adsense

Wednesday, June 30, 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Borang berkaitan sila ke www.moe.gov.my/jnjk

Friday, June 25, 2010

Komposit Sisa Buangan

Komposit sisa buangan



Komposit yang dihasilkan daripada bahan buangan.

Deskripsi Inovasi :

Mungkinkah pada suatu hari nanti kita akan tinggal dengan dikelilingi oleh bahan-bahan buangan? Di Malaysia, pemprosesan kelapa sawit menghasilkan lebih daripada seratus juta tan metrik sisa buangan setiap tahun.

Pengilangan gula daripada tebu pula menghasilkan lebih daripada sejuta tan metrik hampas setahun.

Ini bermakna kitar semula bahan buangan mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.

Oleh itu, projek komposit mesra alam berasaskan pertanian (agro based eco-composite) telah dijalankan bagi menangani masalah ini.

Menerusi projek ini, bahan buangan pertanian dijadikan sebagai bahan asas bagi menghasilkan suatu komposit yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

Kegunaan

# Menukarkan bahan buangan pertanian kepada suatu bahan yang bermanfaat.

# Menghasilkan bahan komposit yang setanding dari segi ciri-ciri mekanikalnya dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

# Mengurangkan penggunaan bahan-bahan asas seperti kayu, simen dan batu.

Operasi inovasi

Projek ini berpaksikan kepada penggunaan sisa buangan sektor pertanian sebagai bahan penguat di dalam sesuatu komposit.

Sifatnya yang liberal membolehkan pelbagai jenis sisa buangan dapat digunakan.

Ini menunjukkan sisa buangan pertanian merupakan bahan penting dalam penghasilan komposit.

Ia menyediakan cara baru yang menggunakan sisa buangan dengan lebih efektif tanpa mencemarkan alam dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Manfaat kepada masyarakat

# Mengurangkan pencemaran alam dengan menyediakan cara baru penggunaan semula bahan buangan pertanian.

# Penggunaan sisa buangan akan mengurangkan penggunaan bahan polimer seterusnya menyelamatkan alam sekitar.

# Menghasilkan suatu bahan baru yang lebih murah, mempunyai nilai yang tinggi dari segi ciri mekanikal dan berdaya saing dengan produk di pasaran.

# Mengelakkan bahan buangan daripada dibakar ataupun digunakan dengan cara yang memungkinkan pencemaran.

Potensi pasaran

# Produk alternatif yang menarik dan unik.

# Kos yang rendah dan murah

# Produk yang kalis bunyi

# Ringan dan kukuh

# Produk pelbagai guna

-utusan online

Monday, June 7, 2010

Penyiram Mesra Pengguna

Alat penyiram mesra pengguna



Kegunaan

Alat inovasi ini amat berguna kepada orang ramai. Ia dapat yang kesibukan atau tiada di rumah bagi satu tempoh yang agak lama.

Dengan alat ini mereka tidak perlu risau tentang tanaman akan layu atau mati kerana kekurangan air.

Ia akan melakukan siraman tanaman secara automatik.

Inovasi menarik ini juga boleh digunakan untuk membaja tanaman dengan baja organik (organic enzyame) buatan sendiri.

Cecair ini dicampur dengan air dan diisi dalam botol air.

Cara Operasi

1.Alat ini amat mudah dikendalikan. Dengan menggunakan konsep tekanan air mengembang dan mengecut.

2.Pada siang hari, ia menyerap pancaran cahaya matahari, tenaga haba menjadikan tekanan dalam botol air naik dan seterusnya membolehkan air mengalir keluar menerusi paip getah. Pada waktu malam, suhu persekitaran menurun menyebabkan tekanan dalam botol air juga menurun. Disebabkan tekanan air kurang, maka air akan berhenti mengalir keluar.

3.Lilitan dawai yang terikat dipaip getah juga memainkan peranan sebagai 'kunci pintu'. Dengan konsep mengembang dan mengecut , ia boleh mengawal pengaliran air pada waktu siang dan malam.

4.Akhir sekali, masukkan air yang dicampurkan dengan baja organik yang dibuat daripada kulit buah-buahan (bahan buangan).

Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan, malah menjadikannya lebih bernilai dan dapat menjimatkan wang.

Manfaat

Alat ini amat mudah digunakan, menjimatkan masa dan wang. Pengguna tidak perlu menyiram tanaman setiap hari.

Potensi Pasaran

Ramai mendapat manfaat daripada penggunaan alat ini sebab mudah digunakan dan menjimatkan masa.

Alat ini boleh diperbuat dengan bahan buangan, jadi untuk menghasilkan alat ini tidak memakan kos yang tinggi.

-utusan online

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017