adsense

Wednesday, August 25, 2010

Reka Cipta dari bahan terpakai

Pelbagai bentuk, rupa dan warna;

Bahan terpakai, usah dipersia;

Serlahkan kreativiti, tambah ceria.

Hasilnya pasti dikagumi semua.

 

sumber : http://www.malaysiainovatif.gov.my

Tuesday, August 24, 2010

Mengurus Jualan – Kaedah Melayan Pelanggan

image

Menguruskan jualan ialah cara-cara peniaga bertanggungjawab menjalankan jualan barang perniagaannya.Peniaga harus menunjukkan sikap yang sopan dan wajah yang ceria ketika melayan pelanggan.Pelanggan juga perlu rajin dan cepat menolong pelanggan yang memerlukan barang jualannya.Peniaga perlu sentiasa memenuhi permintaan pelanggan dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan barang jualan.Layanan yang baik terhadap pelanggan adalah seperti berikut:

1. Menghargai pelanggan

2. Bersikap peramah

3. Bersikap jujur

4. Pandai mengambil hati

5. Mengucapkan terima kasih

6. Memberikan senyuman

Saturday, August 21, 2010

Lagu Tema Malaysia Inovatif : Meraikan Kreativiti

Konsep dan Logo Malaysia Inovatif 2010

Konsep Malaysia Inovatif 2010

Tujuan
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.
Tema
Meraikan Kreativiti
Kumpulan Sasar
Terdiri dari semua golongan masyarakat seperti pelajar-pelajar sekolah, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti, wanita penyelidik, saintis, wakil Kerajaan, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta.

 

 

mouse2

Logo MI2010 menggunakan ikon tetikus (mouse). Tetikus ini merupakan alat penghubung yang digunakan secara meluas diseluruh dunia sejak komputer diperkenalkan. walaupun teknologi semakin canggih dan dalam keadaan tertentu tetikus tidak lagi digunakan, ia tetap menjadi ikon yang digunapakai oleh pereka cipta dan ahli-ahli sains dalam menghasilkan ciptaan dan inovasi baru.
Tetikus berperanan sebagai penggerak kreativiti dan inovasi serta dapat merapatkan jurang dan mengeratkan hubungan antara negara. Hanya dengan sekali klik, ikon ini dapat menghubungkan kepada dunia luar, menyediakan ilmu pengetahuan yang terkini, membantu dalam melaksanakan kerja serta mengadakan rangkaian kerja dengan dunia luar.
Tetikus melambangkan kepentingan hubungan yang merentasi sempadan dalam era globalisasi ini

Cara Menanam Kurma

Cara menanam kurma

Penanaman kurma memerlukan penjagaan teliti.


Menanam pokok kurma terbahagi kepada dua iaitu:

A) Menanam pokok kurma dari anak kurma.

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa.

Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain.

Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa.

Menurut sesetengah pendapat mengatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah.

Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan.

Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma mestilah dibekalkan dengan cukup air. Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini telah terputus.

Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah.

Cara lain ialah dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh.

Sekiranya memilih untuk menanam anak-anak kurma sebaik sahaja dipisahkan, adalah sangat perlu menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. Pastikan tanah sekitar anak kur yang bar ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan.

B) Menanam kurma menggunakan biji.

Biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Ia diasingkan bagi tujuan penyemaian.

Kita boleh menentukan jenis-jenis kurma yang popular yang biasa dibawa pulang dari tanah Arab ialah ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.

Tahukah anda bahawa bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa? Oleh kerana itu, serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.

Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.

Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan

1.Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.

Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.

2 Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.

3. Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.

4.Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

-utusan online

Tuesday, August 17, 2010

Panduan Penyediaan Buku Ringkasan Mengajar

 

p&p

Buku Ringkasan Mengajar ( BRM ) adalah secara amnya menggambarkan perkembangan serta proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ia bukan sahaja sebagai suatu catatan ringkas tetapi harus menepati apa yang hendak diajar serta persediaan yang dirancang dengan tahap pembelajaran dan menepati Sukatan Pelajaran subjek yang diajar.

Oleh yang demikian, bagi menyediakan BRM yang berkesan sila download disini:Panduan penyediaan BRM

Hampas Tebu sebagai Penapis Udara Tercemar

Hampas tebu tapis udara tercemar

Hampas tebu yang boleh dimanfaatkan sebagai penapis udara tercemar- Gambar hiasan.


Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum adalah tanaman utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Dalam proses membuat gula, hasil sampingan (buangan) yang terhasil dipanggil sugarcane dregs atau hampas tebu.

