adsense

Saturday, January 29, 2011

Kad Pintar Ai-1Card

Guru cipta kad pintar Ai-1Card, satu klik akses maklumat

Inilah kad pintar Ai-1Card yang dicipta oleh guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, Tanjung Karang, Selangor.


TANJUNG KARANG 27 Jan. - Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun (SMKDH) di sini berjaya menghasilkan 'Ai-1Card' iaitu kad matrik pelajar yang membolehkan pihak sekolah mengakses semua maklumat murid dengan satu klik.

Kecanggihan kad ini membolehkannya dijadikan kad pengenalan ganti pelajar di samping memudahkan urusan mengemas kini data dan aktiviti pelajar dengan segalanya dapat diperoleh dengan satu imbasan.

Pengetua SMKDH, Ruslan Bustani berkata, pihaknya mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan perisian sistem pengurusan murid di sekolah itu supaya segala maklumat yang diperlukan oleh sekolah dan Kementerian Pelajaran terdapat di dalam kad ini.

''Apa yang menarik, 'Ai-1Card' ini terpilih sebagai peserta akhir Pertandingan Inovatif Malaysia Zon Tengah yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Melaka akhir tahun lalu.

''Kami mencipta kad ini bagi memudahkan pihak guru mengakses maklumat pelajar selain menangani masalah keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruslan berkata, 'Ai-1Card' dilengkapi 11 ciri iaitu menggunakan sistem 'Barcode' myID iaitu pengenalan sekolah, pengenalan diri murid, pengenalan kategori seperti pengawas, pengawas pusat sumber, unit pakaian seragam, kelab atau persatuan, kelab sukan, pengenalan tahun dan sebagai kad pusat sumber sekolah, buku teks, akademik dan asrama.

''Apa yang penting di belakang kad ini tertera nama bapa dan telefon yang boleh dihubungi selain jenis darah atau penyakit jika berlaku kecemasan.

"Jika pelajar bertukar sekolah, maklumat ini dapat digunakan sebagai rujukan oleh sekolah barunya," katanya.

Menurutnya, kad ini dihasilkan oleh sekumpulan guru SMKDH dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan dibangunkan oleh Kunci Agresif Sdn. Bhd.

Sementara itu, Pengurus Besar Kunci Agresif Sdn. Bhd., Ali Berkat berkata, pihaknya membelanjakan sebanyak RM50,000 untuk menghasilkan kad itu termasuk mencari kertas dan jenis dakwat yang sesuai agar tidak mudah pudar.

''Kad ini boleh digunakan untuk tempoh enam tahun pada peringkat sekolah rendah dan diperbaharui untuk peringkat sekolah menengah dengan kos hanya RM5 sekeping," katanya.

Seberang maklumat lanjut mengenai kad pintar itu boleh hubungi Ali di talian 019 2405808.

sumber utusan online

Yayasan Guru Malaysia Berhad

YGMB prihatin kebajikan guru

MUKA depan laman sesawang rasmi YGMB untuk para guru seluruh negara mendaftar keahlian dan seterusnya menikmati faedah yang ditawarkan oleh pertubuhan itu.


Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyediakan kemudahan mendaftar keahlian secara atas talian bagi memudahkan urusan ahli-ahli barunya.

Laman www.ygmb.com.my itu turut menyediakan maklumat lengkap mengenai YGMB, Koperasi YGMB dan faedah-faedah serta kemudahan yang disediakan kepada ahlinya.

Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, dengan adanya laman sesawang itu diharapkan agar lebih ramai lagi guru akan mendaftar seterusnya menikmati faedah serta sumbangan yang disediakan oleh YGMB.

"Sehingga kini hanya terdapat 129,124 keahlian daripada jumlah keseluruhan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara di mana 77,132 merupakan ahli seumur hidup dan 51,992 ahli biasa.

"Dengan sasaran sebanyak 100,000 ahli baru menjelang pertengahan tahun ini, YGMB berhasrat untuk berkembang agar mampu setanding dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan Koperasi Polis," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, dengan sumbangan dana sebanyak RM10 juta oleh kerajaan, YGMB yakin untuk memberikan perkhidmatan kebajikan serta faedah-faedah terbaik kepada ahli-ahlinya.

