adsense

Sunday, February 28, 2010

Origami ( JET ) daripada kotak rokok

Hari ini saya nak kongsi ala-ala tutorial berkaitan Origami..tapi origami ini menarik kerana ia diperbuat daripada kotak rokok.Bahan tutorial ini saya dapat dari kekawan sesawang http://puterapescado.blogspot.com/terima kasih




Pesanan: MEROKOK MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Friday, February 26, 2010

Ingin menjadi Kreatif..??? Bagaimana

Bagaimana menjadi kreatif?


Zulkifli Haron mencipta sebuah mesin pelbagai guna untuk membuat kuih di kenali sebagai Multi Purpose Robotic XY. - Gambar hiasan


Peserta bengkel Inovasi bersama Mega Utusan Malaysia dan Zull Design Autotronic yang akan diadakan Sabtu ini dilihat sebagai pembuka jalan kepada usaha kedua-dua pihak mempromosi dan memupuk minat terhadap budaya kreatif , reka cipta dan inovasi khususnya di kalangan generasi muda.

Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi ini telah memilih Sekolah Menengah Teknik Kajang di Jalan Semenyih, Kajang Selangor untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas. Ini adalah julung kali bengkel seperti itu diadakan sebagai menyahut seruan kerajaan sempena Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) , Meraikan Kreativiti.

Bengkel ini pastinya memberi pngalaman baru kepada peserta terutama mereka yang tidak terdedah kepada reka cipta, tetapi akan lebih teruja dengan hasil kerja masing-masing.

Antara program yang diatur ialah ceramah bagaimana orang kreatif belajar, dan praktikal menghidupkan peralatan dengan sentuhan lembut, menghidupkan peralatan dengan gegaran menggunakan suara menggunakan cahaya dan menggunakan pergerakan badan.

Tuesday, February 23, 2010

Kurikulum tanpa Peperikasaan ?

Kurikulum Menyeronokkan Tak Berorientasi Peperiksaan Diperkenal: Muhyiddin

MUAR, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bertujuan membantu percambahan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan murid sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, transformasi itu akan menekankan aspek penerokaan ilmu secara lebih mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta tidak berorientasikan peperiksaan.

"Dengan pelaksanaan transformasi kurikulum ini, proses pembelajaran dalam bilik darjah tidak akan didominasi oleh guru."Proses pembelajaran akan lebih mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharapkan akan dapat membantu percambahan idea-idea yang kreatif dan innovatif," katanya di sini Selasa.Muhyiddin berkata demikian semasa melancarakan Myideas@School di Sekolah Kebangsaan Lenga, Pagoh yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.Timbalan Perdana Menteri berkata inovasi adalah agenda utama negara, dan untuk menjayakannya, pelbagai idea baru serta cara dan pendekatan baru perlu diterokai."Kita harus menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai amalan dan satu budaya yang akan meningkatkan penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata usaha untuk memupuk dan menanam budaya kreativiti dan inovasi perlu dilakukan pada peringkat awal lagi, terutamanya di tahap sekolah.Katanya pendedahan awal akan membolehkan budaya kreativiti dan inovasi berkembang seiring dengan perkembangan minda anak-anak, dan dalam konteks ini, sekolah merupakan inkubator inovasi yang paling penting."Di sinilah (sekolah) peluang kita untuk melahirkan generasi pemikir dan pencipta masa depan. Persoalan penting ialah, bagaimana caranya untuk kita mencapai hasrat itu," katanya.Beliau berkata pelaksanaan fasa pertama MyIdeas@School akan melibatkan 23 sekolah di seluruh negara yang diharap dapat memberikan impak berkesan dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Muhyiddin berkata untuk memastikan kejayaan program MyIdeas@School, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia bagi melatih 42 guru dari 21 sekolah bestari luar bandar.Latihan itu, katanya, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membimbing murid-murid menggunakan portal MyIdeas dan melaksanakan strategi berkesan bagi menggalakkan murid menghasilkan idea.Beliau berkata MyIdeas@School akan dapat menyokong program memupuk budaya inovasi yang lain di sekolah seperti program Robotics dan F1.-- BERNAMA

Sunday, February 21, 2010

Bengkel Minda buat Guru

Bengkel minda Kampus Kesihatan USM

KOTA BHARU 19 Feb. - Kalangan guru dipelawa menyertai Bengkel Minda Bitara bertemakan 'Pembelajaran Berasaskan Minda Melalui Prinsip Neurobiologi' buat pertama kalinya di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kota Bharu mulai April ini.

