adsense

Thursday, October 28, 2010

Merekodkan Jualan

 

image image

 

Merekodkan barang dilakukan bertujuan untuk mengawal keluar masuk stok. Tujuan merekod adalah :

  • untuk mencatat urusan jual beli barangan
  • menjadi sumber rujukan peniaga
  • mengetahui jumlah pendapatan adan perbelanjaan
  • mengetahui untung atau rugi perniagaan

Mengira untung rugi dapat diketahui berdasarkan rumus berikut :

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = UNTUNG / RUGI

Untung adalah apabila jumalah pendapatan yang diperolehi melebihi jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan manakala rugi adalah sebaliknya.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Mempromosi Jualan melalui Pembungkusan

image image image

Contoh promosi

Promosi adalah cara memberitahu, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan.Tujuan promosi ialah :

  1. untuk menyebarkan maklumat barangan
  2. untuk menimbulkan minat terhadap barangan
  3. untuk mengingatkan pelanggan
  4. untuk meluaskan pasaran barangan.

Pembungkusan dapat dilakukan dengan menggunakan botol, tin, kotak, atau plastik.Barang yang dibungkus harus mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  1. menarik
  2. tahan lama
  3. warna yang menarik
  4. mudah di bawa
  5. sesuai dengan jenis barang

Tujuan promosi melalui pembungkusan ialah :

  1. barang kelihatan menarik
  2. pembungkusan berfungsi sebagai cara pengiklanan
  3. dapat manarik perhatian pembeli.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Wednesday, October 20, 2010

CyberSAFE in Schools dilancarkan

TPM lancar CyberSAFE in Schools

Muhyiddin Yassin (tengah), Musa Aman (kiri) dan Dr. Maximus Johnity Ongkili (dua Kanan) meletakkan tangan pada bebola tanda perasmian CyberSAFE in School di Kota Marudu,Sabah baru-baru ini.


Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya pengguna Internet mengenai pelbagai isu berkaitan keselamatan siber terutama bahaya-bahaya serta ancaman-ancaman yang dihadapi oleh pengguna Internet semakin diperhebatkan dengan pelancaran program CyberSAFE in Schools baru-baru ini.

Program tersebut yang dicetuskan sempena program Innovation@School merupakan anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pelajaran dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, pelajar sekolah merupakan sasaran penting bagi program ini dilaksanakan kerana ia mampu memupuk tatalaku penggunaan Internet secara positif.

''Dengan wujudnya kesedaran mengenai keselamatan siber ini, maka kita dapat melahirkan generasi yang berhemah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan negara,'' kata beliau.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu; timbalannya, Fadillah Yusoff dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Program berkenaan merupakan satu inisiatif yang diterajui oleh MOSTI dan dilaksanakan oleh agensinya, Cybersecurity Malaysia.

Antara isu-isu berkaitan keselamatan siber meliputi tatalaku berkawan dan bersembang dalam talian, perbankan dan pembelian secara selamat melalui Internet, penipuan siber, kecurian identiti, hendap siber, pembulian siber dan gangguan dalam talian.

CyberSAFE turut menekankan cara melindungi komputer dari jangkitan malware (virus), pengurusan emel serta cara melindungi maklumat peribadi di alam siber.

Program CyberSAFE in Schools yang menyasarkan murid sekolah serta golongan remaja, membabitkan program kesedaran dan pendidikan nilai serta etika keselamatan siber diterapkan di kalangan murid sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Sementara itu, projek perintis telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di beberapa buah sekolah di seluruh negara untuk melihat penerimaan para pelajar terhadap keselamatan siber.

utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Sunday, October 10, 2010

KPLI – SR dan KPLI-jQAF Ambilan Januari 2011 boleh dibuat mulai 11/10/2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

imagesCA4K13S7 

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Sekian, terima kasih.

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan tetapi dengan sukatan pelajaran baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
muhyiddin pc 200910 02"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan."

Sementara itu, ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkenaan, beliau yang juga adalah menteri pelajaran berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan dan diganti dengan penilaian peringkat sekolah bermula 2016.

Muhyiddin berkata ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Katanya, satu jawatankuasa penilaian telah dibentuk bagi mengkaji persekitaran semasa PMR dan mendapati penilaian peringkat sekolah lebih sesuai dan menjadi pilihan ramai.

missionary school 241207 students"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di Sydney.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

sumber : Malaysiakini

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Program Susu 1Malaysia Mesti Berkualiti - TPM

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam Program Susu 1Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara, memastikan tiada murid mengalami keracunan akibat meminum susu tidak berkualiti.
Selain pembekal susu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, sekali gus menjamin kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Kualiti susu dibekalkan kepada murid perlu diberi perhatian serius. Kita tidak berkompromi dari aspek kualiti dan sentiasa memastikan susu dibekalkan memenuhi piawaian ditetapkan.

"Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan menyediakan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah bagi memastikan keselamatan, pengendalian dan kualitinya. Ia mencakupi aspek kualiti produk, pengangkutan, penyimpanan di gudang dan sekolah serta pengagihan," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika melancarkan Kempen Minum Susu 1Malaysia peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Mutiara di sini, semalam.
Program itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 16 September lalu, bertujuan memastikan murid mendapat sumber protein mencukupi untuk menjalani pembelajaran, selain memiliki tubuh sihat dan cergas.
Muhyiddin berkata, program membabitkan peruntukan RM375 juta setahun berasaskan pembekalan dua kotak susu seminggu setiap murid atau 270 juta kotak setahun.
“Sabah sebagai pengeluar terbesar susu negara berupaya membekalkan 80 juta kotak susu setahun, manakala bakinya dari Semenanjung dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata, program itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat, terutama di luar bandar dan pedalaman, selain memberi kesan limpahan ekonomi meluas dalam jangka panjang.

 

Friday, October 1, 2010

Planet Bumi Baru ditemui

Planet digelar Bumi Baru ditemui

LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

Sumber Kosmo Online…

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017