adsense

Wednesday, February 23, 2011

Soalan Interaktif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

image

Bagi membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, selari dengan hasrat pendidikan negara utk mewujudkan pendidikan bertaraf dunia, kemahiran hidup 2u maju setapak lagi iaitu menyediakan soalan latihan atau ujian online atau interaktif khas untuk murid-murid atau kepada sesiapa yang berminat. Berikut beberapa koleksi soalan interaktif :-

Diharap semua murid tahun 4, 5 dan 6 dapat memanfaat soalan-soalan ini.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Sunday, February 20, 2011

Prosedur Tindakan Kemalangan di Bengkel Kemahiran Hidup

image

Kemalangan di bengkel berlaki kerana kecuaian, kurang pengetahuan, sikap tidak bertanggungjawab dan pengurusan bengkel yang tidak teliti.Berikut adalah beberapa cadangan tindakan awal yang perlu diambil oleh guru dan murid bila berlaku kecederaan atau kemalangan.

Tindakan segera jika berlaku kemalangan

Sebaik sahaja berlaku kemalangan /kecederaan di bengkel , tindakan berikut hendaklah diambil:

1.1 Kenalpasti jenis kemalangan.

1.2 Ambil tindakan sewajarnya.

1.3 Beri rawatan awal ( jika boleh )

1.4 Maklumkan kepada Guru Besar, Ibubapa murid berkenaan.

1.5 Dapatkan pertolongan dari pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan atau rawatan selanjutnya.

1.6 Rekodkan dalam buku log.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Bersama ke arah kecemerlangan….

Saturday, February 19, 2011

Cara Muat Turun Maklumat dari blog

Bagi memuat turun maklumat dari laman blog ( kemahiran hidup 2u ) , anda perlu mengikuti beberapa langkah sebagaimana berikut : -

LANGKAH 1

image

  LANGKAH 2

image

LANGKAH 3

image

LANGKAH 4

image

LANGKAH 5

image

LANGKAH 6

image

LANGKAH 7

image

Melalui info ini diharap dapat  membantu anda memuat turun maklumat yang dikehendaki . Bersama kita memartabatkan penggunaan ICT sebagai agen penyampai ilmu dalam bidang pendidikan di Malaysia. Bersama ke arah kecemerlangan……

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru KH 2011

DSCN1654 JPN Kelantan menganjurkan beberapa siri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru KHSR negeri Kelantan 2011 sebagaimana berikut :

Fasa 1 - 16/2/2011 di SM Teknik Pasir Mas 8.00pg-4.30ptg

Fasa 2 - 21/2/2011 di SMK Peng.Chepa 1 8.00pg-4.30ptg

Fasa 3 - 24/2/2011 di SMK Pahi 8.00pg-4.30ptg.

Bagi memudahkan para guru disini disertakan bahan kursus sebagai bahan rujukan dan panduan , sila klik item dibawah :

Sunday, February 13, 2011

Buku Sumber Kemahiran Hidup Tahun 6

image

Bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan, disini disediakan buku sumber kemahiran hidup tahun 6. Melalui buku sumber ini diharap dapat memudahkan para guru dalam menjalankan sesi p&p yang terbaik dan efektif bagi menarik minat murid akan subjek ini. Bagi mendapatkan buku sumber ini sila klik item dibawah :

Sekian….

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Saturday, February 12, 2011

Pengurusan Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

image

Pengurusan Panitia Kemahiran Hidup ( KH ) akan lebih berkesan sekiranya diurus dengan baik. Bagi menjadikan pengurusan panitia ini yang relevan dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia , beberapa pekeliling berkaitan panitia perlu dirujuk dan disimpan didalam fail panitia. Bagi mendapatkan pekeliling tersebut sila klik item dibawah : -

Dengan adanya pekeliling di atas diharap panitia kh menjadi sebuah panitia yang berkesan dan relevan.

Friday, February 11, 2011

Ganjaran RM 7500 menanti Guru Besar Cemerlang di bawah Tawaran Baru (Bai'ah) KPM

image

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada 924 guru besar cemerlang yang telah berjaya melonjakkan prestasi sekolah. Berikut petikan teks YAB TPM yang juga Menteri Pelajaran :

''Sebagai tanda penghargaan, guru-guru yang bersama-sama berusaha melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.

''Setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang, kita akan beri imbuhan ini pada pertengahan tahun mungkin selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

"Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. Insya-Allah saya akan umumkan senarai guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Wednesday, February 9, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua Panitia KH 2011

 

DSCN1654 DSCN1655 DSCN1656 DSCN1657 DSCN1658 DSCN1659

Peningkatan profesional adalah perlu untuk memperkasakan mata pelajaran KH. Usaha Jabatan Pelajaran Kelantan,melalui Unit Teknik dan Vokasional talah mengadakan beberapa siri mesyuarat penyelarasan kursus peningkatan profesionalisme ketua panitia KH kepada Jurulatih Utama untuk menyampaikan mesej kepada semua guru KH negeri Kelantan agar proses P&P dapat diadakan dengan lebih berkesan dan bermutu tinggi. Insya-Allah…..