"Antara sumbangan kebajikan melalui produk baru ialah meningkatkan jumlah sumbangan khairat kematian, melanjutkan pelajaran, perubatan, kemalangan, malapetaka, perkahwinan, persaraan dan melahirkan anak," jelas beliau.

Menurutnya lagi, YGMB turut merancang untuk menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kepada ahli-ahlinya.

"YGMB juga berhasrat untuk menubuhkan kolej universiti dan pusat tuisyen, membina projek perumahan untuk ahli dan membeli bangunan serta tanah pertanian," ujarnya.

Selain guru, keahlian YGMB turut dibuka kepada semua pegawai perkhidmatan pelajaran, kakitangan Kementerian Pelajaran (KPM), pesara guru dan ahli bersekutu (kakitangan YGMB).

Alimuddin memberitahu, faedah serta sumbangan ini mampu dinikmati oleh setiap ahlinya dengan hanya membayar yuran bulanan keahlian YGMB sebanyak RM10.

Yuran bagi keanggotaan Koperasi YGMB pula adalah RM35 setiap bulan. Namun, yuran bulanan Koperasi YGMB ini akan dipulangkan semula apabila anggotanya bersara kelak.

Tambahnya lagi, sumbangan yang bakal dinikmati oleh ahli YGMB dan koperasi YGMB adalah berbeza. Oleh sebab itu, jika ahli YGMB turut mendaftar sebagai anggota Koperasi YGMB, mereka akan mendapat faedah bagi kedua-dua badan tersebut.

"Sumbangan yang disediakan oleh YGMB kesemuanya berjumlah RM7,300. Manakala Faedah yang bakal dinikmati oleh anggota Koperasi YGMB pula adalah pinjaman hartanah, pinjaman khas, pinjaman pelajaran, pinjaman biasa, pinjaman umrah dan pelancongan.

"Koperasi YGMB juga menyediakan sumbangan kebajikan kepada anggotanya seperti khairat kematian, dermasiswa, bantuan kemalangan dan bantuan bencana alam yang kesemuanya bernilai RM5,100," jelasnya.

Dengan fungsi utamanya sebagai penyedia kredit, Koperasi YGMB juga bersedia melunaskan pinjaman bank ahli-ahlinya. Mereka perlu membayar semula pinjaman tersebut kepada koperasi yang menawarkan faedah jauh lebih murah.

Selain itu, Koperasi YGMB juga menawarkan pinjaman kecemasan dengan jumlah maksimum RM2,000 dalam tempoh 24 jam kepada ahli-ahlinya.

YGMB juga berhasrat untuk mewujudkan bank guru yang akan memberi pelbagai faedah menarik kepada semua guru di seluruh negara.

"Oleh itu, warga pendidik diharap dapat merebut peluang untuk menjadi ahli YGMB dan anggota koperasi untuk menikmati faedah dan sumbangan tersebut," katanya.

Maklumat lanjut mengenai YGMB dan Koperasi YGMB boleh diperoleh dengan menghubungi 03-41058679/ 03-41052845.

Sumber utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Sunday, January 23, 2011

Jus Durian Belanda



Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae.

Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.

Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum.

Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.

Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus.

Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.

Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir.

Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan.

Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.

sumber : utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Saturday, January 22, 2011

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011

image

Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana  Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu) hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.

Sekian, terima Kasih

sumber : www.moe.gov.my

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Thursday, January 20, 2011

1 sekolah menengah vokasional 1 produk komersial

1SMV 1produk komersial

Oleh Wahid Hashim
pendidikan@utusan.com.my

Rostrum Pintar SMT Sri Pelindung menjadi produk pertama yang akan dikomersialkan oleh BPTV dengan kerjasama SIRIM pada tahun ini.


BAHAGIAN Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) memperkenalkan satu produk komersial setiap tahun daripada sekolah menengah vokasional (SMV) mulai tahun ini.

Kata Pengarahnya, Ahmad Tajudin Jab (gambar) berkata, pada tahun ini, pihaknya dengan kerjasama SIRIM akan mula mengkomersialkan produk SMV dan teknik yang bernilai komersial.

Menurut beliau, produk sulung Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sri Pelindung Kuantan, Pahang berjaya mengungguli kategori sekolah dengan reka cipta Rostrum Pintar (RosPin) yang mempunyai kebolehan untuk menyelaras ketinggian mikrofon secara automatik mengikut ketinggian penggunanya.