Penyelarasnya, Prof. Dr. Zalina Ismail berkata, bengkel itu dilaksanakan di bawah Projek Rangkaian Informasi dan Penyelidikan Minda untuk memberi pengetahuan dan kemahiran mengajar yang menjurus kepada kurikulum neuroplastik.

Katanya, pengetahuan yang diterapkan pada bengkel juga, membolehkan guru mendapatkan maklumat terkini tentang pendidikan dan pembelajaran berasaskan minda.

''Program pembelajaran itu akan memberi peluang kepada guru membangunkan profesionalisme masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Dr. Zalina, bengkel itu akan berlangsung selama empat bulan iaitu sehari pada setiap bulan bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, kurikulum neuroplastik memberi peluang untuk peserta merealisasikan potensi mereka demi mencapai kecemerlangan maksimum di dalam bidang yang sesuai dengan kecerdasan dan kepintaran mereka.

''Pada bulan pertama, dimulakan dengan pengenalan kepada bengkel, seterusnya lima langkah ke arah pembelajaran berasaskan kurikulum neuroplastik, struktur dan fungsi otak dan hubungkait dengan minda dan sesi itu berlangsung antara 40 minit hingga satu jam setengah," jelasnya.

Beliau memberitahu, kuliah seterusnya melibatkan konsep otak dan minda kiri, kanan atau kedua-duanya serta kecenderungan minda kendiri dan kesannya terhadap cara pengajaran dan pembelajaran.

''Perbincangan berkelompok berasaskan senario pula melibatkan cara mengatur strategi untuk menggabungkan konsep neuroplastisiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran," jelasnya.

Katanya, mereka yang berminat boleh menghubungi email, drzalina@gmail.com.

utusan online

Saturday, February 20, 2010

Bengkel Inovasi sahut cabaran Malaysia Inovatif 2010

Bengkel inovasi sahut cabaran MI2010




PERNAH anda bertanya bagaimana teknologi itu dapat dimajukan daripada semudah-mudah sistem kepada yang paling canggih?

Pernahkah anda bertanya apakah bentuk penyelesaian dalam urusan harian anda kalau bukan teknologi.

Sistem atau apa juga teknologi pada hari inilah yang dihasilkan oleh saintis yang memudahkan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, ia tidak datang dengan mudah sebaliknya diasaskan daripada semudah-mudah perkara kepada yang paling canggih.

Teknologi itu pula datang daripada gabungan pelbagai elemen antaranya teori sains, kreativiti yang akhirnya menghasilkan suatu produk yang kini popular dengan sebutan inovasi.

Maka, jelaslah sains dan kreativiti memainkan peranan bukan sahaja membentuk kehidupan manusia yang lebih baik, tetapi juga ia menyumbang kepada ekonomi.

Apabila Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) yang bertemakan Meraikan Kreativiti, ia memberi gambaran bahawa kerajaan mengiktiraf peranan inovasi dalam kehidupan manusia.

Sejajar dengan hasrat kerajaan itu, Utusan Malaysia dengan kerjasama Zull Design Autotronic berganding bahu menganjurkan satu bengkel inovasi yang akan memberi peluang kepada peserta melakukan sendiri eksperimen untuk menghasilkan sistem atau inovasi.

Program tersebut bukan sahaja menyokong usaha kerajaan bagi menyemarakkan aktiviti inovasi dan memupuk kreativiti, tetapi ingin melihat rakyat negara ini memahami teknologi, kreativiti dan kepentingan inovasi.

Ia memberi peluang kepada peserta bagaimana sistem berfungsi, dan rasa kagum mereka akan terjawab jika mereka sendiri melakukannya.

Di samping kagum dengan eksperimen sendiri, mereka akan seronok dan memperoleh kepuasan dan paling penting memahami sistem teknologi.

utusan online

Friday, February 19, 2010

Batu Bata daripada Tandan Kelapa Sawit

Pelajar MRSM hasilkan bata daripada tandan kelapa sawit

KUANTAN 17 Feb. - Tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang, didapati mampu dijadikan bahan penting dalam sektor pembinaan.

Itulah yang dibuktikan oleh dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini, Nur Azimah Najihah Mohamad Afandi dan Fatimah Zahrah Mohd. Sobri, yang berjaya menghasilkan batu bata daripada tandan kelapa sawit yang banyak terdapat di negara ini.

Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu mengambil masa setahun bagi membangunkan projek dikenali high silica brick yang pada mulanya hanya merupakan sebahagian daripada satu program pengajian bagi mendapatkan sijil Graduasi MRSM.

Melihat potensi kajian berkenaan, mereka bersama guru penasihat, Siti Faridah Jusoh, berulang-alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi untuk menjalankan kajian lebih terperinci kerana peralatan makmal di sekolah mereka terhad.

