
Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. Kelim biasanya terdapat di bahagian rusuk, bahu dan tepi seluar atau kain sarung.
Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel.
Selepas mengenal pasti mata jahitan asas, kancing,  kelim dan kelepet sesuatu fabrik yang rosak barulah dibaiki dengan jayanya.

Thursday, June 14, 2012

Tanaman Hiasan – Tahun 4

image
Tanaman hiasan ditanam bagi menghiasi sesuatu kawasan untuk mewujudkan pemandangan yang ceria dan indah. Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.
Jenis-jenis tanaman hiasan seperti berikut :-
  1. Pokok naungan – contoh pokok tembusu, pokoko beringin , pokok angsana
  2. Pokok renek – contoh pokok bunga raya, pokok bunga kertas, pokok siantan
  3. Pokok  bunga semusim – contoh bunga balung ayam, pokok bunga keembong, pokok bunga matahari, zinnia, kekwa, butang
  4. Pokok kaktus
  5. Pokok palma – contoh pokok pinang raja, pokok kelapa gading, pokok pinang manila
  6. Pokok memanjat atau menjalar – contoh pokok hemigrapis, pokok bunga kembang pagi, pokok bunga ros jepun
  7. Penutup bumi – contoh rumput , arachis spp

Sunday, June 10, 2012

Jahitan – Tahun 5

image
Tajuk tutorial pada kali ini ialah jahitan iaitu berkaitan topik membaiki pakaian. Sebelum kita kenal jenis-jenis mata jahitan asas dan jenis-jenis kancing, terlebih dahulu kita mesti mengenal pasti alatan dan bahan jahitan serta fungsinya sebagaimana berikut :
Alatan jahitan dan fungsinya
1. Pita ukur
  • digunakan untuk mengukur bahagian yang digunting atau dijahit
2. Gunting
  • digunakan untuk menggunting fabrik
3. Jarum peniti
  • digunakan untuk mnyemat pola pada fabrik dan kepinganfabrik sebelum menjahit jelujur
4. Kapur tukang jahit
  • digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik
5. Jarum tangan
  • digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik
6. Pembaris lurus
  • digunakan untuk mengukur dan menanda
7. Penetas jahitan
  • digunakan untuk menanggalkan benang jelujur
8. Seterika
  • digunakan untuk melicinkan fabrik
Bahan jahitan dan kegunaannya
a. Benang
  • digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin
b. Fabrik
  • digunakan untuk menghasilkan sesuatu pakaian.
Sekian , tunggu sambungannya…….

Wednesday, June 6, 2012

Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak – Tahun 6

image
Bahagian perabot yang rosak dikenal pasti melalui :
  • pemerhatian
  • membuat semakan
  • menggunakan perabot
Setelah dikenal pasti kerosakan kecil pada perabot, kerja-kerja pembaikan memerlukan alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai.
Alatan Tangan dan kegunaan
1. Pengukur keluli
  • untuk membina garisan lurus,mengukur serta memindahkan jarak
2. Gergaji tangan
  • untuk mengerat dan membelah kayu
3. Sesiku L
  • untuk menanda garisan bersudut 90` dan untuk menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu
4. Tukul kuku kambing
  • untuk mengetuk dan mencabut paku
5. Pita pengukur
  • digunakan untuk mengukur jarak
6. Berus
   i. berus cat
  ii. berus syelek
  • berus cat digunakan untuk menyapu cat manakala beres syelek digunakan untuk menyapu syelek
7. Pisau penanda
  • digunakan untuk menanda garisan potongan pada permukaan kayu sebelum menggergaji
8. Kunci Allen
  • digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru Allen
Bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada perabot adalah seperti berikut :
  1. paku
  2. skru
  3. glu
  4. kayu
  5. syelek
  6. kertas las
  7. papan lapis
  8. tepung penyumbat
Setelah mengenali alatan tangan dan bahan serta jenis kerosakan, barulah kerja-kerja membaiki atau mengantikan bahagian perabot yang rosak dapat dijalankan.

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017