RosPin telah digunakan dengan meluas pada majlis dalaman sekolah dan yang melibatkan kenamaan - termasuk pernah digunakan oleh mantan Perdana Menteri.

Rostrum itu pernah menerima anugerah utama kategori sekolah dalam Majlis Anugerah Inovasi Negara beberapa tahun lalu.

Apabila dipasarkan kelak, pemegang hak cipta harta intelek bersama ialah SMV dan SIRIM.

"Jadi kita berharap satu tahun akan ada satu produk daripada SMV kerana kita hendak mengetengahkan hasil reka cipta pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Tentang perkembangan terbaru dan yang sedang dirancang, Tajuddin berkata, mulai tahun ini dan 2012, pihakya akan mengadakan program rintis ekuin di dua buah sekolah vokaisonal iaitu SMV Sungai Buloh dan SMV Kajang.

Seramai 40 pelajar daripada kedua-dua sekolah itu akan mengikuti program ekuin dalam beberapa tahap sijil sebelum layak diserap ke dalam industri ekuin.

"Malah pelajar yang berminat boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Australia dalam bidang yang sama," katanya.

Selain ekuin, bidang baru yang sedang dinaik taraf dengan giat ialah bidang maritim. Bagi tujuan itu, sumber memberitahu, tapak Kejuruteraan Kerja Masa (KKM) Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai SMV (Maritim) Pasir Gudang.

Menurut sumber tersebut, kerja-kerja pengambilan tapak telah dilakukan oleh Bahgaian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kapal juga telah dipohon daripada Jabatan Perikanan Malaysia iaitu KL Paus dan KL Manchong.

Utusan Malaysia juga diberitahu, sejajar dengan dinamisme kurikulum di sekolah beraliran vokasional, BPTV tidak bercadang membuat satu kurikulum untuk satu jangka masa yang panjang.

Sehubungan itu, BPTV telah memohon supaya pembangunan kurikulum pada masa depannya tidak melalui Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP).

sumber utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogpot.com

Tuesday, January 11, 2011

3 Langkah Lindungi Privacy Anda Daripada Google, Facebook dan Retargeting Program

PERHATIAN. Ini adalah entri khidmat masyarakat. Walaupun tidak semenarik entri regular di Blog Coretan Perantau, harap dapat diambil iktibar yang mungkin. Aku rasa zaman sekarang nie tiada lagi unsure privacy : semuanya dishare dengan rela hati di Google dan Facebook. Kalau boleh hampir setiap jam ataupun minit nak update Facebook status, upload gambar dan berinteraksi di Facebook. Google dan Facebook nie memang compeletly menguasai dunia internet kita sekarang. Memang unsur privacy dah dianggap as outdated!!

>Privacy policy : pernahkah korang kisah mengenai isu privacy policy nie?!<

Google adalah syarikat terbesar di alam internet dan salah satu kuasa besar dalam dunia business. Aku rasa setiap jam kita gunakan Google dan kalau ada nak buka any website, kita just Google terus : tak payah taip URL website itu lagi kan?! Tapi sedarkah korang bahawa setiap kali korang search Google, ia akan direkodkan : bukan hanya keyword carian tapi every link yang kita klik, semuanya bercampur membentuk satu profile habit kita semua. Kalau korang guna Google Chrome, setiap single letter yang korang taip di address bar turut akan di stor di Google : walaupun mereka pledge yang 98% data akan dimusnahkan dan hanya 2% yang akan disimpan. Selepas itu, data yang dikumpul akan di link dengan any Google services yang kita gunakan seperti Gmail dan YouTube.

Tapi mengapakah Google stor semua data nie?! Tujuannya adalah untuk diorang buzz out korang semua dengan iklan-iklan yang lagi relevan dan pada masa yang sama menjadi income untuk diorang. Papepon, korang jangan risau kerana kita boleh take action yang sepatutnya untuk lindungi privacy kita semua. Segala data yang Google ada mengenai kita boleh diview di Google Dashboard. Di bawah adalah step by step untuk stop Google daripada terus mengumpul maklumat pasal kita semua :

>Permandangan di dalam Google Dashboard : mungkin ada web history<

>Sekiranya korang gunakan Google Chrome : lagi banyak data kita distor<

Complete the following steps if you have a Google account (you may have an account without realizing it!):


1. Visit Google.com/dashboard

2. Sign in using the details of a Google account (such as iGoogle, Gmail or YouTube)

3. Dashboard lists all the Google services that store your data, from emails to search queries. Select the service you wish to view and edit.