Hasilnya, penemuan mereka itu telah memenangi pingat emas bagi kategori fizik pada pertandingan Tunas Saintis MRSM Ogos tahun lepas serta pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini yang turut disertai mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kajian berkenaan juga akan menyertai International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP) di Houston, Amerika Syarikat, dari 14 hingga 19 April ini.

Jika menerima penghargaan pada acara berprestij itu, batu bata berkenaan dijangka dipaten dan dikomersialkan.

Nur Azimah Najihah, yang berasal dari Klang berkata, batu bata dengan ukuran 10cmx10cmx10cm ciptaan mereka itu mempunyai daya tahan yang lebih kerana terdapat kandungan silika yang tinggi pada tandan kelapa sawit berbanding batu bata biasa berasaskan pasir.

Malah, pelajar yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berkata, batu bata terbabit juga lebih ringan, keras dan yang paling penting, mesra alam sekitar.

"Sumber semula jadi seperti pasir semakin berkurangan, jadi penggunaan tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang ini lebih mesra alam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nur Azimah Najihah berkata, sudah ada kajian menggunakan tandan kelapa sawit sebagai bahan binaan sebelum ini, namun penyelidikan yang dilakukan oleh MRSM Kuantan berbeza sedikit kerana ia 100 peratus bebas penggunaan pasir.

Pengetua MRSM Kuantan, Khalil Abdul Rahman berkata, beliau yakin projek dua pelajar terbabit mampu mencipta kejayaan di Texas nanti.

Beliau berkata, penemuan tersebut merupakan satu inovasi yang penting disebabkan kekurangan sumber semula jadi dunia pada masa ini.

Khalil juga berkata, MRSM Kuantan mengharapkan tajaan daripada Mara sendiri atau pihak-pihak lain bagi membantu mengurangkan kos ketika pelajar-pelajar berada di Texas.

Dua lagi pelajar sekolah itu yang turut mencipta kejayaan merangkul pingat gangsa di Pertandingan International Robotic Olympiad di Daejeon, Korea, bagi kategori 'Robot Dancing' pada 17 hingga 20 Disember tahun lepas turut menghadapi masalah serupa.

Bagaimanapun, menurut Khalil, atas keprihatinan ibu bapa melalui Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) sekolah itu, yang diketuai Yang Dipertuanya, Zamhuri Talib, sebanyak RM5,000 berjaya disalurkan bagi pembelian peralatan dalam menghasilkan robot berkenaan.

Katanya, penyertaan pelajar tingkatan lima sekolah itu, Azri Irsyad Juhari dan Ahmad Azra'i Jamal, merupakan pemenang tunggal dari Malaysia yang turut diwakili sembilan lagi pelajar dari sekolah lain. - BERNAMA

Saturday, February 13, 2010

Guru Baru bertugas di Pedalaman ?


Syor guru baru bertugas di p
edalaman

BALIK PULAU: Kementerian Pelajaran bercadang mewajibkan guru baru untuk bertugas di pedalaman selama tiga tahun bagi memberi pengalaman serta pendedahan kepada mereka mengenai keperitan bertugas sebagai pendidik.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zakarshi, berkata pihaknya tidak lagi akan menempatkan guru baru di kawasan bandar atau berhampiran tempat tinggal seperti berlaku pada masa ini.

"Biar mereka tahu bagaimana pengalaman bekerja sebagai pendidik terutama di kawasan pedalaman yang kadang-kala memerlukan kesabaran berikutan kesukaran hidup di kawasan berkenaaan.

"Ini masih di peringkat cadangan dan kajian mengenainya sedang dilaksanakan. Bagaimanapun, ini satu pendekatan baik bagi melahirkan guru berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang sekitar Parlimen Balik Pulau dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang; Adun Pulau Betong, Mohamad Farid Saad dan Adun Bayan Lepas, Syed Ameruddin Syed Ahmad.

Mengenai pengambilan pelajar lulusan SPM untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG), Puad berkata, pengambilan kumpulan pertama akan dibuat Jun ini.

"Pemilihan calon adalah antara mereka yang mempunyai gred baik pada peperiksaan SPM," katanya.

Sementara itu, Puad berkata, pihaknya bercadang memberi kelonggaran kepada pelajar bidang kemahiran dengan membenarkan mereka mengambil hanya satu subjek iaitu Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka memperoleh sijil.

"Ketika ini, pelajar perlu menjawab subjek lain seperti Sains serta Matematik dan pelajar kemahiran sudah tentu tidak begitu berminat menjawabnya menyebabkan sijil mereka tidak begitu 'cantik' kerana gagal.