Rancangan Pelajaran Tahunan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2011

logo jpn

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) telah dijalankan  mulai 1992. Mata pelajaran telah disemak semula pada tahun 2002, dimana matlamat KHSR tidak berubah dan kebanyakkan objektif mata pelajaran dikekalkan.

Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Unit Teknik dan Vokasional telah mengambil langkah proaktif untuk menyelaraskan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan proses p&p KHSR di seluruh negeri Kelantan.  Melalui beberapa siri kursus dan perbincangan maka terhasillah penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan KHSR yang berkualiti mengikut takwin persekolahan terkini.

Bagi mendapatkan perincian Rancangan Pelajaran Tahunan KHSR 2011 sila klik item di bawah :-

#RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KHSR TAHUN 4

#RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KHSR TAHUN 5

#RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN KHSR TAHUN 6

Semoga rancangan pelajaran tahunan ini dapat memberi kemudahan kepada semua guru KHSR untuk mempraktikkan di sesi p&p dengan lebih berkesan dan mencapai objektif pengajaran.

Monday, February 7, 2011

‘Mahasitua’ OUM gigih kejar ilmu

‘Mahasitua’ OUM gigih kejar ilmu

image

KOTA BHARU - Walaupun digelar ‘mahasitua’ oleh rakan-rakan sepengajian, Awang Yusoff, 76, tidak merasa malu untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lebih muda daripadanya dalam menuntut ilmu di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) cawangan Kelantan.

Beliau dapat mengharungi semester pertama dalam bidang Pengajian Islam dan kini bera di semester kedua.

"Alhamdulillah, setakat ini dari segi fizikal saya masih sihat. Saya masih boleh berfikir dengan tenang dan tak ada halangan untuk belajar.

"Pelajaran ni kalau kata tak sukar sebenarnya ada juga sukarnya sebab kita orang tua. Tetapi kerana cabaran dan cita-cita pak cik nak pegang ijazah, pak cik akan cuba untuk habiskan pengajian ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Awang dari Beris Kubor Besar, Bachok mengikuti pengajian selama lima tahun peringkat Sarjana Muda bermula September tahun lalu. – Bernama

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Perniagaan Internet

Meneroka peluang niaga Internet

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

SELAIN bengkel perniagaan, Irfan Khairi turut menulis buku-buku motivasi dan perniagaan terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.


LUMRAH dunia bisnes, keuntungan pasti tidak akan datang bergolek tanpa kesungguhan, perancangan dan susunan strategi yang betul.

Kedengaran agak klise, namun itu adalah hakikat sebenar yang perlu dihadapi dalam menempuh cabaran bergelar ahli perniagaan berjaya.

Sebenarnya, untuk terlibat secara serius dalam perniagaan, ia tidak memerlukan prosedur terlalu rumit kerana apa yang penting adalah idea dan ilmu asas mengenainya.

Walaupun begitu, kebanyakan kita sering meletakkan persepsi perniagaan sebagai sesuatu yang sofistikated dengan memberi pelbagai alasan tanpa melihat peluang yang ada.

Antara alasannya adalah seperti masalah modal, tidak berani menanggung risiko, bimbang akan mengalami kerugian dan tidak tahu apa yang ingin diniagakan.

Hari ini, aktiviti perniagaan semakin diperkembangkan melalui pelbagai medium pelaksanaan yang lebih mudah dan terbuka.

Ia juga tidak semata-mata memerlukan lokasi atau premis perniagaan khas sebaliknya boleh dijalankan secara maya menerusi platform Internet.

Di Malaysia, Irfan Khairi merupakan antara individu yang berjaya membuktikan keupayaan besar perniagaan Internet menawarkan pendapatan lumayan.

Beliau yang merupakan perunding perniagaan Internet terkenal mula terlibat dengan aktiviti niaga secara dalam talian sejak tahun 1996.

“Selepas beberapa tahun berjaya dengan perniagaan Internet, saya cuba untuk memperkenalkan konsep ini kepada rakyat Malaysia pula melalui siri bengkel motivasi.

“Pada peringkat awal, ramai yang tidak mempercayainya. Jadi, kesempatan itu saya gunakan untuk memberi pendedahan serta mendidik mereka tentang cara terbaik memaksimumkan keuntungan perniagaan menerusi urusniaga di Internet.

“Tahun demi tahun, mereka semakin menyedari potensi perniagaan ini dan bermula penghujung tahun 2009, kita dapat lihat ramai yang tertarik untuk menjalankan perniagaan secara maya ini,” jelasnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Irfan lagi, peningkatan minat itu adalah disebabkan perniagaan Internet mengetengahkan konsep lebih mudah, fleksibel, menjimatkan masa selain memberi keuntungan lumayan.

Dengan semua kelebihan itu, sesiapa sahaja boleh menyertai perniagaan berkenaan pada bila-bila masa mengikut kelapangan.

Malah katanya, golongan yang tidak mempunyai pengetahuan teknologi maklumat (IT) juga pasti mudah untuk memahami konsep perniagaan Internet.