4. Scroll down to “Web History” and click “Remove items or clear web history”. If you don’t find this service, it means you’re not activating Web History and your privacy is protected

5. To stop Google from collecting any more data and placing it into your account, you must first complete step 4 and then click the “Pause” link on the left of the page.

Separuh daripada komuniti di UK menggunakan Facebook hampir setiap hari yakni dalam 31 juta orang. Memang aku akui yang Facebook agak addictive dan semua benda kita mahu share di Facebook : samada photos, status, info dan semuanya. Tapi tahukah korang yang Facebook turut mengumpul segala info korang?! Setiap interactions dan setiap kali korang klik button Facebook, ia akan di add-up ke dalam personal profile kita. Kalau korang chat atapun wall to wall, data itu turut akan dikumpul. Maknanya Facebook ada ribuan dan mungkin jutaan sets of data untuk setiap daripada kita. Itulah kenyataannya tau!

>Facebook Places dan Facebook Privacy : adakah privacy kita terjamin?!<

Sebelum nie Facebook privacy policy ada 50 settings yang berlainan dan 170 options : dan privacy policy itu sendiri ada 5830 patah perkataan dan lagi panjang daripada US Constitution. Tapi aku tak rasa kita semua berminat untuk membaca privacy policy nie dan terus tekan button “Agree to terms and conditions”. Kalau difikirkan sejenak, bila last time korang baca any privacy policy?! Mungkin tak pernah kut. Oleh sebab banyak sangat komplen, maka Facebook pun memudahkan privacy policy nie untuk lagi senang difahami. Ada dua cara untuk korang claim privacy korang daripada Facebook : beware dengan apa sahaja yang korang buat di Facebook cam approve friends, benda korang post dan so on. Kita taknaklah kalau pencuri dengan senangnya pecah rumah kita ataupun menjejaskan prospek kerja kita di masa akan datang. Papepon, satu lagi cara adalah seperti di bawah :

1. Click on the Accounts option (top right hand side of every page)

2. Select “Privacy Settings”

3. Facebook offers a number of choices. To be sure that only your friends and family see your data, click on “Friends Only”, then the “Apply these settings” button. You can adjust in any ways you want

4. Facebook have a “Recommended” option. But be warned before selecting it : this allows the whole world to see your status updates, photos and posts, along with a list of all your friends.

5. When it comes to Facebook Places, select “Customize settings” on the main privacy page

6. Look for “Places I check in to”. By selecting “customize”, you can hide your location from certain people. Click “Save settings”

7. Back on the main privacy screen, you’ll find “Include me in “People here”. By default, this allows anyone in the local area to see who else is there. If you don’t want this, untick “Enable”.


Pernah tak korang lawati any retailer’s website dan view any products kat situ tapi pada masa yang sama, korang tak complete the transaction. Cuba korang fikir sejenak, pernahkah bila next time korang come across product yang sama yang korang view as iklan tu? Jadi, bagaimanakah benda nie terjadi semuanya?! Kebanyakan retailers guna “cookies” untuk kenal pasti korang dan product apa yang korang view. Jadi diorang akan gunakan “cookies” itu untuk terus menerus buzz korang dengan advert product yang diorang jual tu. Proses nie dinamakan “Retargeting”. Kalau korang sedar, tiada sesiapa pun yang ask permission korang untuk kumpul data-data itu : tapi semuanya dikumpul bersama dan digunakan as advert!! So, aku akan ajar korang cara untuk opt out daripada segala pengumpulan data secara haram nie. Privacy perlu terus dilindungi dengan cara :

1. Visit networkadvertising.org, the industry trade body’s website

2. Click on “Consumer opt out”

3. This will list all of the retargeting networks that are storing your browsing history. Simply click the “Select all” button, then the “Select” button, which allows you to stop all 60 networks from storing data in one swoop.