Bahan buangan ini tergolong dalam kelas karbon yang diaktifkan.

Karbon ini mempunyai liang mikro yang berupaya menyerap gas dari bahan bakar petroleum (petrol fuel gases) yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor yang berbahaya kepada orang ramai.

Hampas tebu yang tidak mempunyai nilai komersial dimasukkan ke dalam botol air mineral yang diguna semula dan gas yang mengandungi bahan pencemar disalurkan ke dalam botol tersebut.

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan hampas tebu dalam menyerap partikel pencemaran dari udara.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa karbon yang diaktifkan dalam hampas tebu mampu menurunkan jumlah karbon monoksida dalam udara sebanyak 74.51 peratus , nitrus oksida sebanyak 29.35 peratus dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 58.07 peratus

Keputusan ini menunjukkan bahawa bahan buangan dari proses pembuatan gula boleh digunakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

-utusan online

Monday, August 16, 2010

Soalan Percubaan UPSR 2010

upsr

 

 

 

 

 

 

Peperiksaan UPSR 2010 semakin dekat, jadi sebagai persediaan sila dapatkan soalan percubaan UPSR 2010

dalam laman sesawang ini

Wednesday, August 11, 2010

Berbual Percuma di Internet



Tahukah anda, internet sebenarnya mempunyai pelbagai guna. Bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi boleh juga digunkana sebagai alat komunikasi. Salah satunya ialah dengan berbual secara text atau lebih mersa dengan panggilan Chatting. Tetapi hari ini, berchatting sudah lama dilupakan kerana anda boleh menghubungi rakan anda secara audio. Maknanya anda boleh telefon rakan anda menggunakan internet dan berbual seperti di dalam telefon biasa. banyak perkhidmatan yang menawarkan khidmat panggilan telefon ini secara percuma seperti Yahoo Messengger, Skype, Google Talk dan banyak lagi. Tetapi tutorial hari ini akan menunjukkan bagaimana hendak membuat panggilan telefon di internet menggunakan Goolge Talk. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan tetapan yang sukar terutama kepada mereka yang baru hendak bermula.

1. Pertama sekali korang perlulah mempunyai mikrofon. Tanpa mikrofon bagaimana anda ingin bercakap. Microfon ibarat seperttelefon anda lah kononnya.
2. Kedua perlulah ada speaker atau pembesar suara, kalau tak korang tak kan dengar apa yang rakan korang cakap.
3. Kemudian, Download Aplikasi Google Talk di laman web Google atau boleh klik di SINI.
4. Selepas download, anda perlulah memasang atau Install Google Talk di laptop atau PC anda.
5. Untuk menggunakan Google Talk, anda perlulah mempunyai email dari Gmail. Kalau yang belum ada email dari Gmail, bolehlah daftar terlebih dahulu di http://www.gmail.com . Pendaftaran email Gmail adalah percuma dan mengambil masa yang singkat sahaja untuk pendaftaran.
6. Kemudian, Run program Google Talk yang telah anda install. Pada petak Sign In, masukkan username Email Gmail anda dan di petakPassword, masukkan password email anda. kemudian Klik button Sign In.
7. Anda kini dah pun berjaya memasang dan log in Applikasi Google Talk. Tapi anda masih tidak boleh berbual kerana anda belum ada Friend List.
8. Klik pada button ADD yang terdapat di bahagian bawah tetingkap Google Talk untuk menambah senarai rakan anda. Pastikan kawan anda sudah mempunayi akaun Gmail dan Google Talk.
9. Selepas selesai ADDrakan anda, sila tunggu sehingga permintaan anda di “approve” oleh rakan anda.
10. Akhir sekali untuk membuat panggilan telefon kepada rakan anda menggunakan Google Talk, klik pada nama rakan anda yang ingin di call dan clik button CALL dan tunggu sehingga rakan anda menjawab panggilan anda.

Mudah bukan, hanya dengan 10 step anda kini boleh berbual tanpa had dan percuma. sememangnya dapat menjimatkan bil telefon anda. Hebohkan pada rakan – rakan anda berita baik ini.

Sumber kuriee.com

Selamat Berpuasa


Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com

Cara Mengurangi Tekanan Mental


Tekanan Mental
Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu.Paras tekanan yang dihasilkan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.
Persepsi individu terhadap sesuatu peristiwa sebagai menekan atau tidak juga berbeza dan begitu jugalah respons mereka terhadap tekanan.