“Ini kerana, semua proses perniagaan boleh dijalankan secara maya bermula daripada mencari produk sehingga memperoleh keuntungan.

“Apa yang penting adalah strategi untuk membina keyakinan para pengunjung laman web sekali gus mengubah kehadiran mereka daripada sekadar berstatus pelawat menjadi pelanggan perniagaan kita.

“Sesuatu yang menarik mengenai perniagaan ini, ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan kepada ahli masyarakat. Tambahan pula dengan kehadiran telefon bimbit pintar yang semakin canggih kini, fungsinya bakal memudahkan para usahawan Internet memantau perniagaan mereka di mana-mana sahaja,” katanya.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Saturday, February 5, 2011

Mencipta Kereta Elektrik


Mencipta kereta elektrik


Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik. Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular?

Secara asasnya, penyebab tercetusnya idea kereta yang beroperasi menggunakan bateri ini adalah disebabkan kos bagi bahan api yang tinggi dan peningkatan bilangan individu yang mempunyai kesedaran terhadap bumi hijau.

Kesedaran individu dan agensi yang terlibat ini telah menyumbang kepada usaha bagi memastikan konsep bumi hijau dipraktikkan termasuk menghasilkan kenderaan yang lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Bermula siri kali ini, kami ingin berkongsi inovasi mereka bentuk kereta elektrik Zull Design kepada pembaca dengan cara yang lebih mudah.

Alat-alat yang digunakan

Batang besi (mild steel hollow square bar)

*Kepingan besi (sheet metal)

*Kepingan plastic (perspec)

*Bateri

*Motor

*Tayar

*Gear

*Rantai

*Wayar

*Geganti (relay)

*Suis

*Contactor

Langkah-langkah

Pada minggu ini kami akan menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan struktur (casis) kereta elektrik yang merupakan perkara asas di dalam pembinaan kereta elektrik.

nBerikut disertakan ukuran struktur kereta elektrik.

nUkur dan potong batang besi mengikut ukuran yang ditetapkan untuk mendapatkan bahagian-bahagian struktur kereta.

nCantumkan batang besi dengan menggunakan teknik kimpalan (welding) untuk menjadikan struktur kereta dan pastikan kimpalan yang dibuat adalah penuh (full weld) supaya struktur kukuh dan kemas.

nStruktur kereta yang telah siap.

Bersambung pada siri seterusnya. Selamat mencuba.

sumber utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Friday, February 4, 2011

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

image

Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu;

Bahasa Malaysia                                                                                   Bahasa Inggeris.
a.Kategori Guru                                                                               Kategori Guru
b.Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)                            Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
c.Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah(Tingkatan 1 – 3)      Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah(Tingkatan 1 – 3)
d.Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)           Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)
Pemenang peraduan ini akan menerima hadiah wang tunai dan sijil bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima (5) hadiah sagu hati

Syarat-Syarat Peraduan
1.Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’
2.Tajuk skrip penulisan adalah bebas.
3.Peserta hanya boleh menyertai 1 kategori sahaja .
4.Panjang cerita
Kategori Guru TIDAK lebih daripada 3,000 patah perkataan.
Kategori
Sekolah Menengah TIDAK lebih daripada 1,000 patah perkataan.
Kategori Sekolah Menengah Rendah TIDAK lebih daripada 500 patah perkataan.
Kategori Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan
.
5.Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawah sebelah kanan hasil karya.
6.Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip.
7.Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial saiz 12 poin.
8.Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan .
9.Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik. Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
10.Penulis hendaklah menghantar hasil karya yang asal.
11.Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk menyunting hak cipta, menerbit, mencetak dan mengedar karya-karya yang diterima.
12.Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia
13.Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III.
14.Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan sekolah rendah dan menengah.
15.Hasil karya hendaklah sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri sebelum atau pada tarikh 1 Mac 2011 (Selasa).
16.Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas tidak akan dinilai.
17.Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat- menyurat berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan.

SYARAT-SYARAT PERADUAN
Kategori Guru
i. Peraduan ini terbuka kepada semua guru yang sedang mengajar di sekolah bantuan penuh kerajaan seluruh Malaysia.
ii. Cerita hendaklah ditulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
iii. Peserta hanya boleh mengemukakan SATU hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
iv. Hasil karya TIDAK lebih daripada 3,000 (tiga ribu) patah perkataan.
v. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung karya, bahagian bawah di sudut kanan.
vi. Muka surat mestilah dicatat pada setiap helaian.
vii. Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial saiz huruf 12.
viii. Hasil karya hendaklah hasil penulisan asli dan bukan ciplak atau terjemahan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.
ix. Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan
politik.
x. Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
xi. Penulis hendaklah menghantar hasil karya yang asal.
xii. Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia.
xiii. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar karya-karya yang diterima.
xiv.Maklumat penulis hendaklah diisi dengan lengkap pada LAMPIRAN BBT III yang disertakan.
xv. Tajuk/Tema/Jenis Cerita
Tajuk cerita bebas.
Tema cerita ialah
 Jenis cerita adalah untuk bacaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

# Dapatkan borang penyertaan di sini #

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017