"Sebab itu kami mahu memberikan kelonggaran kepada mereka dengan membenarkan menjawab kertas Bahasa Melayu saja," katanya.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pelajar bidang kemahiran yang belajar di Sekolah Vokasional dan Teknik melanjutkan pelajaran bagi memperoleh Sijil Kemahiran peringkat lima.
"Bagi mendapatkan sijil itu, mereka perlu melanjutkan pelajaran ke program dikendalikan agensi seperti Kementerian Sumber Manusia. Kami hanya menyediakan sijil bagi peringkat satu dan dua saja," katanya.

Monday, February 8, 2010

Jentera Hidraulik Eksplorasi

Mekanisasi Jentera Hidraulik Eksplorasi Air Bawah Tanah




Inovasi ini melibatkan pembangunan sebuah jentera hidraulik explorasi air bawah tanah yang berperinsipkan penggerudian dengan bantuan pam air jenis empat tekanan tinggi secara ‘straight flushing’.

Inovasi jentera ini dibangunkan dengan kos yang dianggarkan RM 50,000, Komponen utama jentera ini terdiri daripada sebuah injin 16 kuasa kuda, sistem hidraulik yang terdiri daripada pam, motor, sistem kawalan, paip & kabel dan tangki cecair hidraulik.

Inovasi jentera ini adalah mudah alih, memerlukan seorang operator sahaja dan berupaya menggerudi dan menyiapkan kerja telaga tiub air dalam tempoh masa 40 – 100 minit atau purata 70 minit setiap satu lokasi. Kedalaman korekan hanya di batasi oleh lapisan batu yang terdapat dalam tanah.

Pembangunan jentera ini dilakukan berdasarkan kepada peningkatan produktiviti kerja dan seterusnya meningkatkan program pengembangan kejuruteraan air melalui eksplorasi sumber air bawah tanah bagi tujuan pengairan tanaman.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pusat Kejuruteraan Pertanian,
Tanjong Karang,
Selangor

TEL : 03-32695501

Saturday, February 6, 2010

Penghargaan Buat Johan Qari dan Qariah

Imbuhan Kepada Johan Qari Dan Qariah Suatu Penghargaan, Kata Bekas Juara

KOTA BAHARU, 6 Feb (Bernama) -- Langkah kerajaan memberi imbuhan bulanan RM2,000 seumur hidup kepada johan qari dan qariah Tilawah Peringkat Antarabangsa disifatkan sebagai suatu pengiktirafan yang paling berharga bagi penyandang gelaran itu di seluruh negara.

Bekas johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa dari Kelantan, Faridah Mat Saman, 60, berkata beliau bersyukur kerana sumbangannya itu mendapat penghargaan yang dianggap setimpal daripada kerajaan.

"Ini suatu pengiktirafan kerajaan yang amat tinggi dan berharga buat kami warga pendidik al-Quran," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di kediamannya di Seremban pada Sabtu.

Faridah yang berasal dari Jalan Merican di sini adalah qariah paling kerap menggondol gelaran johan qariah iaitu sejak 1964 hingga akhir 1970-an, termasuk johan qariah peringkat antarabangsa tiga tahun berturut-turut iaitu dari 1994 hingga 1996," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bayaran insentif tetap seumur hidup RM2,000 setiap bulan kepada qari dan qariah Malaysia yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, berkuatkuasa Oktober lepas.

Insentif itu membabitkan 23 individu iaitu sembilan qari dan 14 qariah yang menjadi johan pertandingan itu sejak 1961 hingga kini.

Najib berkata bayaran imbuhan itu selaras dengan konsep pencapaian diutamakan selain menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf dan menggalakkan masyarakat Islam membudayakan al-Quran dengan berusaha membaca, menghayati dan mengaplikasinya dalam kehidupan.

Seorang lagi qari yang pernah menjadi johan qari peringkat antarabangsa, Husin Yunus, 47, berkata beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang terbuka pintu hati untuk mengumumkan perkara yang disifatkan sebagai anugerah amat berharga.

Beliau yang kini bertugas sebagai guru kaunselor di Sekolah Kebangsaan Ibrahim I, Pasir Mas muncul johan qari peringkat antarabangsa pada 1997.

"Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib yang bermurah hati kepada golongan penggiat al-Quran yang melakar sejarah negara di persada tilawah di peringkat awal lagi," katanya.

Sementara itu beliau yang menganggotai jawatankuasa Persatuan Qari Al-Quran Kelantan berharap kerajaan negeri menimbang semula langkah menyekat penyertaan wanita sebagai qariah dalam tilawah al-Quran peringkat negeri.