Cara mengurangi tekanan mental

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah,dihapuskan atau dikurangkan.Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan.Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental sebagaimana berikut:
+ Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
+ Bersenam atau riadah secara kerap
+ Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
+ Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana.
+ Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik.
+ Selalu berpandangan positif dan fokus kepada sifat-sifat baik.
+ Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai.
+ Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

Tuesday, August 10, 2010

Perkongsian Pintar Bengkel KHSR SKKT



Sebuah bengkel yang lengkap memerlukan kriteria-kriteria seperti berikut pengurusan bengkel,kemudahan fizikal dan utiliti,peralatan dan bahan, serta aspek keceriaan.
Ingin maklumat lanjut sila klik disini

Monday, August 9, 2010

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan


Seseorang guru yang cemerlang mestilah mempunyai kemahiran dan kaedah tersendiri dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, seseorang guru harus memikirkan tiga aspek iaitu sebelum,semasa dan selepas proses p&p dalam menjamin proses p&p yang berkesan.Bagi mendapat maklumat lanjut, sila klik item dibawah.

Proses P&P Berkesan

Sunday, August 8, 2010

Instrumen Bengkel Prime Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)


Sebuah bengkel kemahiran hidup KHSR dinilai berdasarkan beberapa elemen bagi menjadikan bengkel tersebut yang kondusif.Oleh itu sesebuah bengkel memerlukan elemen seperti pengurusan bengkel, pengurusan fail dan dokumentasi , dan lain-lain.
Bagi mendapat maklumat lanjut sila klik item dibawah.Instrumen Bengkel KH Sekolah Rendah

Friday, August 6, 2010

Putrajaya Cell City Car - rekaan UPM

UPM reka prototaip kereta elektrik




KUALA LUMPUR – Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajaya telah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologi tinggi.

Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaan elektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan kereta Smart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempat duduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.

“Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta, kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangat praktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.

“Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petrol dan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari,” katanya sambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasan berbukit.



Wednesday, August 4, 2010

Pesanan dan Peringatan

PESANAN DAN PERINGATAN

Bermandi di hiliran
Berbasuh di tepian

Ke hulu sama berkayuh
Ke hilir sama berkemudi
Sediakan payung sebelum hujan

Ikhlaskan kerja beroleh kejayaan


Berat sama dipukul

Ringan sama dijinjing

Tidak ada kusut tak dapat dileraikan

Tidak ada gunung tidak dapat didaki

Bermesyuarat cari sepakat

Sepakat membawa berkat

Setiap matlamat memerlukan perancangan

Setiap perancangan memerlukan tindakan

Tindakan teliti hasil berkualiti
Kerja bertangguh tidak menjadi


Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung

Kritikan tidak bermakna menentang

Pujian tidak bermakna menyokong
Menegur tidak bermakna membenci


:sumber dari jemaah nazir negeri Kelantan

Sunday, August 1, 2010

Panduan umum untuk pentadbir sekolah

Panduan umum untuk pentadbir sekolah

BERIKUT ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.

1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama? Atau anda sebenarnya tidak peduli?

2.Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Adakah masalah disiplin di sekolah anda menjadi-jadi? Atau semakin baik?

3. Dianggarkan 10 peratus guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Bagaimana dengan prestasi anda? Anda perlu ke Institut Aminuddin Baki (IAB)?

4. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Adakah anda mengikuti perkembangan baru ini?

5. Setiap tahun, kementerian menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Bagaimana dengan prestasi guru lepasan maktab yang ditempatkan di sekolah anda? Adakah beliau perlu latihan susulan?

6. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula, hanya 3 peratus pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Apakah anda merasakan layak untuk lepasan guru seperti ini mengajar di sekolah anda?

7. Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal dan kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

8. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

9. Dalam tempoh rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan - KPLI akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

10. Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Adakah anda mahu mengambil kesempatan daripada peluang ini dengan memastikan sekolah benar-benar menyumbang kepada program praktikum ini?

11. Pada masa ini, guru pelatih daripada IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Apakah peranan anda membantu melahirkan guru berkualiti?

12. Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

13. Guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

14. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015. Apakah sikap anda terhadap prestasi guru anda? Terbuka atau pilih kasih? Atau anda gentar untuk bersikap jujur?

15. Dalam tempoh rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Adakah anda sudah bersedia menerima kurikulum baru dan mengadakan program perubahan sikap kepada guru anda?

16. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar '1Murid, 1Sukan' mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Adakah anda sudah bersedia melaksanakan program yang penting ini?

utusan online

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017