>Nie adalah website networkadvertising yang senaraikan semua cookies<

>Spread the word to the world<


Bukan niat aku untuk takutkan korang semua dengan fact bertimbun-timbun nie tapi privacy kita semua tetap perlu dilindungi daripada segala ancaman : samada disedari ataupun tidak. Jadi, tujuan aku adalah untuk berkongsi kesedaran nie dengan korang semua. Jangan sampai data kita semua sudah digunakan ke jalan yang salah ataupun kita semua terus dieksploitasi tanpa kita sendiri sedar. Mungkin ada yang tak kisah pasal isu nie tapi aku meminta jasa baik korang untuk sebar-sebarkan entri nie bagi kebaikan semua!! *Kebanyakan isu, data dan fact di dalam entri nie adalah petikan daripada artikel Benjamin Cohen bertajuk : Reclaim your online privacy daripada Reader’s Digest December 2010*

*Sebarkan entri nie untuk kebaikan kita semua : lindungi privacy kita sekadar termampu*

sumber :http://coretanperantau.blogspot.com

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

TAWARAN KURSUS-KURSUS BAHASA UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 2011

TAWARAN KURSUS-KURSUS BAHASA ANJURAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) TAHUN 2011

speak bi

Kursus bahasa ini meliputi Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Arab. Bagi mendapat maklumat lanjut boleh rujuk link di bawah :

1. Pekeliling tawaran

2. Maklumat kursus Bahasa Inggeris

3. Nama kursus dan tarikh tutup

sumber ; www.moe.gov.my

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Wednesday, January 5, 2011

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

image

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.

sumber dari : www.moe.gov.my

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Monday, January 3, 2011

Budaya Kerja Cemerlang

Budaya kerja cemerlang penentu kejayaan transformasi pendidikan

Abd. Ghafar Mahmud (kiri) menerima cenderamata daripada PPDM, Aminuddin Adam selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Kebangsaan Pengurusan PPD Kali Ke-12 di IAB, Pahang, baru-baru ini.


GENTING HIGHLANDS - Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu mempamerkan budaya kerja yang cemerlang, menepati masa dan efisyen bagi menjamin kejayaan hala tuju pendidikan negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, selaku pemimpin utama di barisan hadapan, kewibawaan dan komitmen PPD sangat diperlukan agar bergerak selari dengan pendidikan arus perdana.

Tambah beliau, antara aspek penting yang perlu diberi keutamaan PPD ialah kemantapan hala tuju Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai tanda aras peningkatan prestasi pendidikan di daerah masing-masing.

"Dalam konteks Program Transformasi Kerajaan (GTP), KPI bermakna dapat meningkatkan prestasi kerja, kreativiti, inovasi serta kualiti kepimpinan di Pejabat Pelajaran Daerah," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Kebangsaan Pengurusan PPD Kali Ke-12 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini baru-baru ini.

Menurut Abd. Ghafar, setiap Pejabat Pelajaran Daerah mempunyai kekuatan sendiri yang boleh dieksploit dengan sebaiknya demi mengangkat martabat, daya saing pendidikan serta kecekapan pengurusan dan pentadbiran organisasi.

"Setiap PPD perlu merangka KPI yang relevan dengan iklim setempat supaya kelak dapat melonjakkan lagi sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara maju.

"Peranan dan tangungjawab PPD di peringkat daerah sangat penting bagi memastikan sasaran pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat direalisasikan seiring dengan KPI yang ditetapkan.

"Rakyat atau pelanggan hanya mahu melihat hasil atau produktiviti sebagaimana yang dijanjikan dalam KPI itu," jelas beliau.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Isa Abu; Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin; Pemangku Pengarah IAB Dr. Naimah Ishak, dan Yang Dipertua Badan Perhubungan PPD Malaysia (PPDM), Aminuddin Adam.

Kata Abd. Ghafar, warga pendidik perlu sedar cabaran pendidikan kini semakin kompleks serta mencabar yang memerlukan satu barisan sumber manusia lebih mantap untuk mengikut arus pembangunan pesat negara.

Justeru, beliau berharap semua PPD sentiasa bersikap profesional bukan sahaja dari segi pelaksanaan tanggungjawab tetapi juga sentiasa menambah baik prestasi dan produktiviti demi melahirkan modal insan yang holistik menepati falsafah pendidikan negara.

sumber utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017