"Ini penting bagi mewujudkan golongan pelapis wanita dalam bacaan dan penghayatan al-Quran," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, February 4, 2010

Cabaran Buat Guru

Pengurangan bajet KPM: Cabaran buat guru

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.

''Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan.

''Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian mempunyai alasan dan sebab mereka tersendiri mengurangkan bajet tersebut dan ia dilakukan demi untuk kebaikan semua pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya sekarang.

''Guru-guru tidak perlu merasa sangat terbeban dengan pengurangan bajet itu kerana ia adalah bersifat sementara. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam usaha memartabatkan pendidikan negara dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

''Pengurangan bajet ini juga akan meningkatkan semangat guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk berusaha lebih bagi menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi di negara ini. Ianya tidak mustahil untuk dicapai," jelasnya.

Sabri berkata, janganlah terlalu mengharapkan imbuhan dan bantuan dari kerajaan dan sebagai guru, kita perlu memahami juga apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

''Diharap agar guru-guru akan lebih berdaya saing dalam menunjukkan kualiti mereka selain melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

''Pengorbanan yang lebih perlu dilakukan oleh mereka dalam mendidik para pelajar dan perkara ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan jika adanya kerjasama dan kesepaduan di kalangan guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta supaya pengurangan bajet yang melibatkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikaji semula.

''Pengurangan bajet itu akan menjejaskan baucer tuisyen bagi pelajar- pelajar miskin dimana peluang untuk pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan semakin sukar dan syarat yang dikenakan lebih ketat.

''Bantuan pakaian seragam untuk aktiviti badan beruniform pelajar-pelajar miskin juga sudah tidak diberikan," katanya.

Selain itu jelasnya, pihak sekolah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan dan utiliti seperti bayaran bil elektrik dan bekalan air dimana kesannya lebih teruk dirasai oleh sekolah dua sesi.

''Saya meminta supaya KPM mengekalkan bajet terutamanya perbelanjaan dan utiliti sekolah kerana ianya dirasakan tidak adil kepada pihak sekolah," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang.

Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung.

''Pengurangan itu bakal menyebabkan terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini," katanya.

utusan online

Monday, February 1, 2010

Zulkifli Haron - Guru Inovasi


Zulkifli Haron dedahkan magis sentuhan

Setelah 23 tahun menjalankan perniagaan dalam bidang reka cipta, Zulkifli Haron kini ingin berkongsi pengalaman serta teknik untuk menjadikan anda kreatif.

Semua orang mampu untuk menjadi kreatif sekiranya anda mempelajari teknik tersebut dengan betul.

Melalui bengkel sehari itu, peserta akan didedahkan dengan rahsia untuk menjadi kreatif.

Peserta juga akan menjalankan latihan praktikal untuk mengalami sendiri keseronokan menjadi seorang yang kreatif.

Penyampaian akan dijalankan secara mudah untuk membolehkan peserta tidak dibebankan dengan formula untuk dihafal.

Melalui bengkel sehari ini, peserta akan diajar berhubung mekanisma suis, iaitu ibu kepada segala teknologi.

Anda akan memahami bagaimana teknologi suis berjaya menghasilkan reka cipta yang menarik. Bayangkan dengan hanya menepuk tangan, anda mampu untuk menyalakan sebiji mentol. Inilah kelebihan suis.

Selain dari itu, anda akan didedahkan dengan pelbagai lagi jenis suis yang menarik untuk membolehkan anda meminati bidang reka cipta.

Kursus ini amat berseuaian untuk pelajar di sekolah menengah serta di institusi pengajian tinggi (IPT) . Mereka yang telah bekerja dan ingin mempelajari teknik kreativiti dan reka cipta juga amat digalakkan untuk mengikuti bengkel ini.

Kemahiran yang diperolehi daripada bengkel ini akan memberi manfaat kepada anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya anda seorang pelajar, maka anda akan mempunyai teknik tambahan dalam menjalankan projek reka cipta di sekolah mahupun di IPT.

Sekiranya anda seorang pekerja, maka anda dapat memberi nilai tambah dalam bidang kerja anda dan meningkatkan produktiviti melalui kreativiti.

Oleh itu Zulkifli menerusi syarikatnya, Zull Design Autotronic akan menganjurkan bengkel seumpama itu bersama Utusan Malaysia yang memberi peluang kepada peserta mengetahui magis sentuhan suis. Bayangkan anda menepuk tangan dan lampu tiba-tiba menyala?. Belajarlah daripada guru inovasi ini.

utusan online

DSKP RBT Tahun 4 Semakan 2017